Daus Firdaus
Bila anda melihat jiran tetangga anda bekerja sebagai petani
ataw pencuci sedangkan anda adalah seorang pegawai tinggi
ataw ahli perniagaan yg berjaya ..apa tanggapan anda pada
nya dan jika anda bandingkan dengan pekerjaan anda
sendiri??
Anda mungkin akan berkata “sesungguhnya kasihan si fulan
itu ..Sungguh kasihan , Anaknya empat masih kecil kecil lagi
..Tubuhnya tidak terurus . Setiap hari perlu membanting
tulang demi hanya mendapatkan wang yang cuma sedikit .
Mungkin juga anda akan berkata “ Apa si fulan tidak
memikirkan bahawa pekerjaannya itu tidak akan dapat cukup
menyara kehidupan isteri dan anak – anaknya sendiri ?? Sejak
dari dahulu bekerja sambil lewa je… Sepatutnya fulan berubah
sekarang .. Sepatutnya dia mencari pekerjaaan yang lebih baik
”
Pada dasarnya timbul perasaan kasihan pada diri jiran
tetangga anda dan muncul bangga diri anda sendiri .
Perasaan yang sedemikian ini muncul ketika anda
membandingkan pekerjaan anda sendiri dengan pekerjaan jiran
tetangga anda itu … anda akan menganggap bahawa anda
hidup lebih baik , lebih layak , lebih berjaya dan lebih bahagia
daripada jiran tetangga anda ….
BUKAN KAH DEMIKIAN ?? – JANGAN MEMUNGKIRI HATI
NURANI ANDA SENDIRI ..
Sekarang, fikir dan renungkan jika jiran tetangga anda
memiliki keyakinan yang seperti ini :-
“ saya memang bekerja sebagai petani .saya memang
seorang pencuci .wang yang saya dapat dari pekerjaan seperti
ini memang rasanya tidak mencukupi untuk isteri dan anak
anak; untuk kehidupan sehari hari kami… Saya tidak memiliki
apa –apa seperti anda . Tetapi anda tidak memiliki satu-
satunya permata hati yang kami miliki sebagai sebuah
keluarga ; kami memiliki hati dan fikiran yang bersih .kami
sentiasa mensyukuri kurniaan Allah s.w.t dengan kehidupan
keluarga kami. Isteri saya tidak pernah mengeluh; Anak anak
saya jelas sentiasa mengingatkan saya supaya bersabar dan
bersyukur dengan kehidupan ini… Ya saya seorang buruh..
Tapi saya mempunyai Allah dan keadilanNya. ”
Renungkan bahawa dia jelas tidak terpengaruh dengan kata
kata anda . Bahkan anda sendiri yang terpengaruh dengan
anda sendiri ketika anda mmbangdingkan diri anda dengannya
.Jiran tetangga anda tidak pernah memiliki fikiran untuk
membangding – bangdingkan seperti anda , sehingga dia
bebas dari pergelutan perasaaan yang lahir akibat
membangding-bandingkan itu .
Sedangkan anda ..?? Dengan cara membangding-bangdingkan
seperti itu , anda jelas tidak akan merasa bahagia dengan
pekerjaan anda yang kelihatan ‘lebih baik’ dan ‘lebih mulia’
itu… Tetapi anda mungkin tidak menyedari bahawa setiap kali
anda membangdingkan dua perkara …akan tetap muncul
berbagai perasaan sebagai akibat dari perbandingan itu ..
Ketika anda membandingkan kejayaan anda dengan dengan
kejayaan orang lain, akan muncul sikap sombong, angkuh,
tamak , takabbur, bangga ,ujub dan seterusnya … walaupun
anda tidak menyedarinya ; walaupun anda tidak mengakuinya
.Sifat-sifat sedemikian ini akan memakan anda , perlahan
lahan sedikit demi sedikit namun pasti , walaupun anda
berkali kali mengatakan , “ Ah , sungguh kasihan dia,” … ataw
pun “Ah , malang sekali nasibnya .” .. – SESUNGGUHNYA
YANG PATUT UNTUK DIKASIHANI DAN MENDAPAT NASIB
MALANG ITU BUKAN DIA, MELAINKAN DIRI ANDA SENDIRI !!!
…
Di sebabkan anda suka membangding-bandingkan diri maka
selain anda akan membangdingkan kejayaan anda dengan
kegagalan orang lain , anda pun akan terperangkap untuk
membangdingkan kejayaan anda dengan orang lain yang lebih
berjaya dari diri anda . Ketika anda membangdingkan
kejayaan anda dengan orang laen yang lebih berjaya maka
akan muncul iri hati , dengki , sedih , kecewa , putus asa dan
setrusnya … sifat sifat sedemikian ini akan memakan anda ..
perlahan lahan.. sedikit sedikit namun pasti ; walaupun anda
cuba untuk menerima keadaan anda .. walaupun anda cuba
mengsyukuri kehidupan anda .
-Don’t compare-
~~~~~~salam jumaat~ ~~~~~~
27 March at 10:11 · Public
No comments:
Post a Comment