Ebit Lew
Sayang nak apa dalam hidup ini yang belum dapat. Apa
sayang nak? Abang nak hadiahkan dan beri. Sebab bila
sayang gembira, abang lagi gembira.
"Sayang nak Allah sayang. Bila Allah sayang kita berjaya dan
bahagia. Dapat dekat dengan abang rasa disayangi Allah..
Sayang nak jadi pembantu agama Allah. Sayang tak tahan
tengok abang menangis. Sayang tahu abang nak hidup
macam sahabah rhum. Hidup sukakan Allah. Berdakwah
macam Nabi saw dan sahabah rhum.
Terima kasih Allah temukan sayang dengan abang. Baru tahu
sebut dakwah. Baru tahu nilai tahajud. Nilai Ta'lim. Terima
kasih kerana didik sayang dengan sabar. Baru sedar nilai
sunnah Nabi saw. Nilai cinta Allah. Nilai cinta Nabi saw.
Kelembutan dan kasih sayang dalam Islam.
Setiap hari merindui abang bila duduk jauh. Setiap kali sedih,
doa Allah beri abang sihat, dan kita serta seluruh manusia
dapat hidayat.
Sayang pun baik. Berkorban jaga dan didik anak-anak.
Sentiasa memahami dan sedia berkorban bila-bila masa demi
agama. Bila dengar keluhan kawan-kawan semakin rindukan
sayang. Kerana sayang selalu galakkan abang dalam
perjuangan dan tangisan.Sayang kalau abang mati, jaga
agama baik-baik. Didik anak dengan sunnah Nabi saw. Jika
kahwin cari orang yang ada agama.
Jawab isteri, kalau abang mati saya memang takkan kahwin
dah. Nak duduk berdua dengan abang dalam syurga. Cukup
dah nikmat kasih sayang dan agama yang Allah berikan. Allah
beri melalui suami yang sayangkan Allah.
Bila melihat dengan cinta sayang kerana Allah lagi best dan
indah dari pandangan cinta sayang yang biasa.-ebit lew
No comments:
Post a Comment