5 PERKARA BAWA WANITA KE SYURGA
September 3rd, 2012 | 10:28 am | Nasihat,
Perkahwinan | 10 responses
Perkara yang membawa seseorang wanita kepada
keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan
agama.
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah
SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang
wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan
dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk
syurga.
Kedua, hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut
dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-
Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa
Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud):
Sebaik-baik wanita adalah wanita yang
menyenangkanmu jika kamu melihatnya,
mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat
menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak
bersamanya.
Ketiga, selalu mengingati Allah. Dalam sebuah
hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW
bersabda (yang bermaksud): Hendaklah kamu
(para wanita) memperbanyak membaca tasbih,
tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari
kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan
akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah
kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah.
Keempat, solat malam. Dalam hadis riwayat Abu
Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a
bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang
bermaksud): Sesiapa yang bangun tengah malam,
kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka
melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka
mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-
orang yang banyak mengingati Allah.
Kelima, berbuat baik dan banyak bersedekah.
Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi,
Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud):
Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun
dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu
kelak paling banyak menjadi penghuni neraka.
Demikianlah, wallahualam
Info : http://www.islamituindah.my/5-perkara-bawa-wanita-ke-syurga
No comments:
Post a Comment