Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman
ULASAN RINGKAS KONTEKS SEBENAR ISU CUKAI
PENDAPATAN (BUKAN GST) & SEDEQAH DI FACEBOOK LHDN
Memang benar itu petikan sebahagian ucapan saya dari
Forum Perdana Ehwal Islam RTM namun perlu difahami
konteks asal pandangan itu.
Pandangan popular yang sering dianggap 'juara' dan 'berani'
namun terlalu ideal untuk praktikal adalah adalah JANGAN
bayar cukai atau haram semua jenis cukai. Namun itu
pendapat terlalu simplistik dan adakalanya tidak realistik
dalam menyelesaikan dilemma masyarakat kini. Tidak juga
diubah oleh pembuat dasar.
Jika ada yang ingin ikuti pendapat yang mengatakan haram,
lalu tidak mahu membayar cukai pendapatan, itu terpulanglah
kepada mereka NAMUN mereka perlu bersedia MENERIMA
AKIBAT penalti dan hukuman dari sudut undang-undang
Malaysia apabila dikenalpasti oleh pihak LHDN.
Justeru, konteks ucapan saya adalah bagi mereka yang rasa
terpaksa ketika membayar kerana mengelak tindakan walau
TIDAK IKHLAS, tidak puas hati dan kecewa, maka dalam
konteks itulah saya sebut, DARIPADA membayar cukai
pendapatan sambil MENDERITA tanpa dapat apa-apa selain
wang semakin habis LEBIH BAIKLAH membayar sama ada
mengubahnya semua kepada zakat kepada pusat zakat atau
jika tidak disalurkan kepada pusat zakat maka membayarnya
kepada lhdn sambil berniat sedekah sambil mewakilkan
kepada kerajaan untuk disalurkan kepada pembangunan
negara dengan baik. Kerana pembayaran itu cukup syarat
untuk dianggap sedeqah.
Tatkala itu, niat tersebut mampu menjadikan pembayaran
tersebut sebagai sedeqah. Manakala tanggungjawab
mengagihkan dengan saksama dan tepat adalah diatas
amanah bahu pemimpin kerajaan dan bukan lagi urusan
pembayar. Merekalah yang akan bertanggungjawab di dunia
dan akhirat. Itu juga saya sebut dalam forum terbabit.
Maka fahamilah konteks dan jauhi sangka buruk. Saya hanya
cuba memberikan solusi praktikal jangka pendek.
27 March at 18:34 · Edited · Public
No comments:
Post a Comment