Wednesday, June 29, 2016

Berdakwah..

Alhamdulillah –  Penghantar Shushi Pemegang Ijazah Sarjana Bio Medical

Syukur Bhai, mulut tempayan boleh di tutup tetapi mulut manusia tak boleh…ini adalah peribahasa yang paling sesuai untuk di guna pakai bagi menjawab apa yang di kata dan di perkatakan melalui pemikiran sempit lagi kolot.

Seperti insan insan berkeluarga yang lain sudah pasti aku memerlukan usaha ikhtiar untuk mencari sesuap nasi, bukannya makam dan level aku untuk berpeluk tubuh mengharapkan rezeki dari langit, atas idea dan cadangan serta penat lelah isteri aku Ayunie Russ maka kami berdua akhirnya aku memulakan perniagaan di Bulan Ramadhan

Menyediakan beberapa jenis makanan makanan Jepun bagi mereka yang meminatinya…ambil order dan menghantar terus secara COD…pun begitu aku masih pura pura di Tanya oleh sahabat sahabat yang buat buat tak faham malah mungkin mereka memandang aku dengan pandangan sebelah mata…

Cerita

Seperti biasa rutin kami selepas sahur kami suami akan memulakan penyediaan unuk memasak makanan Jepun Shushi, Bento dan lain lain…kerjanya agak cerewet dan mengambil masa tetapi ianya membuatkan kami jadi gembira bila semuanya siap di pack kan untuk di hantar kepada customer customer.

Biasanya kami akan berhenti untuk solat Subuh dan akan sambung kembali selepas Musyuarat Harian Rumah dan Taalim, kemudia berhenti lagi untuk solat Dhuha, lebih kurang jam 12 tengahari semuanya telah dan akan siap, aku akan memasukkan semua Shushi box tadi kedalam bakul bakul besar untuk di agih agihkan.

Kami mengambil tempahan secara Online juga tempahan melalui pesanan Wassap dan aku akan memandu menuju kesemua tempat dan alamat alamat pelanggan untuk di hantar secara COD…cash & Delivery.

Biasanya untuk pelanggan pelanggan wanita, ahlia aku akan berusuran manakala pelanggan pelanggan lelaki sudah pati aku yang menggurusi….

Alhamdulillah semuanya berjalan lancer sehingga lah petang tadi semasa aku dan ahlia aku menghantar pesana pelanggan di stu Pejabat Kerajaan tiba tiba aku di tegur oleh seorang kenalan yang aku tak berapa rapat sangat dengannya dan beliau adalah rakan sekerja aku semasa aku menjawat jawatan di OGP Petronas.

Rakan tak rapat…”Assalamualaikum bro…apa khabar…buat apa kat sini…?

Aku…”Waalaikumusalam…oohh, kau Joe…ingat siapa tadi…khabar baik…?

Rakan Tak Rapat…”waah…lain macam Nampak sekarang…kau tak keja Oil & Gas lagi ker….?

Aku…”Tak lah Joe…dah lama pencen Oil & Gas…”

Rakan Tak Rapat…”Habis kau buat kerja apa sekarang…?”

Aku…”Kerja biasa biasa jer…niaga barang makan…?”

Rakan Tak Rapat…”niaga barang makan…barang apa tu…?”

Aku…”Jual makanan Jepun…Shushi, Bento dan lain lain…hantar ke customer secara COD..”

Rakan Tak Rapat…”waah…susah gak tu…tak kan laa ko belajar tinggi tinggi kerja jual kueh plak…?

Tiba tiba ahlia aku keluar dari Office pelanggannya dan melambai aku dari jauh dengan isyarat…jooom”

Rakan Tak Rapat bertanya lagi…”Isteri kau niaga sekali ker..?”

Aku…”Yer buat niaga sekali laa..”

Aku lalu melambai balik kat ahlia aku dengan isyarat..”5 minutes please” dan aku kata kat kawan aku…

“Bro…isteri aku Pemegang Ijazah Sarjana Muda Bio Medical tetapi dia pernah cakap kat aku…”Bang saya belajar tinggi tinggi ni bukan nyer niat nak menjawat “Jawatan Dunia” tapi cukup lah untuk membuat saya jadi cerdik supaya saya dapat mendidik anak dan zuriat saya agar tidak langgar perintah Allah dan tahu batas batas agama…”
  
Bhai, sememangnya benar seperti orang orang tua kita kata….mulut tempayan boleh ditutup tetapi tidak mulut manusia, segulung Ijazah Sarjana Mudah milik isteri aku Ayunie Russ masih di simpan di dalam laci almari.

Aku tak kisah apa yang korang nak kata tapi pokok pangkalnya aku juga berpegang kepada prinsip seperti mana yang ahlia aku katakana…tak per lah kalau susah di dunia yang sementara ini asalkan kita akan senang berkekalan di hari kemudian, dan belajar setinggi mana pun kalau halal haram masih tak tau nak beza maka lebih bagus kalau jadi orang kampong makan pakai setakat mana yang ada…

Betul tak…?

Wallahwaalam

Psst : orang kalau dah tak senang dengan Dakwah ni…kita buat apa pun jadi serba tak kena kat mata dia…

Wednesday, June 22, 2016

Cara Guna Gear Kerata Auto

Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul.... Ramai yang Selalu Tersilap!

Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox
anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal.

Harap selepas baca, dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda.

JANGAN TUKAR GEAR "P" DI TRAFFIC LIGHT

Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila
berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse
akan nyala sekejap.

Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah
hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak
dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau
cepat rosak.

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Bila nak jalan balik:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR

1. tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

KENAPA?
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear.
Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.

Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak
tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat
di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear
terus ke R.

Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke
gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear,
kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum
berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran
mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan
tombol gear.

p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang
kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang
lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat

Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda.
gear akan disekat.jadi kereta anda takkan bergerak walaupun
handbrake tak ditarik.

R - reverse, untuk mengundur kereta anda

N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic
jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan,
gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.

D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya
butang overdrive - gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4.
gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj

3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi
mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak
akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

L - Low gear, gear pertama

KLIK "SHARE" SEKIRANYA INFO INI BERMANFAAT.

Sunday, June 19, 2016

Tasik Galilie

Air Tasik Thabariyyah (Sea of Galilee) semakin berkurangan untuk menampung penduduk yg sentiasa meningkat. (Sukatan air laut ini adalah petanda utama bagi kehadiran Dajal melalui Hadith2 Nabi). Mereka meminumnya sehingga kering.

Siapakah yg giat menggunakan sumber air Tasik Taibariah@sea of Galelie sehingga menurun parasnya hari ini jika bukan negara Israel yg berfahaman Zionis..Israel lah yg sedang menyedut air di Tasik itu hingga ke hari ini.. :

Pengikut pengiraan Ulama2 dunia, zaman penghabisan naungan SAW adalah 1400 H dan tidak akan melebihi 1500 H...
Kita sekarang berada di dalam 1450...baki kasar kiraan 50 tahun lagi,berapa tahun dunia di bawah dajal,berapa tahun dunia di bawah imam Mahdi,berapa tahun dunia di bawah Nabi Isa..
Kita berada di penghujung fasa dunia..

Apabila Tasik ini kering  maka saat itulah munculnya dajal..
Tasik tersebut semakin surut akibat airnya diguna oleh puak Israel sekian lama,dan dijangka habis airnya pada 2022 mengikut purata kegunaan dlm beberapa tahun sebelum ini..hanya beberapa tahun lagi dijangka kemunculan 'Nabi Palsu.''

DAJJAL MENYERUPAI NABI PALSU

Dajjal akan merupa diri sebagai Nabi Isa a.s..
Wajah sbnrnya akan terdedah ketika dia bertentang mata dgn Nabi Isa a.s di pintu bablud nti..

Jika Dajjal menjelmakan dirinya bermata satu, maka sia-sialah pengembaraannya selama beribu2 tahun

Bknkah Nabi kita berpesan bahawa Dajjal akan mendakwa dirinya Nabi pd awal kemunculannya???

Dan kemudian mendakwa dirinya Tuhan???

Kenapa ada yg mengikutnya ketika Dajjal sejauh itu tega mengaku dirinya Tuhan???

Kerana itu sebaik sahaja Nabi palsu ini bertembung dgn Nabi Isa a.s,maka cairlah topeng yg menutupi wajah sbnrnya kelak..

Siapakah yg sedang dinanti oleh umat Islam dan umat kristian akhir zaman ini jika bukan Nabi Isa A.S..

Maka disitulah Dajjal mempunyai peluang dan manfaat besar utk memperdaya sekelian umat manusia..

Jika Dajjal itu merupa diri sebagai orang lain, mana mungkin dia mampu mengumpulkan puluhan ribu manusia menyertainya??

============================================================================================================

Sabda Rasulullah SAW;

“Barangsiapa yang mendengar nama Dajjal hendaklah ia berpaling darinya kerana demi Allah, sesungguhnya apabila ia menemuinya dan dia menganggap bahawa dirinya adalah seorang mukmin maka ia akan mengikutinya (Dajjal tersebut) dengan segala syubhat (kebatilan) yang dia bawa.”

HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Hakim dari Imran bin Hussain dan disahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam kitabnya Al-Misykat, hadith no:5488.

