Thursday, May 5, 2016

Anak anak

Saya emak yang tidak bercita-cita tinggi..
Tak terkejar kejar mahu memasukkan anak ke sekolah asrama penuh terkenal..
Tak bermimpi anak jadi orang besar atau kaya raya...
Sebab itu bila ada kelas tambahan hujung minggu hari Sabtu di sekolah
Saya mungkin salah seorang atau satu-satu ibu bapa yang tak mahu masukkan anak ke kelas tambahan itu
5 hari anak berada di sekolah sepanjang hari.
2 hari anak bersama saya untuk menjalankan pelbagai aktiviti
Masakan waktu 2 hari itu mahu direbut dari saya..

Anak anak hidup di dunia ini bukan hanya dikerah belajar sahaja..
Mungkin mata pelajaran yang dia belajar akan dilupa bila dewasa nanti
Tetapi silahtulrahim dengan keluarga di kampung, menjaga kesihatan,  merendahkan diri membantu orang lain, bergaul dengan jiran setempat , pelajaran agama adalah pelajaran seumur hidup yang saya harus terapkan untuk anak-anak sepanjang saya masih bernafas.

Saya tidak mahu anak menjadi mangsa sistem pelajaran yang lebih memikirkan material. Seringkali kita akan dengar perkataan ini...
"Hesy..tak belajar nanti nak jadi apa? Nak jadi tukang kutip sampah tepi jalan?"
Andai ditakdirkan anak jadi tukang kutip sampah, jangan lupa anak ini telah berbuat bakti lebih banyak dari orang lain. Tak ada orang kutip sampah menderita semua orang, menderita bumi ini..

Setiap pekerjaan tak kira apa kerjanya. Bekerjalah dengan dedikasi, tekun dan amanah. Kita selalu fokus dan tekankan kepada anak-anak  apa pekerjaaan yang harus dia lakukan untuk berjaya  tetapi kita jarang fokuskan apa yang harus dia lakukan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja supaya dia menjadi pekerja yang berjaya. Sebab itu ramai pekerja sudah hilang sifat jujur dan amanah. Rasuah bermaharajalela..

Salam subuh..

No comments:

Post a Comment