Ebit Lew
Seorang bertanya bagaimana suami yang asyik bercinta
dengan banyak wanita lain. Dia asyik dengan wanita lain
sehingga melupakannya. Apa dia boleh buat? Dia suruh
suaminya kahwin. Tapi suaminya tak nak. Suaminya banyak
buat dosa. Dia kecewa dan sakit hati kerana dia terpaksa
mengalah. Tapi suaminya macam lupakan dia dan dan
anaknya.
Jawab saya, kadang-kadang keikhlasan cinta puan buat
suami akan dirasai. Seorang lelaki yang suka bercinta sana
sini macam layang-layang terbang tinggi mana pun dia akan
mendarat. Akhirnya seorang lelaki inginkan wanita yang
mencintainya dengan ikhlas dan memahami. Lelaki akan
merindui orang yang sama susah dan senang
bersamanya.Cuma mungkin orang yang dia cintai sebenarnya
masih ada atau sudah tiada lagi dalam hidupnya.
Belajarlah rapat diri pada Allah. Dia datang keluargasunnah
baru ini. Dia menangis dan hatinya tenang. Rupanya rapat diri
pada Allah ialah ubat bagi hati ini. Hilang segala kesedihan
dan kepiluan. Seorang wanita solehah pernah sebut bila suami
meninggalkannya, telah pergi lelaki yang kuat makan. Tapi
Tuhan pemberi makan dan rezeki yang mengasihi tidak pernah
tinggalkan aku.
Cuba sebut ya Allah..ya Allah..ya
Allah..Rasailah dia sedang melihat. Itulah penawar bersama
dengan Allah yang sayang kita. Yang baik sentiasa akan
menang-ebit lew
No comments:
Post a Comment