Bermakna Dajjal adalah ahli Hujjah. Pandai bermain kata-kata sehingga org2 yg mendengar akan terpaku dan terpesona, dan mempunyai aura yang sangat hebat. Kemungkinan Dajal akan merubah wajahnya dgn kuasa sihir yang dimiliki, dan berpakaian seperti seorang mukmin dan Nabi Isa.

Hadith di atas tidak menggunakan langsung kalimah tersirat utk menunjukkan bahawa Dajjal itu sukar dikenali. Cukup bagi kita mengambil kalimah berikut sebagai menegaskan keyakinan kita:

Perhatikan kalimah “dia menganggap bahawa dirinya adalah seorang mukmin…”

Maksud bagi potongan kalimah ini ialah seorang muslim tersalah sangka tentang seorang yang ia jumpa dan menyangka orang yg dijumpainya itu adalah seoang mukmin sepertinya lalu muslim itu menurut orang tersebut (Dajjal).

Jelaslah akan potongan hadith itu bahawa Dajjal itu sukar dikenali sehinggakan orang Islam sendiri boleh menganggap bahawa Dajjal itu seorang mukmin.

===========================================================================================================

Setiap apa yang dinyatakan oleh Rasulullah pasti akan berlaku kerana ia adalah ilham maklumat yg dicetuskan oleh Allah SWT.

Maka bolehlah kita meyakini bahawa Dajjal suatu hari nanti akan menyamar seperti seorang mukmin sejati. Jika ia bukan menjadi mukmin sejati masakan mana mungkin Nabi berpesan bahawa ramai orang Islam yg akan mengikutinya.

Manakala org2 Islam yang mengikuti Dajjal itu sudah pastilah orang Islam yg tidak mengkaji ilmu fitan (atau tak nak mengkaji) langsung tentang hadith2 Rasulullah. Mereka hanya menjadi pembaca hadith bukannya menghayati serta meneroka maksud hadith.

Info lanjut:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=732824876766817&set=t.1045998845&type=3&theater

#Akhir_Zaman

Masa bersama keluarga, jauhkan hp

Sebak dengar kisah seorang lelaki yang terlupa isteri dan anak...
Satu hari abang ni ceritakan. Masa dia berjalan. Dia terlanggar seorang di jalan. Tak kenal. Dia minta maaf. Saling bermaafan. Senyum dan dia pergi. Sebelum balik kerja bergurau ketawa dengan kawan-kawan. Tegur jiran-jiran bergurau..
Sampai di rumah sibuk jawab mesej kawan-kawan. Whasap. Lepas tu boss call. Isteri baru nak cerita sesuatu. Terus lari ke luar. Pergi jawab phone. Anak 2 orang datang dan peluk ayah. Terus dia jerit pada anaknya. Ayah tengah cakap dengan boss ayah. Dia tampar seorang anak yang berumur 6 tahun.
Dua-dua anaknya menangis. Isteri baru nak sambung cerita. Dia kata penat dan terus masuk tidur. Dah 2 hari dia tiada di rumah. Di bilik sibuk tengok hp dunia maya sampai tertidur. Tak peduli isteri dan anak-anak.
Masa tidur dia bermimpi. Ajalnya telah sampai. Dia meninggal dalam tidur. Dia dikafankan. Diuruskan. Kawan-kawan pejabat datang sekejap doakan dan balik. Dia asyik menangis melihat dirinya. Dikubur semua orang dah balik. Yang membuat dia menangis dua anak yang dimarahinya sedang menangis berdoa bersama isterinya. Isterinya bengkak mata. Dia melihat setiap hari isterinya mendoakannya..menangis mendoakannya..
Sehingga berlalu 15 tahun anaknya dah besar masih menceritakan kebaikannya dan mendoakannya. Isteri belum berkahwin lain dan sibuk melihat gambarnya. Merinduinya seorang diri..isterinya penat masak, basuh baju, jemur baju, kemas rumah, hantar anak sekolah, ambil anak sekolah. Kerja seorang diri. Tak peduli orang. Siang malam sibuk kerja dan jaga anak-anak. Didik anak dengan Islam..dia menangis tengok isterinya..
Dia menangis kuat-kuat nak balik semula dalam dunia menyesal. Dia baik dengan semua orang. Tapi kasar dengan isteri dan anak-anak. Hp dan alam maya telah melupakannya. Pekerjaannya telah diganti orang lain..
Dia menangis kuat-kuat memanggil isteri dan anak-anaknya.. makin kuat menangis. Tapi tak boleh buat apa-apa dah..ya Allah..
Bangun dari tidur dia terus peluk isterinya kuat-kuat dan kata abang minta maaf. Maafkan abang sayang. Dia ulang-ulang..menangis
Mana anak abang. Dia ters berlari ke bilik anaknya dan peluk anaknya. Dia menangis. Anaknya terjaga tanya kenapa ayah. Kamu marah ayah. Ayah minta maaf. Ayah sayang kamu. Kamu tak sayang ayah..anaknya kata saya lagi cinta sayang ayah. Anaknya ciun ayahnya. Rindu sayang ayah..nanti ayah ajar kita hafal surah yer. Ayah ajar kita solat. Ayah bawa kita mandi kolam yer..
Yer anak..apa sahaja..
Semenjak itu ustaz. Bila isteri saya cakap. Saya dengar sepenuhnya. Di rumah saya tutup hp. Masa bersama keluarga saya off phone. Saya letak jauh-jauh. Kerana keluarga lah orang yang menangis dan sentiasa berdoa buat saya...
Ya Allah maafkanlah diriku sebagai ayah. Maafkanlah diriku. Ya Allah laju jantung ni.rindu isteri abang. Rindu anak ayah-ebit

Hikmah sabar

Sedih masa pembentangan bagi satu projek training. Antara dua bos yang punya syarikat ini mula marah saya. Cakap kasar dan perlekehkan saya. Saya diam jer. Dia hina dan rendahkan diri saya. Erm, saya terfikir juga siapa yang panggil saya tadi. Ada 4 buah syarikat buat pembentangan. Dia hina pakaian saya. Dia hina janggut saya. Dia hina hidup saya. Dia hina syarikat saya. Kami tak akan pernah buat training dengan orang macam awak...siapa awak. Apa awak ada. Dia cakap dengan kasar teramat.

Saya cakap terima kaseh dan syukur pada Allah bertemu dengan tuan puan semua...Allah sayang. Dalam hati sangat terkejut...ya Allah berilah hidayat buat mereka.

Saya pergi dengan staf saya. Staf saya tanya kenapa tak balas dan jawab. Saya kata takperlah semoga Allah bagi hidayah pada mereka. Sebenarnya bila kita tak jawab penghinaan orang. Nanti Allah jawabkan. Bila kita jawab dengan hati kita yang sedih campur marah nanti syaitan datang. Rahmat Allah jauh..kita cuma nak Allah maafkan kita. Kemaafannya segalanya. Redha Allah itu mahal. Disimpan dalam kesabaran dan kebaikan. Mungkin sebab hari ini, Allah sayang kita cukuplah.

Tapi dia melampau ustaz. Kalau tak suka tak perlu hina orang. Kita tak kaya tapi tak minta sedekah pada dia. Saya kata takper sebab ada rahmat disebalik semua ini. Usah peduli apa kata orang kepada kita. Tapi yang penting apa pandangan Allah. Hidup untuk redha Allah. Teruskan dakwah dan usaha yang baik. Selebihnya kerja Allah..

Takdir Allah, tadi saya baru dapat tahu saya dapat projek tu kerana ada seorang ketua mereka yang baru sampai pilih saya. Dia suka dengar ceramah saya di ikim dan youtube. Dia akan datang bawa ketua lain termasuk yang marah marah saya untuk berbincang program tu..

Staf saya tersenyum kata. Ya Allah ajaibnya kesabaran dan hikmah disebalik sedih. Allah maha kuasa. Dia boleh buat apa sahaja. Dia kehendaki. Usah jawab cacian orang kerana jika mereka panjang umur mereka sendiri akan melihat kebesaran Allah di dunia. Itulah ajaibnya doa. Ajaibnya sunnah Nabi saw. Dunia ini berjalan bukan dengan aturan orang besar atau berkuasa. Ia berjalan dengan kehendak Allah tuhan sekalian alam. Tiada tuhan melainkan Allah. Kita merancang, Allah merancang. Perancangannya yang sedang berjalan dan terjadi.

Usahlah bersedih terlalu lama, kerana kita sedang dilihat dan dijaga oleh Allah. Tersenyumlah kerana kita tak seorang. Allah tak pernah tinggalkan kita walau apapun yang terjadi. Cukuplah Allah buat kita-ebit lew

Keajaiban selawat

KEAJAIBAN SELAWAT

Allahumma Solli'alaa Muhammad..
Waala'ali Sayidina Muhammad..

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani

Kelebihan solat sunat dhuha

*HUTANG DHUHA*         *BACALAH WALAUPUN PANJANG IA AMAT BERGUNA BAGI YG MAHU BEEFIKIR*

Satu ilmu yang saya baru tahu yang saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan anda adalah ilmu tentang solat dhuha.

Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah di negaranya.

Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”.

Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah sebenarnya.

Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah.

Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis “
Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah? Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu” (HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah.

Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).

Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini.
Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya. Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar? Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang dhuha kita pada Allah setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah.

Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini.

Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampakan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.

Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil ( melalui pencuri) duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar?

Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang- hutang Dhuha kita.

