Ayna Balqis
Seorang suami mengadukan apa yang dirasakannya kepada
seorang Syeikh. Dia berkata:
1. Ketika aku mengagumi calon isteriku, sewaktu itu seolah-
olah dalam pandanganku, Allah tidak menciptakan perempuan
yang lebih cantik darinya di dunia ini.
2. Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat ramai
perempuan seperti dia.
3. Ketika aku sudah menikahinya, aku lihat ramai perempuan
yang jauh lebih cantik dari dirinya.
4. Ketika sudah berlalu beberapa tahun pernikahan, aku
melihat seluruh perempuan lebih manis dari isteriku.
Syeikh berkata, "Apakah kamu mahu aku beritahu yang lebih
dahsyat daripada itu dan lebih pahit?"
Suami menjawab,"Ya, mahu."
Syeikh: "Sekalipun kamu mengahwini seluruh perempuan yang
ada di dunia ini, pasti anjing yang berkeliaran di jalanan itu
juga akan nampak lebih cantik di matamu jika dibandingkan
dengan mereka semua."
Si suami tersentak, dan bertanya, "Kenapa tuan Syeikh berkata
demikian?"
Syeikh: "Kerana masalahnya bukan terletak pada isterimu.
Tetapi masalahnya adalah bila manusia diberi hati yang
tamak, pandangan yang menyeleweng, dan kosong dari rasa
malu kepada Allah, tidak akan ada yang bisa memenuhi
pandangan matanya kecuali tanah kuburan."
Rasulullah bersabda:
" ﻟَﻮْ ﺃَﻥَّ ﻟِﺎﺑْﻦِ ﺁﺩَﻡَ ﻭَﺍﺩِﻳًﺎ ﻣِﻦْ ﺫَﻫَﺐٍ ﺃَﺣَﺐَّ ﺃَﻥْ ﻳَﻜُﻮﻥَ ﻟَﻪُ ﺛَﺎﻧِﻴًﺎ، ﻭَﻟَﻦْ ﻳَﻤْﻸَ ﻓَﺎﻩُ ﺇِﻻ ﺍﻟﺘُّﺮَﺍﺏُ، ﻭَﻳَﺘُﻮﺏُ
ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻰ ﻣَﻦْ ﺗَﺎﺏَ "
"Andaikan anak Adam itu memiliki lembah penuh berisi emas
pasti ia akan menginginkan lembah kedua, dan tidak akan ada
yang bisa memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah akan
menerima taubat siapa yang mahu bertaubat".
Jadi, masalah yang kamu hadapi sebenarnya adalah kamu
tidak menundukkan pandanganmu dari apa yang diharamkan
Allah.
Sekarang, apakah kamu menginginkan sesuatu yang akan
mengembalikan kecantikan isterimu seperti pertama kali kamu
mengenalnya? Ketika ia menjadi wanita tercantik di dunia?"
Suami itu menjawab: "Ya, tentu sekali."
Syeikh: "TUNDUKKAN PANDANGANMU."
Just share only..
26 March at 12:31 · Public
Report
No comments:
Post a Comment