Salah satu perkara wajib yang di perintakkan oleh Allah SWT
kepada para hamba-Nya adalah menutup aurat.
Kewajipan menutup aurat tidak ada bezanya dengan
kewajipan menunaikan solat, puasa, zakat dan haji.
Di dalam al-Quran surah a-Nur ayat 31 dan surah al-Ahzab
ayat 59 jelas menyatakan kewajipan menutup aurat untuk
wanita muslim yang telah sampai akil baligh.
Ramai wanita muslim hari ini tidak mengambil berat dengan
memakai pakaian menutup aurat dengan sempurna.
Ramai di antara mereka lebih suka dan terpengaruh dengan
ciri-ciri pakaian yang berfesyen semasa terutama fesyen yang
datangnya daripada barat.
Perlulah diperjelaskan beberapa kesilapan wanita tentang
aurat supaya kita dapat mencari kesilapan tersebut dan dapat
diperbaikinya.
Terdapat beberapa kesilapan wanita tentang aurat :
1- Wanita menganggap aurat itu adalah memakai tudung
sahaja.
2- Bertudung tetapi ber' T-Shirt' berlengan pendek.
3- Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
4- Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu
memaparkan susuk tubuh yang ‘menggoda'.
5- Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul
dan hujung rambutnya.
6- Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja.
Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
7- Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher,
maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
8- Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga
boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
9- Kesalahan bertudung tetapi menaiki motor sambil
menayangkan betis sepanjang jalan.
10- Memakai baju kurung tetapi dipergelangan tangan tidak
dipinkan hingga menampakkan kulit lengan.
Kesemua jenis berpakaian yang disebut di atas adalah
diharamkan secara sepakat seluruh ulama Islam.
Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan
mukminah, dimana mereka dilarang keras membuka atau
menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan,
contohnya:
- Perhiasan telinga (anting-anting)
- Perhiasan rambut (sanggul)
- Perhiasan leher (rantai)
- Perhiasan dada (belahan dadanya)
- Perhiasan kaki (betis dan gelang kaki)
Kaum lelaki yang bukan muhrim tidak boleh melihat semuanya
ini. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak
tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat itu adalah
tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali.
Firman Allah SWT yang bermaksud : "Hendaknya mereka itu
melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah
kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa
yang terzahir" (Surah an-Nur ayat 31)
Wallahu ‘alam.
No comments:
Post a Comment