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms
kepada ustaz :

“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”

Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui menyeru orang lain juga untuk berdhuha. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.

Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran sesetengah antara kalian.

Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.

Jika anda ada Blog atau Facebook, WhatsApp, Telegram, Wechat dan sebagainya, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha.

Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha.

Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar –pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap di antara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha.

Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga memnpunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini.

Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha.

Semoga amalan kita diterima sebagai amalan soleh.

Saya maafkan awak....catatan raja samri

Maafkan saya ... saya terlupa apa kejahatan awak pada saya ... saya tak ingat apa mistake awak pada saya ... tapi saya tahu awak ada buat mistake dan awak ada bnyk buat silap dengan saya ...
tapi saya dah maafkan sebab saya tahu bila awak kenakan saya, buat saya marah, awak tipu saya, awak tidak amanah dengan saya, awak cakap buruk dengan saya ...

maka bagi saya .. itu bermakna saya juga lemah dan bersalah jugak kerana tidak layan awak dengan baik sampai awak tergamak buat saya macam tu ...

So ... saya dah maafkan ... dah saya memang jenis macam tu ... saya tak suka cari salah orang atau kelemahan orang sebab saya tak nak orangf cari kelemahan saya ... saya tak suka orang cari salah saya sebab saya tahu saya manusia biasa yg hari2 buat salah ...

So ... saya dah lupa apa salah awak pada saya .. saya dah maafkan ... semua salah awak pada saya ...

Dan bila awak ungkit salah saya ... dan pretend seolah2 awak semua betul dan saya ni banyak salah dan silap ... maka saya mintak maaf ...

Sebab setiap kali awak buat salah buat saya sakit hati buat saya terasa ... saya tak pernah simpan dalam hati ... saya terus maafkan awak ... saya takde masa nak ingat2 nak pikir2 ... sebab bagi saya ... saya lebih suka gunakan masa yg saya ada untuk cipta bnyk lagi kejayaan dlm hidup dari memikirkan perkara yg awak buat kat saya ... yang awak kata kat saya ....

So bila awak tanya saya apa salah awak ... apa yg awak buat tak kena ... saya tak boleh jawab ... saya tak ingat ... saya dah lupa ... walaupun saya tahu awak memang ada dan pernah kenakan saya ... buat saya sakit hati ... tidak jujur dengan saya ... buat saya marah dan stress ... apa2 je lahhhh ...

So ... maafkan saya ... silakanlah awak kata apa2pun tentang saya ... terima kasih kerana kata macam2 tentang saya, buruk2kan saya, cakap kutuk2 belakang saya dsbg... saya dah maafkan ... dan saya akan sentiasa maafkan ...

Mungkin sebab itu saya terus berjaya dan gembira dengan pencapaian dan awak terus susah hidup nampaknya ...
Semoga awak berubah lah ye ...
wallahu'alam ....

Notes :-

1. Tak payah bertekak bila ada krisis

2. Tak payah ungkit cerita / kesilapan lama

3. Text di atas adalah contoh cara abangraja berfikir

4. Teks di atas boleh digunakan untuk pelbgai konflik di tempat kerja / rumahtangga / rakan sebilik / rakan sepejabat dsbg.

5. Hidayah kerja Allah ... doakan dia mendapat hidayah Allah.

Hiduplah gembira dengan sentiasa maafkan orang.

Ikhlas dari saya,
Dr Raja Shamri bin Raja Husin
Casa De Raja
Pasir Puteh
Kelantan.

Pesan Hasan Basri...kalau berniaga..

Bisikan Konspirasi:
BILA BERNIAGA, JANGAN KUTIP HUTANG, JANGAN KENA MATAHARI

Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan.  Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,..

Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah  meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nk kamu lakukan.

1.BILA KAMU BERNIAGA ,JANGAN KUTIP HUTANG
2. BILA KAMU BERNIAGA, JANGAN KENA MATAHARI

Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,

Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot?

Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah.

Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si adik :
Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran.
Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.

Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin  hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?

Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah.

Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si abang:
Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi , semua saya JUAL TUNAI. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.

Kedua , ayah pesan. KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.

* Moral of the story:

Perbezaan MENTAFSIR  sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanya lah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhan nya.

Jadi, belajar lah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta Allah swt beri petunjuk, mohon Allah swt bimbing kehidupan kita, semoga Allah swt memberikan taufik dan hidayah.

Mudah-mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh Allah swt di dunia dan di akhirat. ....jadi wahai sahabat-handai ...saudara Mara ...Adik Abang kakak sekalian niat di hati yg lebih pasti bukan melihat pada luaran saja Tanpa fahaman di hati

Sumber : Liana Zahari

Sedekah...rasyid..

"Saya ada RM 1, awak ada RM 1. Kalau kita tukar suka sama suka RM 1 itu, kita masih lagi ada RM 1 masing-masing..

Tapi, kalau saya ada 1 ilmu dan awak 1 ilmu, kemudian kita betukar-tukar ilmu itu, masing-masing akan ada 2 ilmu.." kata Rasyid. *Rasyid memang bijak !*

👍👍👍👍

Rasyid selalu baca Quran dan terjemahnya sekali. Kalau sibuk sgt pon, dia akan baca plg kurang 1 ayat, dan terjemahnya kasi faham. Kenapa? Sbb *belajar 1 ayat Ayat Quran lebih baik dari Solat Sunat 100 Rakaat*. MasyaAllah pintarnya Rasyid ni !!

(Rujukan HR Ibnu Majah No.215)

👍👍👍👍

Rasyid nak solat banyak2 sepanjang malam. Tapi dia tak mampu, sbb dia hobi tidur. Tapi Rasyid Solat Subuh berjemaah di Masjid setiap hari. Kenapa? Sebab dia tahu Solat Subuh berjemaah di Masjid, *pahalanya seperti Solat Seluruh Malam*. Rasyid memang bijaksana!

(Rujukan HR Muslim)

👍👍👍👍

Rasyid nak baca Quran. Tapi dia penat kerja, dan baca Quran pon merangkak2. Tapi Rasyid banyak2 baca surah Al-Ikhlas (Qulhuwallahu Ahad), setiap hari 15x paling kurang (3x lepas habis setiap Solat Fardhu). Kenapa? Sbb dia tahu *baca Surah Al Ikhlas 3x pahalanya sama seperti Khatam Quran 1x*. Rasyid memang smart!

👍👍👍👍

Rasyid bersujud ketika lihat ais krim. Maka org tnya kpd dia: kenapa sujud? Dia pun jwb: mak saya bila dia gembira dia akan sujud tanda syukur pd Ilahi.
"Perelokkanlah didikan ke atas anak²mu", kata Rasyid. Rasyid pandai!

👍👍👍👍

Rasyid tgh drive ke Bank, jem sungguh! *Mulutnya kumat-kamit*. Sampai Bank, org ramai sgt, sambil menunggu, *mulutnya kumat-kamit lg*. Rasyid tgk org2 lain semua diam sambil termenung. Seorang laki bertanya, tgh maki ke? Rasyid kata, *"Tidakkk, saya sedang beristighfar, zikir dan selawat, lebih baik drpd sy duduk termenung jew..Pahalanya AMAT BERAT, tp TAK PENAT pun..."* Org tu terbeliak, kerana sangkaan buruk sangkanya meleset. *Rasyid tersenyum kerana telah bjaya menyampaikan ilmu berguna kpdnya*

👍👍👍👍

Rasyid membaiki penghawa dingin masjid kemudian dia tolak upah yg diberi dan berkata: mak saya berpesan supya tidak ambil upah kerja utk masjid. Setiap kali org guna Masjid utk beribadah, kita dpt pahala.
Org2 kagum dgn mak dia dan saya kagum dgn kebaikannya. *Rasyid ni memang cerdiklah orangnya!!*

👍👍👍👍

Seorg org yg soleh bertanya kepada Rasyid, mengapa pergi ke masjid sblum azan.  Rasyid selamba jawab: azan utk pringatan kpd org2 yg lalai/lagho/ralik. Dan saya berharap tak tergolong dlm klgn mereka!! ( kita mohon dgn Allah akn kesejahteraan, keselamatn dunia akhirat).Org Soleh tu naik insaf! *Rasyid lebih pandai daripada org tu!*

👍👍👍👍

Aku tnya Rasyid knapa kamu sentiasa tamak minum air di masjid padahal air tu di rumah kamu pun ada?!!
Rasyid jwb: supaya org yg letak air di masjid diberi ganjaran. Aku terkedu.... *Rasyid bijakkan?*😬

👍👍👍👍

Rasyid berbuka di Masjid. Kenapa? Kedekut ke Rasyid? Tidak, dia nak bantu sponsor utk dpt *Pahala Rasyid PERCUMA*, dan terus Solat Jemaah di Masjid dpt 27x darjat. Duit pon jimat. *Rasyid is sooo brilliant!!*

👍👍👍👍

Lepas berbuka di Masjid tu, Rasyid terus basuh tgn dan dalam koceknya dia keluarkan RM1. Dia masukkan dalam Peti Masjid. "Alaaa, RM1 jewww!" Kata sorg budak... Rasyid kata, "takpe la dek, abg bukan kaya sgt, tp kalau bole istiqamah dan berterusan, setiap hari buat macam ni. Buatnya malam ni Malam Lailatulqadar, *nilai RM1 tu sama macam RM21 juta!!* Budak tu terkejut dan tanya kenapa? Rasyid bawa keluar pen Kilometrico (iklan percuma) dan kertas, dan tulis:

RM1 x 700 ganjaran sedekah x 1,000 bulan x 30 hari
=RM21,000,000

*Budak tu terus cium tgn Rasyid, sbb kagum Rasyid bukan aja pandai Agama, malah pandai Add Math!!*

👍👍👍👍

Rasyid tahu betapa besarnya pahala sedekah, kerana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." - (surah Al Munafiqun:10), bermakna org yg dah mati kalau dihidupkan balik utk buat 1 amalan saja, dia akan pilih *sedekah kerana sedekah pahala amalannya bole membiak*.

