9Betul ke org kate perempuan lebih kuat cemburu berbanding
lelaki? Erm.? Mungkin kot...tapi ini tidak bermakna lelaki
tiada sifat cemburu..mesti ada, cume mereka yg tinggi
dengan ego pasti cube untuk menyorokkannya..Ada
sesetengah lelaki yg gagal mengawal api cemburunya..Ape yg
terjadi? bile lelaki dah mula cemburu..lebih teruk dan buruk
dari perempuan..Jadi doa2 la semoga bf/suami korang tak
terdiri dari kategori lelaki kuat cemburu..susah! So hari ni aku
tak nak citer pasal cemburu lelaki...tak tahu nak tulis, sebab
xde experience bertembung dengan lelaki mcm ni..Jadi dari
menulis ikut sedap hati sendiri, lebih baik tulis sesuatu yang
dialami sendiri.
Hari ni aku nak tulis pasal perempuan & cemburu..Saje nak
tulis hal ni, sebab sejak dua menjak ni, aku telah diserang
penyakit cemburu..huhuhu..Sejujurnya, aku benci sebab aku
mula ada sifat cemburu ni..Tapi dah puas mengelak, ia tetap
ada dlm diri aku..Adekah ia sesuatu yang normal dan dihadapi
oleh org lain? Atau aku je yg mengalaminyer? Goshhhh...
Ape yg aku sedar, aku mula ada sifat cemburu ni sejak aku in
a relationship..sebelum ni mmg susah aku nak cemburu2
ni..kawan2 sekelas dapat markah tinggi dari aku, tak penah
aku jeles, Kawan2 perempuan aku ada bf yg hensem, sikit pon
aku x heran, Bile tgk kawan2 dapat keje best2 pun aku tak
jeles..itu semua rezeki masing2, dan aku tak pernah
cemburukan rezeki orang..Begitulah tahap rasional aku
dulu..Tapi biler dah bercinta, abes hilang semua tahap
rasional aku..sebab tu la aku benci sangat..aku sekarang
bukan mcm aku yg dulu!
Jadi aku termenung fikirkan hal ni..kenape aku cemburu?
dengan siapa aku cemburu sebenarnya?
Aku tak tahu kenape, aku cemburu setiap kali bf aku keluar
dengan kawan pejabat dia especially kawan2
perempuan..padahal sah2 aku tau dia bukan keluar berdua
je..Pernah satu ketika, aku called bf aku suh belikan eye liner
aku (bile dia free)..Memandangkan dia lelaki, malu agaknya
nak beli brg perempuan, jadi dia ajak kawan perempuan dia
temankan..bleh plak aku rase cemburu..padahal dia dah
susah2 redah hujan semata-mata nak beli alatan make up
aku..Tak tahu la kenapa, tapi perasaan tu mmg tak bleh nak
diusir dalam diri aku..Jadi aku membuat andaian, aku
cemburukan kaum sejenis aku sendiri..Maksudnya, perempuan
cenderung untuk cemburu dengan kaum sejenisnya
jugak..Maknanya, sebagai perempuan, kaum sejenisnya
adalah pesaing dan pengancam kepada dirinya..betul ke?
Kalau diperhatikan, ada byk sebab yang membuatkan
perempuan cemburu. Dan yang mengejutkan, sebabnya adalah
perempuan jugak..Sebagai contoh, perempuan gemuk
cemburukan body perempuan kurus yg cantik, perempuan
wajah x berape cun, cemburukan perempuan yang lawa mcm
patung barbie, perempuan berkulit gelap cemburukan
perempuan berkulit halus, cerah, dan mulus...perempuan yang
kurang popular sangat cemburukan perempuan yang popular
dan menjadi dambaan setiap lelaki. Rase sungguh tak
bertamadun sebab cemburukan kaum sejenis..tapi itulah
hakikatnya
Aku pun tak dpt lari dari terlibat dalam soal cemburukan
kaum sejenis ni..Adeh, malu sangat nak mengaku, tapi tu la
hakikatnya. Memandangkan ini blog aku, jadi suke hati aku la
nak meluahkan perasaan kan..Yup! Aku cemburu gler kat
kawan perempuan bf aku..Lebih2 lagi aku pernah terlihat pic
bf aku bergambar mesra dengan office mate dia..of coz la
perempuan..kemain lagi posing, yg si gadis tu pon kemain
manje lagi bergambar..menggode habis la..Eeeee..menyirap je
rase..first time tgk pic tu, x tahu la mulut aku terlopong besar
mane (hahaha)..terkedu sekejap..Tapi sebab tak nak rosakkan
mood..aku masih lagi berlagak cool..(mmg poyo thp
gaban)..Disebabkan reaksi aku ni mungkin menyebabkan bf
aku fikir aku bukan jenis yg cemburu..Aku mmg la tak
cemburu bab lain, tapi bab perempuan lain ni sensitip betul
aku rase..adeh~
Lebih buat aku cemburu..perempuan tu jauh lebih cantik dari
aku yg tak cantik ni..slim, ayu, ala2 perempuan melayu
terakhir, manis, cantik, seksi..Eeee..pakej yg lengkap la
kirenye..So, cam ne la aku tak jeles kan..Jadi, salah satu
sebab membuatkan perempuan rase cemburu adalah
kelemahan dan rasa rendah diri berbanding org
lain..Betul...sebab aku tak lawa, aku jadi cemburu kat
perempuan yg lawa tadi tu..
