Tuesday, March 24, 2015

5 Punca Hati Tidak Tenang Dan Rasa

5 Punca Hati Tidak Tenang Dan Rasa

Terluka Yang Berterusan & Cara Merawatnya

POSTED: MARCH 24, 2015 AT
11:40 AM / BY ADMIN /
COMMENTS (2)

CARA UNTUK MEMAAFKAN ORANG PUNCA BUSUK
HATI PUNCA DENDAM PUNCA HATI TIDAK TENANGTENANG
HATI

Pernahkan anda merasakan hari anda seolah-olah
macam tidak kena?
Rasa yang menyebabkan kita tidak selesa, rasa tidak lepas
dan tidak puas bila melakukan sesuatu. Semuanya berasa
hambar dan tawar. Seperti tiada kepuasan dalam hidup.
Kita juga selalu mudah untuk rasa terluka dan berkecil hati
dengan orang-orang dan suasana sekeliling. Rasa seperti
kita tidak difahami dan merasa sentiasa bernasib malang.
Itu sebenarnya adalah berpunca daripada hati tidak tenang.
Apakah sebenarnya yang menyumbang kepada hati tidak
tenang dan perasaan-perasaan yang menyesakkan ini?

1. HATI TIDAK TENANG KERANA TIDAK MEMAAFKAN ATAU SUKAR MEMAAFKAN

[ Ini adalah jawapan dari admin SederhanaIndah di page
kami ]
Kadang hati kita tak tenang dan terus-terusan terluka sebab
kita terlalu sukar untuk memafkan.

Cuba perhatikan aliran air. Apa jadi kalau sesuatu terkumpul
dan bertakung terlalu lama? Air tak dapat mengalir lancar,
jadi keruh dan kotor.
Begitu juga hati.

Kita terlalu sukar nak memaafkan, dan benda tu jadi benci,
jadi dendam dalam hati. Maka hati kita pun kotor, sebab
kita tak dapat lihat hikmah dan kebaikan dalam memaafkan.
Nah, itulah puncanya hati tidak tenang.
Apa yang harus kita buat?

Maafkanlah.

Sememangnya kemaafan tak dapat mengubah apa yang jadi,
tapi sekurang-kurangnya ia membukan jalan kepada sesuatu
yang baik untuk masa hadapan, membuka hati kita
sekurang-kurangnya untuk melihat hikmah, untuk tidak
bersangka buruk dan mengajar hati menjadi lembut dan
baik.

There’s a lot of beauty things in this world.
You will not be able to see it if you fulfill your heart with
anger and hatred. To see ugliness in others people is the
reflection of the ugliness in our own heart.
Ketika diri dibenci dan dilukai, tanyalah kembali kepada diri ;
kepada apa kita bergantung harap? Kepada apa kita terikat?
Jika jawapan kita adalah Allah, inshaAllah, kita akan tenang,
dan menyerahkan kembali hal kelukaan hati kita kepada
DIA.

Seek the higher healer, carilah penawar terbaik daripada
yang paling tinggi, Allah. Dan maafkanlah sesama manusia,
supaya hati kita tidak tenat dan membuka ruang lain untuk
kebahagiaan.
Love with all of your heart, but depend only on Allah

2. MENGGUNAKAN SESUATU YANG HARAM & TAK TERFIKIR TENTANGNYA

Kadangkala kita terlepas pandang tentang perkara-perkara
yang sebenarnya boleh menjadi haram didalam kehidupan
seharian kita.

Ya, memang kita amat sensitif dalam bab menjaga soal
halal haram makanan kita, tetapi adakah kita peka dengan
haram-haram yang lain?

Salah satu contoh yang paling senang dan terbaru dalam
kehidupan masyarakat kita ini, adalah ramai diantara kita
menggunakan simkad ghost , iaitu simkad yang dimanipulasi
oleh pihak tertentu untuk membolehkan kita menggunakan
internet dari telco di negara kita, secara percuma dan
unlimited.