👍👍👍👍

Rasyid nak nap sekejap, sbb letih. Dia nap di Masjid. Dan dia niat iktikaf sebaik sahaja masuk Masjid. Kenapa? Sbb dapat pahala iktikaf walaupun tidur. *Rasyid is clever as always!*

👍👍👍👍

Rasyid hormat ibubapanya. Kalau ada apa2 yg dia tak sehati dgn ibunya, dia akan berbincang secara baik. Dia takkan meninggikan suara, atau cakap "Aaahh" kat Maknya, kerana itu derhaka namanya. *Rasyid tahu derhaka kpd ibubapa takkan bau syurga dan tidak akan dpt keberkatan Ramadhan!*

👍👍👍👍

Rasyid kata, "Bilamana sampai  kpd kamu gosip2 ttg sseorg drpd mereka maka biarlah gosip tu terhenti stakat kamu shj. Dan kalau betul terjadi berita tu berhenti stakat kamu shj, brmakna kmu telah dpt pahala tutup aib org. Barangsiapa yg tutup aib mana2 muslim, Allah akn tutup juga aib dia." *Alhamdulillah, Rasyid sungguh berilmu*

👍👍👍👍

3 doa yg Rasyid sure ingt utk dibaca semasa sujud2:-
1. Ya Allah, aku mohon dgn Mu pengakhiran yg baik.
2. Ya Allah, kurnialah kpd ku taubat nasuha sblum aku mati.
3. Wahai Allah yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.
(Tnpa sbrang pengkhususan).
*Rasyid selalu berdoa, ikutlah Rasyid!*

👍👍👍👍

Sehinggakan bila kamu berniat utk sebarkan ucapan ini, meniatkn shj tu pun dh dikira sbg kbaikan. Moga2 dengannya Allah melepaskan kesusahan drpd kesusahan2 di dunia dan akhirat.

*Pringatn*: Buatlah baik walau sekecil kecilnya...sbb kdg2 kita *tak tahu besar mana pahalanya*.

Wednesday, May 25, 2016

Naaihat...keluarga..

Teguran untuk semua

SHAH ALAM – Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew* _*menasihatkan keluarga Islam agar menjadikan _waktu maghrib sebagai waktu perdana untuk mengenal ALLAH bukannya menonton TV_

_Menurutnya, telefon bimbit juga perlu diketepikan semasa bersama keluarga kerana waktu itu begitu berharga.*_

_“Masa bersama keluarga ambil semua telefon simpan dalam beg dan mangga (kunci). Ilmu dan semua cerita boleh bincang bersama keluarga. ALLAH merahmati keluarga berkasih sayang. ALLAH beri rezeki melimpah ruah dan rezeki kesihatan dan panjang umur.*_

_“Beli kain kafan balut TV waktu Maghrib sampai jam 9.30 malam. Innalillahiwainnailaihirajiun. Itu masa berharga bersama keluarga. ‘Prime time’ bukan untuk TV tapi untuk kenal *ALLAH dan Nabi Muhammad SAW* kepada ahli keluarga melalui ta'lim dan majlis ilmu,” katanya*_

_Beliau menyarankan agar ketua keluarga membeli buku hadis dan membacanya bersama isteri dan anak-anak selain mengamalkan_* *sunah Nabi Muhammad SAW*_.

_“Beli dulang makan bersama-sama satu bekas paling kurang sehari sekali. Suapkan isteri dan anak-anak. Berkasih sayang semasa makan. Sebuah keluarga selalu bergaduh Nabi Muhammad SAW ajar makan berjemaah. Makan dan rasa air tangan satu sama lain. Tiada jurang lagi. Rasa satu hati. Satu jiwa. Satu keluarga.*_

“*_Ayah ajar anak-anak bantu ibunya di rumah. Sama-sama gotong royong. Semua orang soleh rajin dan suka memasak, suka cuci tandas, suka khidmat anak-anak, suka mudahkan urusan isteri dan suka dahulukan orang lain atas diri sendiri. Inikan pula isteri kita, sentiasa nak gembirakan suami dan anak-anak,” katanya.*_

_Sebelumnya beliau mendedahkan ramai wanita yang menghadiri program Keluarga Sunahnya menangis ketika bertanyakan soalan bagaimana untuk menarik perhatian suami mereka yang langsung tidak mahu berenggang dengan telefon bimbit.*_

_Menurut Ustaz Ebit, perbuatan itu menyebabkan si suami langsung tidak menghiraukan anak-anak.*_

“*_Sampai rumah sibuk pegang telefon. Lepas itu baru sekejap di rumah dah keluar rumah. 7 pagi keluar rumah balik 7 petang. Tengok telefon 8 malam sampai jam 2 pagi. Bila panggil suami tak pernah menyahut. Bila bercakap tak mahu dengar. Anak-anak semua kena marah bila ajak bermain.*_

“*_Betapa mereka rindukan suami yang mereka telah dinikahkan dan yang mereka cintai. Mereka sibuk urus keluarga dan anak-anak 24 jam. Begitulah sehingga isteri bawa anak-anak tidur,” ceritanya.*_

_Namun beliau ada pesanan kepada si suami yang langsung tidak membantu kerja rumah malah melayan isteri bagaikan orang gaji tanpa dibelai serta disayangi.*_

_Betapa hebat wanita seperti ini. Wanita bila diakad nikah mereka serahkan semuanya setia buat suaminya sampai mati. *Ya ALLAH*, bantulah wanita yang diuji begini.*_

_Buat suami dan diri saya sendiri. Fikirkanlah isteri yang berusaha nak menambat hati kita. Kita juga haruslah fikir untuk menambat hati mereka. Menawan hati mereka. Hargai dan sayangi mereka,” pesannya.*_

_Tambahnya: "Malam-malam tidurkan anak-anak dengan *cerita-cerita Nabi SAW, para Sahabat dan kisah teladan*. Pastikan semua selamat. Baru tidur dan *_bangun awal berdoa *_bersyukur atas nikmat_* keluarga ini. Menangis depan *ALLAH.*_

"*_Adukan kegembiraan, kesedihan, kesusahan kepada *ALLAH*_. _Kemudian _*kejut isteri dan anak-anak bangun Tahajud paling kurang dua rakaat dan solat Subuh awal waktu.*_

Sunday, May 22, 2016

Kitaran umur

KITARAN UMUR

Ketika umur kita bawah 10 tahun, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain.

Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

Meningkat kepada umur 30-an, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup. Membina keluarga. Ingin membeli kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa 40-an. Bahawa perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.

Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Tuhan masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

Hidup ini hanya sementara kawan. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat. Semoga kita semua kekal dalam keberkatan, keredaan dan kasih sayang Tuhan.

Wallahu'alam.. C&P

Pesanan orang tua- tua

INI ILMU ORANG TUA.
.
Apabila orang marah kita, diam. Tidak perlu jawab apa apa. Habis taufan bergelora, reda-lah ia. Diam itu umpama hujan. Mendamaikan.
.
Apabila orang "belasah" kita dengan banyak perkara. Diam. Lama lama yang nyata, akan terjelma jua. Pura pura "sayang bersepah" tidak akan bertahan lama.
.
Apabila kita diperkatakan menggunakan manusia. Diam. Mereka belum faham antara beri peluang dengan ambil peluang. Ego menjadikan mereka keliru diri.  Bagi anak muda, ambil segala peluang  dengan rasa teruja  untuk melatih diri.
.
Apabila ada "sang petualang" mengadu domba. Usah juga berkata apa apa. Usah lawan api dengan api. Sifat api marak membakar masa berkuasa. Akhirnya air juga tenang mengalir ke muara.
.
Apabila ada orang berjaya usah cepat puja dan puji. Hidup ini adalah pergiliran waktu. Jatuh 7 kali, bangki 8 kali. Kita tidak tahu putaran roda, lama mana masanya kejayaan itu akan kekal sebegitu.
.
Apabila lihat orang jatuh, usah maki dan keji. Jatuh 7 kali bangkit 8 kali. Entah esok entah lusa, dia bangkit dengan cepat sekali. Mana kita mahu lari.
.
Hidup tanpa rasa "pemilikan". Fahami konsep "tribe". Apabila mahu jadi kepala puak. Damai diri tenang rasa.
.
Apabila ada orang tinggalkan kita, itu tanda mereka mahu ke seberang. Sampai masa mereka pasti kembali kesarang jua. InshaAllah.
.
Hidup ini tidak lama. Sampai masa berangkat-lah kita mengahadap yang Esa untuk ditimbang di neraca pahala-dosa.
.

Calon CEO..

Terdapat seorang CEO yg hampir bersara dan ingin menyerahkan jawatannya kepada salah seorang eksekutifnya yg terbaik.

