Kun Faya Kun…
April 21, 2010 by draudhah
Jika Allah mengkehendaki sesuatu itu terjadi…apakah ada kuasa lain yang dapat menahannya..? Keajaiban…adakah ianya benar-benar berlaku…? Adakah ia benar-benar wujud…? Persoalan biasa yang bermain difikiran manusia..terutama di penghujung usia dunia ini…apa masih ada orang yang percaya pada ‘keajaiban’?? Aku tidak pasti tentang kau..tapi pada aku..YA…jawapanku YA..aku percaya pada keajaiban dan ianya wujud…berlaku…ahh..sukar untuk aku jelaskan di sini….
Ada masanya, kita merasakan segalanya mustahil…segalanya telah berakhir…tiada apa lagi yang diharapkan..hanya menanti apa yang bakal datang…jika sekarang buruk..pastinya yang akan datang itu lebih buruk lagi…tapi ternyata sifat pengasihnya Allah amat amat amat diluar jangkauan akal manusia..memang benar…jika diguna tujuh lautan sekalipun sebagai tinta dan seluruh tumbuhan sebagai kalam untuk menulis kebesaran ..betapa rahman dan rahimnya Allah….nescaya akan habis tinta dan kalam itu sebelum habis nikmat dan kasih Allah dicatit…
Aku pernah berbicara dengan sahabat karibku..seorang penganut Roman Katolik…katanya “Friend…you know what…sometimes God works in his own miracle ways…somewhere..somehow..He knows what is the best and He do it in a way that has never come accross our mind…we dont even think about it that it could happen..but it does….”
Jika dia yang kita katakan sesat itu masih dapat melihat keajaiban kasih tuhan dengan jelas…kenapa masih ada di antara kita yang lahir sebagai Islam masih teraba-raba dalam terang…mencari punca.. sedangkan jawapannya ada di depan mata…jika di cuit kita terus melatah…amat sukar memaafkan….terlalu sensitif…ini bukan ajaib..tetapi pelik…hehehe…
Ya Allah..Tuhan seru sekelian alam..sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang telah kau simpankan untuk hambaMu di hadapan sana….dan jika dariMu..pasti ianya adalah hadiah yang terbaik… jika ada ketidaksempurnaan..maka itu adalah kelemahan ku semata-mata yang gagal melihat hikmah dan iktibar disebalik apa yang kau titipkan untuk ku…Hari ini kau telah membuka mataku…memberiku pengajaran yang amat besar…yang tidak pernah terdetik dihatiku akan berlakunya sedemikian rupa..moga ini dapat menjadi bekalku dalam meniti hari-hari ku yang semakin hampir denganMu…Ku labuhkan hatiku..rinduku dan kasihku pada Mu…moga Kau masih dapat menerima pemberian dari insan yang sekerdil aku…
“Ku cuba menghulurkan…Sebuah hadiah kepadaMu,
Tapi mungkin kerana isinya…tidak sempurna tiada seri,
Ku cuba menyiramnya …agar tumbuh dan berbunga,
Tapi mungkin kerana airnya..tidak sesegar telaga Kauthar…”
No comments:
Post a Comment