Secara bahasa ringkasnya, simkad ghost ini ‘mencuri’ data
dari pihak telco (celcom, maxis, digi). Jadi, apa
masalahnya?

Masalahnya, ramai diantara kita secara sedar dan tidak
sedar bahawa perbuatan ini haram (data internet curi) dan
secara gembiranya melayari internet tanpa had.
Oleh itu bagaimana kita hendak mengharapkan hati
kita tenang bila menggunakan perkara yang haram?
Sebenarnya perkara-perkara seperti inilah membawa kepada
ketidaktenangan hati dan keresahan jiwa, serta menyekat
limpahan rezeki kepada kita.

Mungkin kita boleh berjimat dengan membeli simkad ghost
ini, tetapi adakah ia berbaloi untuk kita kehilangan
ketenangan hati yang mahal harganya? Bahkan menghalang
kita dari mendapat rezeki-rezeki. yang lain
Ini adalah satu contoh. Banyak lagi contoh-contoh lain lagi
yang membawa kepada haram dan syubhat.
Apa yang harus kita buat?

Elakkan benda yang syubhat dan haram.
Sentiasalah berfikir panjang sebelum melibatkan diri kita
dalam satu-satu perkara. Fikirkan darimana sumbernya,
bagaimana ia berfungsi dan adakah ia selari dengan
kehendak syariah?

Sentiasa sematkan dalam fikiran, “jika aku buat ini, adakah
Allah redha dengan perbuatan aku ini?”
InsyaaAllah jika kita sentiasa menjaga soal halal-haram ini,
Allah akan menganugerahkan kenikmatan ketenangan hati
yang tidak terhingga kepada kita.

Sebab tiada apa yang lebih bernilai didalam dunia ini
melainkan mempunyai hati yang tenang.
Jadi mulai sekarang, sila audit setiap apa yang kita
gunakan, skim pelaburan yang kita ceburi, dan
setiap perbuatan kita – adakah ia mempunyai unsur haram?
Semoga Allah membantu kita membersihkan kita dari segala
yang haram.

3. HATI TIDAK TENANG KERANA SELALU MELAMBATKAN-LAMBATKAN SOLAT

*Pukul berapa biasa kita bangun solat subuh?*
Tepat pada waktu atau pagi sudah terang? Atau langsung
terlepas solat subuh?

– maaf atas soalan cepumas diatas
Kadang-kadang kita tidak perasan dan tidak sedar, ada
perkara-perkara kecil yang kita buat menyebabkan hidup kita
musnah seharian. Jiwa tidak tenang dan selalu rasa susah
hati.

Ini kerana kita melakukan dosa-dosa yang dianggap remeh
dan kecil sedangkan dosa adalah tetap dosa. Tetap ditulis
oleh Malaikat sebagai amalan buruk yang akan dibalas
dengan hukuman yang setimpal oleh Allah s.w.t.
Apa yang harus kita buat?

Kita tidak sedar, rasa susah hati, jiwa tidak tenang, hidup
kelam kabut, kerja selalu tidak menjadi, selalu kena marah
adalah sebagai hukuman kepada kita yang memandang
remeh kepada setiap dosa yang dilakukan.
Oleh itu mulai sekarang:

- Solat diawal waktu
- Berjamaah (dimasjid bagi lelaki)
- Jangan solat terburu-buru. Ambil masa untuk solat dengan tertib dan sempurna.
- Berdoa
- Jaga solat subuh!

4. HATI TIDAK TENANG KERANA TIDAK MEMBACA AL-QURAN LEBIH DARI 3 HARI

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati
menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )
Orang yang selalu mengingati Allah biasanya tidak pernah
terlepas masa untuk membaca Al-Quran. Walau sesibuk
mana pun dia, dia tetap mengambil masa untuk membaca
Kalam Allah ini.

Apa yang harus kita buat?

Murabbi Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan supaya
jangan tinggalkan membaca Al-Quran melebihi 3 hari
walaupun kita sangat sibuk.
Al-Quran bukan untuk sekadar dibaca dan didengarkan. Tapi
juga untuk diamalkan.