Untuk itu dia memanggil seluruh eksekutifnya, memberikan masing2 sebiji benih kpd setiap seorang dan berkata :

"Tanam, jaga dan siram dengan baik benih yg saya beri ini dan kembalilah 3 bulan dari sekarang dengan membawa tanaman yg tumbuh dari benih ini.."

" YANG TERBAIK, akan menjadi penggantiku sebagai CEO di perusahaan ini."

Salah seorang eksekutif, bernama Ahmad yg juga mendapat benih tersebut, terus pulang ke rumah dan menanam benih tanaman itu. Setiap hari benih itu dia siram dengan air dan diberinya baja.

Setelah hampir 3 bulan, di pejabat semua orang saling membicarakan kehebatan tanaman mereka yg tumbuh dari benih yg diberikan kpd mereka. Hanya benih Ahmad sahaja yg tanamannya tidak tumbuh sama sekali.

Ahmad berasa gagal dan susah hati.

Setelah 3 bulan, semua eksekutif menghadap CEO memperlihatkan hasil benih tersebut.

Ahmad berkata kepada isterinya bahawa dia tidak akan membawa pasu yg kosong, Namun isterinya mendorong untuk tetap membawa pasu kosong tersebut utk memenuhi janji kepada CEO 3 bulan yang lalu.

" Bawa ja bang, walaupun abang gagal utk menumbuhkan benih tu, paling tidak abang sudah menunjukkan niat baik kerana sudah berusaha semampu mungkin menjaganya sesuai dengan permintaan bos abang...", demikian kata isterinya.

"Baiklah sayang..", jawab Ahmad dgn hati yg berat kerana tdk dapat menunaikan permintaan CEOnya.

Masuk ke bilik mesyuarat, Ahmad membawa pasu kosong. Semua mata memandangnya kasihan.

Ketika CEO masuk, dia memandang keindahan seluruh tanaman yang kononnya hasil dari benih2 yg diberinya dulu, hingga akhirnya berhenti di depan Ahmad yg tertunduk malu.

CEO tersebut meminta Ahmad ke depan dan menyuruhnya menceritakan tentang tanamannya yg mati.

Ketika Ahmad selesai bercerita, CEO berkata,

"Beri tepukan untuk Ahmad, CEO kita yg baru..!"

Semua eksekutif terkejut termasuk Ahmad.

CEO itu kemudian berkata,"Semua benih yg saya berikan kepada kalian dulu, sebelumnya telah direbus dalam air panas hingga mati dan tidak mungkin tumbuh lagi. Jika benih kalian dapat tumbuh, bererti kalian telah menukarnya dan berbohong pada saya. Kecuali Ahmad, hanya dia yang JUJUR, jadi dialah yg paling layak menyandang jawatan tertinggi ini..!"

#Taburlah KEJUJURAN, dan anda akan menuai kepercayaan.

Jangan pernah takut utk berlaku JUJUR!.

Friday, May 20, 2016

Yakin pada rezeki Allah...

Ini cerita betul , bkn mitos . Cerita dongeng ke apa . Sy suami isteri kawin muda lps belajar . Lepas kawin 'kosong ' , duit zero . Kawan2 lain keje , kami taknak keje . Nk niaga . Kami naik smpai sekarang dgn berpaksi kn hidup nk berubah demi Allah . Dr zero sekarang bole tolong mak ayah , rumah selesa , ade kete selesa , makan mewah , ade duit simpanan boleh kata byk jugak . Kiranya kekdang tak tahu camna bole sng mcm sekarang . Kita kekdg lupa Allah ada . Byk cara sbnrnya die bole tlog kita kalau kita mintak kt dia . Kalau mintak kt manusia sapa nk layan.

Dulu tak solat, smpai lupa dh ayat2 semua , kena baca balik buku cara2 solat > pelan2 solat , tak bole tgl , kena sungguh2 taubat

Suami hari2 solat dhuha ,yg mana sy xmmpu yg tu . Tiap pagi dia akn solat dhuha , tak bole tgl kata die solat dhuha tu wajib . Sbb kita tk da bos . Bos kita Allah . Jadi kena presentation lebih kt Allah.

Dulu org gelak kami niaga online , sekarang alhamdulillah ramai kawan2 and keluarga nk berniaga jugak .

Dlu sy igt hidup kena 80% usaha , 20% tawakal . Tp sbnrnya = 80% tawakal , 20% usaha . Dr dlu sy seorang yg pntingkan usaha , exam wajib stay up mlm , kena usaha . Solat tk payah . Apa ade dgn solat dpt gk A . - ayat seorang jahil . Astagfirullah

Sy bercakap jujur dgn pengalaman sendiri .

Sila amalkan ini.

✅ Maksud REZEKI
- kasih sayang
- kewangan
- kesihatan
- ibadah

✅ Nak dapat income RM50,000 sebulan wajib SEDEKAH 10% dlm RM5000 bulan tu baru Allah bagi RM50,000

✅ Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah.. Call mak setiap hari.. Mintak maaf dgn mak.. Mintak mak redha dgn apa yg kita buat..

✅ Nak rezeki melimpah ruah.. Bukak tabung-tabung berikut:
1. Tabung Zakat
2. Tabung Sedekah
3. Tabung Wakaf
4. Tabung Infak

**pergi pejabat zakat berdekatan.. Tanya terus dengan dorg camne nk bukak tabung2 nie**

✅ Ramai yg sebok jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)

AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT

1⃣ Solat awal waktu
Lelaki - 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ade kat masjid!

2⃣ Solat Dhuha
- eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain
- Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)
- Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8.. Ikut kemampuan.. Setiap 2 rakaat kena bg salam..

✅ Jadilah JUTAWAN yg memberi manafaat pada orang lain!

3⃣ Tahajjud
- buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa.. Buat secara konsisten
- Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam.. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia..kalau orang taknak kita akan frush kecewa! Tapi present plan pada Allah..kita takkan rasa kecewa.. Merengek merintih pada Allah apa yg kita nak.. Apa yg kita impikan.. Apa yg kita nak capai dlm hidup! Biar jelas.. Kalau nak jadi jutawan..doa nak jadi jutawan berkat tahun ni..
- Mintak semua pada Allah.. Nak pakai Ferrari.. Nak ada RM10juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun.. Nak hantar maka ayah pergi umrah tahun ini.. Nak beli rumah bunglo.. Impian kena jelas! Mintak semua pada Allah.. Mintak yg besar2 terus sebab Allah maha kaya maha pemurah!

✅ Belajar berlapang dada.. Redha dengan setiap masalah & ujian yg Allah bagi.. Contoh ada orang hutang kita bertahun2 tak bayar.. Redha kan semua tu.. Belajar redha.. Sbb ade sorang peserta tu adik dia pinjam 98ribu dah bertahun2 tak bayar..pastu dia belajar redha.. Tak sampai seminggu Allah balas balik dia berjaya jual tanah bernilai RM340,000 yg 10 tahun lepas punya kes..

4⃣ Sedekah
- beri sedekah dengan perasaan.. Contohnya,

Ya Allah asbab aku memberi ni aku dapat jadi jutawan (semasa nak sedekah tu niat mcm ni dgn penuh perasaan)

✅ Buat TABUNG SUBUH
- Masukkan duit setiap hari selepas subuh.. Masukkan dgn penuh perasaan & doa pada Allah.. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan & sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dll..

Formula YAKIN
1. Yakin
2. Yakin
3. Yakin
4. Yakin
5. Yakin
6. Yakin
7. Yakin
8. Yakin
9. Yakin
10. Doa
11. Usaha
12. Tawakkal

9 kali kena yakin!!

5⃣ Baca Al-Quran
- paling malas minimum 1 baris dengan terjemahan.. Buat setiap hari.. Jadikan amalan!
- Kalau bersedih.. Baca Quran.. Kalau sakit.. Baca Quran..

6⃣ Istighfar setiap hari
- baca zikir 'Ya Wahhab' je 100 kali setiap hari.. Lagi bagus setiap solat 100x.. Pastu up 1000x sampai la mampu buat 100,000 zikir..

7⃣ Jaga Wuduk setiap hari
- latih badan sentiasa ada wuduk.. Kalau masalah kentut.. Buat ikut kemampuan sampailah masalah kentut tu hilang.. Hehe! Contoh dlm wuduk pastu gi jumpa client.. Pasti terkentut.. Jangan la pi ambik wuduk plk.. Lepas dh jumpa client baru la ambik wuduk sbb masih dlm proses latihan.. Bg kelonggaran pada diri.. Jgn berubah secara drastik..

✅ Latih diri MEMBERI diwaktu tiada bukan bila dah KAYA!

TEKNIK NAK MEREDHAKAN SESUATU

Setiap kali lepas solat.. Pejam mata.. Pastu letak tangan kanan atas dada kiri.. Tarik nafas macam biasa.. Rasakan degup jantung kita.. Pastu bayangkan muka mak.. Mintak maaf pada mak jika ada salah..maafkan mak jika mak ada salah..mintak mak redha kan semua yg kita buat.. Pastu bygkan muka ayah.. Buat benda sama.. Pastu bygkan muka isteri.. Muka suami.. Muka anak2.. Maafkan semua orang..

Buat selama 7 hari! Subhanallah tunggu perubahan luarbiasa dari Allah..

Semoga bermanfaat dan dijadikan pengajaran untuk kita semua...

Salam...

