6 Petua Untuk Ibu Bagi Mencegah Bayi Demam Kuning Ketika Lahir
Seringkali kita terdengar bayi yang baru lahir
menghidap jaundice atau demam kuning. Kadangkala
kasihan melihat bayi yang baru lahir terpaksa
berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Ditambah pula dengan keadaan ibu yang masih belum
sihat sepenuhnya. Lebih teruk apabila ibu dan bayi
terpaksa di tahan di hospital kerana harus menjalani
rawatan fototerapi. Jaundice terjadi pada bayi yang
sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang
berlebihan.
Bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan
semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang
baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang
lebih tinggi kerana mereka mempunyai sel darah merah
tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati
kadangkala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh
memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu.
Jaundice tidak merbahaya kepada bayi tetapi akan
menjadi bahaya jika tidak dikawal lebih awal. Mungkin
petua dan amalan yang akan kami kongsikan ini dapat
membantu para ibu untuk mngelak dan mengubati
jaundice.
Antara amalan ibu mengandung yang boleh
mengelakkan jaundice
Pastikan ia adalah madu lebah asli
1. Makan 3 sudu madu tanpa air atau meminum air
madu 5 sudu setiap hari.
Susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu
ibu
2. Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari.
Seelok-eloknya semasa sarapan dan sebelum tidur.
Pati delima juga terdapat dalam bentuk yang sudah
diproses
3. Mengamalkan minum pati delima paling kurang
500ml sehari. 3 biji buah kurma dapat mengeyangkan
perut sehingga waktu tengahari.
4. Mengamalkan makan buah kurma sebagai sarapan
5. Amalkan minum air kelapa muda setiap hari ketika
hampir bersalin. Di samping baik untuk bayi, air kelapa
juga dapat mengelakkan jaundice. Nak tahu manfaat
lebih air kelapa boleh tgk di sini
6. Suami digalakkan mengusap perut isteri sambil
berselawat sebanyak mungkin.
Amalan di atas sesuai jika ibu sedang mengandung.
Semoga bermanfaat!
Source: http://safiyhealthy.com/6-petua-untuk-ibu-bagi-mencegah-bayi-demam-kuning-ketika-lahir/
No comments:
Post a Comment