Kebanyakan dari kita, Al-Quran hanya sekadar didengar oleh
telinga, padahal yang sebenarnya harus dihayati maknanya
sehingga sampai ke hati.
Kerana antara manfaat yamg besar dari membaca Quran itu
ada dua, kalau tidak untuk menenangkan hati, ia akan
menjadi penawar untuk mengubati.

5. TERLAMPAU BERKIRA DAN KEDEKUT

Jangan pernah kita terlampau berkira dalam kehidupan kita.
Percaya atau tidak, orang yang kedekut serta berkira ini
rezekinya sempit dan hatinya selalu tidak tenang.
Pernah ada seorang kenalan saya meluahkan perasaannya
bahawa dia berasa hidupnya malang kerana barang-
barangnya selalu hilang dan rosak. Malah penyakit selalu
datang bertimpa-timpa kepadanya sehingga selalu keluar
masuk hospital.

Hatinya rasa tidak tenteram memikirkan masalah selalu
menjengah kepadanya.

Saya hanya mendiamkan diri.

Sebenarnya dia seorang yang amat berkira dalam segala
hal. Berkira dalam membuat kerja, kedekut dan selalu
beranggapan bahawa dia akan rugi jika menolong orang lain
kerana belum tentu menolongnya lagi.

Berbeza pula dengan kenalan saya yang seorang lagi, dia
sangat pemurah (suka bersedekah / memberi hadiah) dan
suka membantu orang lain.

Apa yang saya perhatikan, hidupnya cukup gembira dan
senyuman sentiasa mengukir. Kelihatan jelas ketenangan
diwajahnya, suka untuk melihat wajahnya.
Pernah semasa kami berbual-bual, dia mengatakan dia
berasa tenang bila dapat bersedekah.  Mungkin amalan
sedekah ini salah satu kunci untuk mendapat hati yang
tenang?
InsyaaAllah.

* Mungkin tidak adil saya menilai orang lain dari perspektif
saya, namun apa yang saya dapat perhatikan, orang yang
terlalu berkira dan kedekut ini bukan sahaja kurang
disenangi sesama manusia, bahkan sentiasa mengalami
masalah.

Melakukan kebajikan bukannya bermaksud kena ‘memberi
sesuatu’, bah kan ianya boleh datang dalam bentuk yang
pelbagai. Antaranya ialah melakukan kebajikan dengan
bersikap menyenangkan hati orang lain.

Apa yang harus kita buat?

Buangkan sikap negatif dalam diri kita. Mudahkan untuk
menolong orang lain, sentiasa senyum dan jangan kedekut
untuk mengeluarkan sedekah.
Kerana kita kena yakin setiap kebaikan yang kita buat itu
akan dibalas oleh Allah dengan beribu-ribu kebaikan dan
rasa hati yang tenang. hati tidak tenang

PENUTUP:

Manusia yang kaya dan beruntung sebenarnya adalah
mereka yang memiliki hati yang tenang dan lapang.
Sebenarnya kita selalu lupa bahawa hati kita itu Allah yang
pegang. Dan lupa bahawa rasa ketenangan itu Allah lah
yang berkuasa mencampakkan ke dalam hati kita.
Kita selalu beranggapan bahawa kita akan gembira bila
mendapat apa yang kita mahukan.
Tapi sebenarnya kita silap.

Gembira sahaja tidak cukup tanpa hati yang tenang. Hati
yang tenang akan menjadikan kita aman dan sentiasa
lapang walaupun mempunyai banyak kekurangan dan
masalah.

Sedangkankan rasa gembira itu hanya bersifat sementara.
Dan kunci ketenangan hati adalah dengan menjaga
hubungan dengan Allah diikuti dengan menjaga hubungan
dengan manusia yang lain.

Sumber : Akuislam.com & Ustaz Azhar Idrus

Info:  http://www.pikodot.com/5-punca-hati-tidak-tenang-dan-rasa-terluka-yang-berterusan-cara-merawatnya/

No comments:

Post a Comment