PERKONGSIAN SAHABAT FB..
SAMA2 KITA JAGA CONNECTION DENGAN ALLAH... NIAT APE SAHAJA YANG BAIK..KERANA ALLAH TAALA.... ❤❤❤

Sumber FB : Liely IChantieq

Wednesday, May 18, 2016

Adik & kakak...

Cerita ini kerap diulang, dan sekerap itulah mata admin akan masuk habuk 😭😭 Entah siapalah penulisnya..
----------------------------

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua

kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!." Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat

pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan

kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...." katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
semoga bermanfaat perkongsian ini.
Pengorbanan sekecil mana pun,pasti diingati..dikenang..janganlah berharap balasan semahal mana...kerana yg sikit itu sebenarnya ..itulah yg bernilai besar..
Ingatlah akan sillaturahim sesama manusia, apatah lagi sesama adik beradik..
❤❤❤❤❤❤❤❤

kenapa? mata masuk habuk ke?....

#bahagiandakwahjakim

Friday, May 6, 2016

Ubat gaout

Perkongsian info... Copy paste whatsapp.. Tak Cuba tak tahu kan.. 😊

Utk sesiapa yg kena gout ... blh cuba..

Saya berpengalaman 20 tahun mengidap gaut. Saya tak mampu solat dengan sempurna kerana lutut bengkak dan tak boleh dibengkokkan.

Saudara saya beri kapsul Gout dari Amerika..! Saya minum 2 hari, sakitnya cuma berkurang sedikit saja.

Dengan izin Allah swt saya ditemukan  dengan orang Lamongan, umurnya 110 tahun, masih gagah, anaknya yang umur 90 tahun kelihatan lebih tua darinya.

Dia tanya saya, "Sakit apa ya..?"

Saya jawab, "Gout Pak..!"

"Cuba cari sebiji nenas yang masak dan satu batang lobak putih kira-kira 250 gram. Dikisar dan tambah 3 biji buah keras. Jadikan minuman Jus lalu diminum sekaligus..!" Katanya.

"Berapa kali minumnya..?" Tanya saya lagi.

"Sekali saja cukup. Untuk penjagaan yang berterusan minumlah 3 bulan sekali..!" Katanya menegaskan.

Saya buat sebagaimana yang diajarkan. Gout saya dah hilang sama sekali. Sembuh sepenuhnya Alhamdulillah..!

Saya teruskan tiap 3 bulan sekali hingga bertahun-tahun. Ternyata Gout saya dah ucapkan selamat tinggal.

- 1 biji Nenas yang masak
- Lobak putih 250gm
- 3 biji Buah Keras.

⤴ utk kawan2 yg ada masalah Gout..

Belendar semuanya..
buah keras itu tumbuk 2 dulu dn masukkan dlm blender..
buah nenas dan lobak putih potong halus2..
kemudian masukkan air masak dan blender semuanya sehingga halus.
Selawat Nabi 3 kali dn minumlah...
In Syaa Allah...

Thursday, May 5, 2016

Bahaya Israiliyyat

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10154199867512990&id=279290772989

Bahaya Israiliyyat

Hari ini dunia lebih moden. Generasi baru mendapat pendidikan yang luas. Pendidikan dan pengetahuan moden selalu menuntut setiap perkara dikemukakan berdasarkan fakta dan angka. Maka tidak hairan jika generasi moden mula mempersoalkan banyak perkara-perkara yang dianggap berakar umbi dalam masyarakat sekalipun atas nama agama.

Dahulu barangkali seorang ustaz di masjid boleh menceritakan berbagai riwayat Israiliyyat dengan selesa. Sehingga timbul kisah Nabi Sulaiman dan Sang Kancil. Watak seorang nabi diperkatunkan sehingga hilang kehebatan perjuangannya. Hari ini kisah-kisah itu dipertikaikan sumber dan ketulenannya.

Dahulu barangkali seorang ustaz apabila tiba 10 Muharram atau ‘asyura boleh bercerita dengan bebas tentang bubur Nabi Nuh di atas kapal dengan berkempen orang ramai memasak bubur tersebut untuk dimakan. Hari ini, generasi baru akan bertanya ketulenan kisah itu dan rasional untuk kita melakukannya. Nabi Nuh a.s. dihantar bukan sebagai seorang chef untuk memperkenalkan resepi bubur. Dia adalah seorang nabi yang mempunyai mesej dakwah yang besar. Mereka mungkin sudi memakan bubur tersebut. Tetapi tidak sanggup perkara itu dikaitkan sebagai satu arahan Islam yang agung ini.

Dahulu barangkali seorang ‘ustaz’ boleh bercerita dengan bebas jampi penyeri wajah naik pelamin Nabi Yusuf. Hari ini perkara seperti itu tentu dipertikaikan.

Dahulu, ada yang mempercayai cerita sesetengah ustaz atau lebai bahawa:“Sesungguhnya bumi berada di atas sebiji batu. Batu tersebut berada di atas tanduk seekor lembu jantan. Apabila lembu jantan itu menggerakkan tanduknya, maka batu tersebut pun bergerak dan bergeraklah bumi. Itulah gempa bumi.”

Pengetahuan moden sama sekali menolak kepercayaan ini. Kita menganggap ini adalah riwayat palsu. Kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) ketika mengulas riwayat ini:

“Yang peliknya ada orang yang sanggup menghitamkan buku-bukunya dengan perkara-perkara merepek ini”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Al-Manar al-Munif, m.s.78, Syria: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah)

Kata Abu Syahbah :

“Ini adalah rekaan ahli kitab bertujuan menghina para rasul” (Abu Syahbah, Al-Israiliyyat wa al-Maudu`at fi Kutub al- Tafasir. m.s 305, Kaherah: Maktabah al-Sunnah)

Malangnya, ada golongan agama dahulunya mempercayai perkara ini. Mereka menyangka bahawa dunia berada di atas tanduk lembu dan lembu itu berada atas ikan nun seperti yang ditambah dalam riwayat palsu yang lain. Ini adalah karut, menyanggahi hakikat yang diterima secara yakin bahawa bumi ini terapung-apung di angkasa.

Fokus Tajdid

Kita menyeru kepada tajdid  (pembaharuan). Kita katakan, kelemahan pengetahuan orang ramai masa kini untuk membezakan antara isi al-Quran yang sebenar dengan riwayat Israiliyyat boleh membawa mereka salah faham terhadap al-Quran dan ragu-ragu terhadap inti kandungannya. Tambahan pula, pengetahuan manusia moden yang telah banyak menolak bentuk-bentuk khurafat.

Ini disebabkan mereka tidak mempunyai kaedah yang jelas dalam membezakan antara kisah-kisah yang termuat dalam buku-buku tafsir dan kisah-kisah al-Quran yang asal. Mereka akhirnya menyangka al-Quran menghidangkan kisah-kisah lucu, atau ada kandungan al-Quran yang bertentangan dengan fakta sains seperti contoh-contoh yang disebutkan tadi. Kata guru saya iaitu seorang tafsir yang terkenal Solah `Abd al-Fattah al-Khalidi :

“Telah berlaku kesalahan sebahagian pengkaji, penulis dan penceramah dari kalangan muslimin dalam melihat kisah-kisah umat yang lalu di dalam al-Quran. Sekalipun dengan niat yang baik, namun mereka telah menyanggahi metodologi yang betul dan lurus dalam mengkaji kisah-kisah tersebut. Mereka telah mempersembahkan kepada para pembaca dan pendengar timbunan daripada berbagai pendapat, kisah, riwayat dan pendetilan kisah. Kesemuanya tidak lebih dari kisah-kisah karut, batil, palsu yang mereka ambil daripada sumber-sumber yang diselewengkan lagi batil, ia adalah al-israilliyyat dan kisah-kisah ahli kitab”.( Solah Abd al-Fattah al-Khalidi, Ma`a Qasas al-Sabiqin fi al-Quran 1/31, Damsyik: Dar al-Qalam.)

Di saat dunia semakin canggih dan moden. Kepercayaan sebahagian manusia terhadap kebanyakan agama semakin tercemar disebabkan karut-marut yang telah membaluti kebanyakan kepercayaan. Hanyalah Islam, agama yang menolak khurafat, tahyul dan karut-marut yang tiada asasnya. Ini membuktikan hanya Islam sahaja, yang dapat menghadapi perkembangan tamadun kebendaan. Tamadun yang bersedia mempertikaikan apa sahaja termasuklah ketuhanan.

Islam yang tulen tetap utuh, kerana mesej dan tujuannya jelas tidak dicemari oleh kekarutan. Inilah mesej al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Malangnya ada di kalangan umat, terutama para pendakwah dan penceramah yang kurang berhati-hati mencemarkan al-Quran dengan kisah-kisah israiliyyat dan rekaan yang merosakkan agama.

