Sunday, March 22, 2015

Sedekah

Ebit Lew

Seorang lelaki berjalan dengan isterinya dan anak-anaknya..
Dalam perjalanan singgah petronas. Ada seorang anak muda
tolong isi minyak. Dia bagi rm5 pada anak muda tadi..anak
muda senyum dan angguk beberapa kali sambil cakap terima
kasih.

Baru nak isi minyak ada seorang kakak susah. Dia nak pinjam
rm2. Kerana minyak kereta habis dan dompetnya tertinggal.
Dia bagi rm20 kepada akak tadi. Akak tadi minta no akaun.
Dia kata takperlah. Akak doakan saya.

Baru singgah kedai makan ada makcik jual keropok datang.
Dia ambil rm10 dan beri pada makcik tadi. Takper makcik
keropok dah banyak kat rumah saya. Makcik tu terharu dan
ucap terima kasih.

Dia ambil duit sikit dan minta isterinya beri pada mak
ayahnya. Dia juga ambil duit beri belanja buat isterinya.
Anak tanya kepada ibunya kenapa ayah suka beri duit pada
orang? Kenapa ayah baik bagi duit pada orang. Duit ayah
banyak yer..

Bila isteri dan anaknya nak apa-apa dia tak pernah berkira.
Dia mudah nak beri jika baik dan perlu. Tapi kalau nak beli
untuk dirinya, dia rasa benar-benar membazir dan dia berkira.
Jawab isterinya atau ibu anak tadi, bukan sebab banyak duit.

Tapi dari ayah tiada duit dia tahu betapa gembiranya ketika
ada orang beri atau bantu dia. Dengan rm5 dari makan sekali
sehari boleh makan 2 kali. Ayah tolong orang semenjak dia
susah. Dia bahagia bila tengok orang bahagia. Walaupun
pernah ada rm20 tinggal dalam poket. Ada orang susah
datang senang-senang ayah beri rm20. Walaupun airmatanya
mengalir kerana susah. Kerana dia nak tunjuk pada Allah. Dia
senyum walaupun dia susah dan walaupun orang tak hargai
kebaikannya sebab dia tahu Allah sedang melihatnya. Dia buat
kerana Allah.

Anaknya kata ooo bila kita baik pada orang. Nanti Allah lagi
baik pada kita yer...

Jawab ibunya, ibu tak pernah risau walaupun dulu pernah
menangis kerana lapar dan tiada duit beli susu. Tidak keluar
rumah kerana tiada duit isi minyak. Tapi ibu yakin, Allah jaga
orang yang jaga agama dan orang yang suka menolong
saudaranya yang lain-ebit lew

No comments:

Post a Comment