Tapi sampai bile nak biarkan perasaan ni bermaharajalela?
Aku mmg tak nak sifat ni wujud dalam hati aku..cemburu ni
bukannya best..dada rase sesak, hati tak tenang..eeeii
menderita pendek kata! Jadi, aku harus kembalikan diri aku
yg dulu..Untuk membetulkan keadaan, aku berterus terang dgn
bf ku..Aku cakap pada dia ' sometimes, i jeles sangat bile u
keluar dgn kawan2 perempuan u..'
i have to make all things clear..Aku nak dia faham perasaan
dan hati aku..Dia bukan ahli sihir..dia takkan tahu soal hati
aku..jadi akulah yg perlu bagitahu dia..
Alhamdulillah lepas berterus terang, lepas dengar penjelasan
dia , hati aku jadi lebih tenang..." cyg jgn risau..i anggap
kawan2 perempuan i mcm kakak dan adik2 i..i treat them not
more than just a friend..I cant bring tat feeling more higher..'
Sumpah! Lega sangat dengar bile dia cakap mcm tu...Aku
mengaku aku mmg cemburu..Tapi aku masih rasional..rase
rasional yg masih bersisa dlm diri aku mengatasi rasa
cemburu yang bersarang di hati. Atas dasar rasional itu, aku
sama sekali tak akan halang dia dari terus berkawan dengan
rakan2 perempuan dia, walaupun aku jeleskan mereka (jeles
tak bertempat?)..aku sama sekali takkan mendesak dia untuk
putuskan persahabatan dia dengan kwn2 perempuan
dia..Sebab? Aku tahu nilai sebuah persahabatan..Aku jugak
pernah berkawan baik dengan lelaki..Aku jugak pernah rase
sangat2 kecewa bile kawan baik aku putuskan persahabatan
dengan aku semata-mata tidak mahu teman wanitanya terus
rasa cemburu..Satu ketika dulu aku penah rase perit
kehilangan kawan lelaki aku semuanya gara-gara cemburu
seorang perempuan lain..Aku jugak pernah maki hamun
kawan lelaki aku (hamun dlm hati je la..kikikiki) dan mengelar
dia dgn pelbagai gelaran buruk - ikut ckp gf, lelaki dungu tak
de pendirian, kawan tak gune sanggup putus kawan sebab
tak nak bagi mak we jeles bla..bla..bla..
So, aku takkan buat perkara yang same..aku tak sanggup bf
aku dimaki hamun oleh kawan2 dia (hehehe) Paling penting
aku tak nak diri aku dicop sbg perempuan giler perasan bf kau
hot sangat! hahhahaha~
Moral of the story:
Perempuan cenderung utk cemburu terhadap
perkara yg dia tidak dimiliki tetapi dimiliki oleh
org lain
Perempuan cenderung untuk cemburu bile dia
rasa rendah diri
Perempuan selalu akan cemburu bila dia rasa
kedudukan dirinya di hati teman lelakinya
terancam disebabkan kehadiran perempuan
lain..(kalau kehadiran kucing ke sikit pon x
cemburu..kalo cemburu jugak..sah gilo la tu!)
Perempuan akan cemburu sebab dia sayangkan
seseorang.
Ape pun cemburu ni mmg tak baik untuk hati..Selagi boleh,
elakkan dari sifat cemburu.
Sumber: http://sentuhankeyboardvaio.blogspot.in/2011/03/perempuan-cemburunya.html?m=1
No comments:
Post a Comment