Fokus kisah-kisah al-Quran adalah pengajaran, bukan untuk melalut dan meracau dalam perkara-perkara yang tiada kaitan dengan pengajaran. Israiliyyat telah memalingkan manusia dari memberikan tumpuan kepada inti-kandungan pengajaran kepada unsur-unsur yang tidak bermanfaat. Apatah lagi tidak dikenalpasti pula sejauh kebenarannya. Bahkan sebahagian besarnya adalah karut marut dan bohong. Kisah Luqman umpamanya, al-Quran hanya menyebut sesuatu yang bermanfaat dan dapat dicontohi. Firman Allah :
وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّهِ ۚ وَمَنْ يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ

(maksudnya): Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): “Bersyukurlah kepada Allah”. Dan sesiapa yang bersyukur, maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (Surah Luqman: 12)

Demikian insan apabila membaca ayat ini akan tahu pengajaran yang dapat dicontohi dari Luqman ialah bersyukur dengan kurniaan kebijaksanaan yang Allah berikan. Selepas ayat ini, Allah menceritakan nasihat-nasihat Luqman yang berguna kepada anaknya. Nasihat-nasihat tersebut banyak pengajarannya. Antaranya ia adalah nasihat yang berkualiti yang terbit dari orang yang diberikan hikmah. Hikmah itu membawa insan mengenali hakikat kebaikan yang tulen. Ini terserlah dalam isi kandungan nasihat-nasihat tersebut. Nasihat-nasihat itu juga adalah sukatan pendidikan yang bermutu dan tepat.

Namun Israiliyyat menyibukkan pembaca al-Quran dengan perkara-perkara lain dari ini semua. Menurut Israiliyyat, Luqman adalah seorang lelaki hamba abdi berketurunan Habsyi, seorang yang pendek, hidungnya penyek, bibirnya tebal, lebar tapak kakinya dan berbagai lagi.( lihat: Salah al-Khalidi, Ma’ Qasas al-Sabiqin, 3/150)

Tambahan Israiliyyat ini, hanyalah memalingkan pembaca al-Quran daripada tujuan utama al-Quran yang menghidangkan kisah tersebut sebagai suatu pengajaran dan pengiktibaran yang dapat dimanfaat oleh semua kepada perbincangan yang belum tentu ada faedahnya. Apakah faedah besar untuk pembaca al-Quran jika dia mengetahui Luqman berkulit hitam, berbangsa Habsyi, berhidung penyek?!. Apakah dia boleh meniru itu semua jika Allah telah mentakdirkannya berkulit putih, berhidung mancung dan tidak berbangsa Habsyi. Apakah itu tujuan kisah yang dibawa?! Atau tujuannya mengkisahkan seorang hamba Allah yang diberi hikmah dan dia diperintahkan bersyukur kepada tuhannya. Lalu dipersembahkan hikmah dan syukur itu dalam suatu sukatan pendidikan yang membentuk insan yang rabbani.

10 amalan murah rezeki

http://berdakwahislami.blogspot.com/2016/04/10-amalan-ini-jika-di-amalkan-selama-40.html

1. Rutinkan shalat berjamaah di masjid dan tepat waktu
Sedapat mungkin lakukan shalat fardhu di masjid berjamaah disertai dengan shalat sunat qabliyah dan ba'diyahnya. Qabliyah adalah shalat sunat sebelum shalat wajib yaitu 2 atau 4 rakaat sebelum shalat Dhuhur, sebelum ashar, 2 rakaat sebelum magrib, sebelum Isya dan sebelum subuh. Sementara Ba'diyah adalah shalat sunat sesudah shalat fardhu, yaitu 2 rakaat setelah dhuhur, setelah magrib dan setelah isya. Jangan lupa shalat tahiyatul masjid sebagai penghormatan kepada masjid. Jangan pernah menunda melakukan shalat. Begitu azan berbunyi segeralah ke masjid terdekat.

# 2. Rutinkan shalat tahajud 8 rakaat dan shalat witir 3 rakaat
Shalat tahajud adalah salah satu shalat sunat yang paling utama, dikerjakan pada sepertiga malam, minimal 2 rakaat, tapi Uztadz Yusuf Mansur menganjurkan 8 rakaat ditambah witir 3 rakaat. Sepertiga malam itu juga adalah waktu mustajab (waktu terkabulnydoa).

# 3. Baca Surah Al Waqiah
Inilah surah yang bisa memperlancar rezeki " Barangsiapa membaca Surah Al Waqiah setiap malam, maka ia tidak akan

ditimpa kefakiran selamanya (H.R.Ibn Sunni).
Jangan lupa membaca surah ini sesudah shalat subuh atau sesudah shalat isya.

# 4. Rutinkan shalat dhuha
Mengapa dhuha bisa melancarkan rezeki? Alasannya sudah saya tulis di sini. Shalat sunat dhuha adalah shalat sunat 2 rakaat yang dilaksanakan saat matahari beranjak naik sampai sebelum dhuhur. Rutinlah melaksanakan dhuha 6 rakaat, bagi yang kuat bisa sampai 12 rakaat itu lebih baik. (2 rakaat salam, begitu seterusnya).

# 5. Baca zikir sesudah shalat 
Setelah shalat jangan langsung berdiri tapi bacalah zikir yang biasa anda baca ditambah dengan membaca asmaul husnah Ya Fattah ya Razaak 11 kali, dilanjutkan dengan membaca ayat kursi 1 kali dan Surah Al Ikhlas 3 kali. Rutinkan setiap selesai shalat. Khusus selesai shalat subuh dan ashar ditambah dengan membaca 4 ayat terakhir Surah Al Hasyr.

# 6. Rutin membaca zikir ini
Rutinkan membaca Laa hawla wala quwwata illaa billah sebanyak 300 kali, bisa juga 100 kali setiap hari dan bisa dibagi membacanya setelah shalat fardhu (100 / 5 = 20 kali di setiap selesai shalat fardhu).

# 7. Rutin mohon ampun
Bacalah istighfar sebanyak 100 kali setiap hari. Karena bisa saja setiap hari kita berbuat dosa yang kita sadari maupun tidak.

# 8. Rutin membaca zikir pagi dan petang
Jangan lupa setiap hari membaca subhanallahi wabihamdihii subhanallahil adzhiem 100 kali di waktu pagi dan 100 kali di waktu petang (sore hari). Boleh dilakukan habis shalat dhuha dan sorenya bisa setelah melakukan ibadah shalat ashar  atau menjelang magrib

# 9. Rutin baca yasin
Rutinkan membaca surah ke 36 dari Al Quran ini, waktunya bebas, lakukan kapan saja dan baca sebanyak 1 kali setiap hari.

# 10. Tutup malam dengan shalat sunat 2 rakaat
Begitu kantuk menyerang jangan langsung tidur tapi lakukan shalat sunat 2 rakaat sebelum tidur, baca Surah Al Kafiruun di rakaat pertama dan Al Ikhlas di rakaat kedua. Setelah itu jangan lupa membaca Surah As Sajdah, Al Mulk atau Ar Rahman (pilih salah satu).

Lakukan 10 amalan ini rutin selama 40 hari. Usahakan jangan bolong. Bisa dibuat check list untuk membantu mengecek apakah salah satu amalan sudah dilaksanakan atau belum. Bagi wanita yang lagi haid bisa berhenti sejenak dan melanjutkan setelah suci. Niatkan dan mohonkan rezeki yang banyak dan bermanfaat untuk diri dan orang lain. Jika setelah 40 hari masih ingin dilanjutkan silakan. Jika sudah menjadi kebiasaan bisa menjadi ladang pahala buat kita. Wallahu alam

Anak anak

Saya emak yang tidak bercita-cita tinggi..
Tak terkejar kejar mahu memasukkan anak ke sekolah asrama penuh terkenal..
Tak bermimpi anak jadi orang besar atau kaya raya...
Sebab itu bila ada kelas tambahan hujung minggu hari Sabtu di sekolah
Saya mungkin salah seorang atau satu-satu ibu bapa yang tak mahu masukkan anak ke kelas tambahan itu
5 hari anak berada di sekolah sepanjang hari.
2 hari anak bersama saya untuk menjalankan pelbagai aktiviti
Masakan waktu 2 hari itu mahu direbut dari saya..

Anak anak hidup di dunia ini bukan hanya dikerah belajar sahaja..
Mungkin mata pelajaran yang dia belajar akan dilupa bila dewasa nanti
Tetapi silahtulrahim dengan keluarga di kampung, menjaga kesihatan,  merendahkan diri membantu orang lain, bergaul dengan jiran setempat , pelajaran agama adalah pelajaran seumur hidup yang saya harus terapkan untuk anak-anak sepanjang saya masih bernafas.

Saya tidak mahu anak menjadi mangsa sistem pelajaran yang lebih memikirkan material. Seringkali kita akan dengar perkataan ini...
"Hesy..tak belajar nanti nak jadi apa? Nak jadi tukang kutip sampah tepi jalan?"
Andai ditakdirkan anak jadi tukang kutip sampah, jangan lupa anak ini telah berbuat bakti lebih banyak dari orang lain. Tak ada orang kutip sampah menderita semua orang, menderita bumi ini..

Setiap pekerjaan tak kira apa kerjanya. Bekerjalah dengan dedikasi, tekun dan amanah. Kita selalu fokus dan tekankan kepada anak-anak  apa pekerjaaan yang harus dia lakukan untuk berjaya  tetapi kita jarang fokuskan apa yang harus dia lakukan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja supaya dia menjadi pekerja yang berjaya. Sebab itu ramai pekerja sudah hilang sifat jujur dan amanah. Rasuah bermaharajalela..

Salam subuh..

Catatan anak

Beberapa tahun lepas saya menurunkan Mak di depan hospital dan berjanji supaya Mak talipon bila dah semua urusan selesai,Mak menghadiri pemeriksaan biasa bulanan di Hospital Balik Pulau,saya pulang kerumah dan menunggu Mak talipon bila dah siap nanti.

Dalam perjalanan pulang kerumah, saya tiba tiba terkenang suatu ketika dulu ketika saya demam,Mak menggengam erat tangan saya berjalan dari rumah menunggu bas untuk ke hospital,sesekali saya didukung kerana tak kuat berjalan,diatas bas saya baring di ribaan Mak sambil Mak mengusap kepala dan sesekali mengucup dahi saya,di hospital juga ketika menunggu rawatan saya sentiasa didalam pelukan Mak,selesai rawatan,sekali lagi dalam perjalanan ke stesen bas saya didukung,sempat dibawa ke kedai dan Mak cakap 'adik nak beli apa apa ke' sampai dirumah saya dipujuk untuk makan ubat,dipujuk dan disuap makan kerana tak lalu makan akibat demam.

Habis saja kenangan itu berlalu difikiran saya segera terus berpatah balik ke hospital,'hujan lebat didalam kereta' sampai di hospital terus saya mendapatkan Mak yang sedang termanggu keseorangan menunggu urusan rawatan,saya sembunyikan airmata saya yang ditahan supaya tidak mengalir dihadapan Mak,saya memegang tangan Mak membawa masuk bilik doktor,mendengar penjelasan doktor berkaitan tahap kesihatan Mak,
mendengar nasihat doktor supaya memantau pemakanan Mak,saya memegang tangan Mak ke farmasi dan menunggu untuk mengambil ubat,selesai semuanya saya memegang tangan Mak menuju ke kereta,membuka pintu kereta untuk Mak dan saya tanya 'Mak ada nak beli apa apa ke',
YA ALLAH,ampunilah aku yang sedikit terlalai dari menyantuni pembuka pintu syurga untuk ku ini.

Saya sekarang di IJN Kuala Lumpur, menunggu untuk berjumpa doktor,rawatan susulan.
Saya menulis rasa hati ini bila melihat di sini ramai Mak Ayah yang keseorangan terkial kial bertanya arah sambil menunjukkan kad mereka,
bayangkan disini ada blok A,blok B dan sangat luas,ada yang bertanya arah cafe untuk makan setelah semalaman berpuasa untuk mengambil darah,beratur ramai untuk mengambil dan membayar harga makanan dan sebagainya,saya juga melihat pasangan Mak Ayah lewat 70 an yang saling membantu berpimpin,berjalan perlahan mengatur langkah dan sesekali berhenti penat, mungkin mereka tidak mempunyai anak TETAPI sangat rugi lah seandainya mereka mempunyai anak anak dan anak anak mereka terlepas pandang ruang kasih sayang yang sepatutnya mereka penuhi ini.

Alhamdulillah,setakat ini saya gagah kesana sini berjalan laju di hospital,namun seandainya saya berada ditahap Mak saya dan Mak Mak Ayah Ayah yang saya lihat di IJN ini,saya akan rasa selesa,bangga,terharu dan harapkan ada anak bersama saya sekurang kurangnya sebagai 'SEMANGAT'.

Anak anak sekelian,saya yakin apa yang saya rasa ini dirasai oleh Mak Ayah kita semua.
Hayati lah firman ALLAH ini untuk kebaikan bersama dunia dan akhirat-

وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا .

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya.Jika salah satu seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu,maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, 'Wahai Tuhanku,sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah menyayangi aku di waktu kecil'.
Al Isra' 23 & 24

Syed Mohamad Nazli Bin Syed Ahmad
Institut Jantung Negara IJN,
Kuala Lumpur,
4-5-2016.

Saturday, April 30, 2016

Nes 3 in 1

Saya copy and paste.. kebenarannya terpulang kepada anda sendiri menilainya. Saya minum juga nescafe, tapi bukan 3 in 1 dan jarang2 sekali.

Kawan2 yang suka minum Nescafe..nah ini dia Keburukan Nescafe 3 in 1.
.
Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung dan buah pinggang.
.
Kawan saya (dah arwah)...
dari usia muda...
pagi nescafe...2 X..
petang nescafe...2X...
malam nescafe...2X...
.
depan mata saya...
bengun dari kerusi ...
kaki dia terus patah...tulang dia reput...

.
Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakananan.
.
Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya.

Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah.
.
Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one.
.
Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung.

Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'
.
Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)

2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer

3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi

4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.

5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine

6. Elakkan memakan burger, nugget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya

7. Elakkan mandi selepas makan

8. Amalkan :Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.

9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda

10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.

11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

So, hope for best for those who still love Nescafe.

Dah lama dah tinggalkan Nescafe, lagipun Nestle tu kan syarikat Yahudi, Yahudi Zionis dah lama rancang untuk memusnahkan umat Islam. Tepuk dada, tanya perut.

. Sekian. Wassalam.
والله أعلم.

...
#kopipes

Saturday, April 23, 2016

As salam...

🎾 SATU KEMATIAN DLM KEADAAN LEKA - DLM KEADAAN TIDAK BERSEDIA.

Rancanglah kematian kamu dgn penuh bekalan utk perjalanan yg jauh.

Tolong baca sampai habis... Credit utk penulis 👇... Tak tau siapa yg tulis.....tp sgt tersentuh...

sekadar perkongsian & peringatan utk diri sendiri jugak...

Assalamualaikum....

Sibuk kejar kehidupan dunia?
wang berguni pun x cukup!
Kerja sepenuh masa.
Rindu orang itu, orang ini.
Cemburu orang itu dengan orang ini. dengki hati jadi mainan

Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi keje. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana.

Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan.

Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita.

Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi.

Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. !! sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan"
Tergamam.

Ah Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa.

Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang.

Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat?
Jga aurat wahai shabat2ku...  Tepuk dada, tanya iman.

share kt grup, mgkin ada manfaatnya

🎾 Bleh share kat grup anak2 murid, ank2 muda, org2 tua, anak2 sedara, kawan2 ...
Sbg peringatan utk kita yg sering terleka dgn hal dunia..

Salam Jumaat

Monday, April 18, 2016

Semua benda jadi bersebab...Allah yang susun..

Baru ini saya drive balik jauh dari satu tempat. Dalam perjalanan  saya rasa nak ke tandas. Berhenti singgah RNR. Takdir Allah ada sepasang anak muda, tayar keretanya pancit. Saya tengok dia macam cari sesuatu.

Dia tiada pembuka tayar. Saya beri pinjam saya punya padanya. Dia tak reti nak tukar tayar. Saya tolong tukarkan tayar keretanya. Sambil tu saya tanya dengan isteri nak ke mana ni? Dia jawab ish bukan isteri. Kawan jer.

Saya kata padanya, takdir Allah pancitkan tayar ni supaya kita boleh berjumpa. Kerana dia sayang adik. Allah sayang kita lebih dari sesiapapun. Tak pernah ada sesiapa sayang kita seperti Allah sayang kita. Dia beri kita rezeki. Dia beri kita nikmat. Allah hadiahkan kita solat. Dengan solat, hidup kita dijaga oleh Allah. Orang jaga solat. Dia orang Allah. Maksudnya dia dijaga dan dipelihara oleh Allah..dia jaga kita, kitalah orang paling beruntung.

Dia kata saya dah lama tak solat ustaz. Kenapa tak solat? Jawabnya mak ayah saya tak ajar. Diaorang bila dah berumur baru-baru ni solat. Jawab saya, saya mula belajar solat umur 12 tahun. Semenjak itu saya yakin hidup saya menjadi tenang bila solat. Saya tahu bagaimana hidup seseorang tanpa berterima kaseh pada tuhan.

Dia kata insyaAllah saya solat...

Saya kata padanya selalulah baca laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin. Ulang banyak kali. Allah akan keluarkan kita dari segala musibah dan kesempitan..

Pernah sekali seorang alim Imam Ahmad  b Hanbal,ratus ribu hadis dalam hafalannya. Anak murid Imam Syafie rah.

Dia pergi ke iraq. Sampai di sana di iktikaf di masjid. Datang orang masjid halaunya. Katanya ini undang-undang di sini. Dia tidur di beranda masjid pun kena halau. Sampai tangga masjid.

Orang tak kenal muka alim besar ini. Ada seorang pembuat roti kedainya dekat dengan masjid. Dia pelawa imam ahmad tidur di kedainya. Sedang berbual dan hendak berehat imam ahmad dengar dan kagum dengan pembuat roti itu asyik beristiqfar. Astaghfirullah wa atubu ilaik.  Tanpa henti.

Imam ahmad terus tanya bagus kamu istiqfar. Apa yang kamu rasai dengan amalan ini. Katanya segala puji bagi Allah, semua doa saya dikabulkan. Cuma satu jer doa saya yang belum di kabulkan. Saya ingin berjumpa imam ahmad ibnu hanbal. Kata Imam Ahmad, saya dihantar Allah sejauh ini, kemudian dihalau dari masjid kerana Allah ingin makbulkan doa kamu. Kerana kamu rajin minta ampun pada Allah.

Allah kerana doa seorang pembuat roti, orang alim yang menjadi ikutan puluh juta orang yang datang mencari dan belajar darinya ditakdirkan Allah berada dalam rumahnya..mahalkan minta ampun pada Allah. Dia suka hambanya yang suka istighfar dan bertaubat.

Adik tadi kata betullah. InsyaAllah saya aka jaga solat dan minta ampun pada Allah-ebit lew

www.keluargasunnah.com