Friday, March 20, 2015

Menghilangkan Kesan Lebam di Peha dan Lengan Akibat Gigitan Jin



Salah satu koleksi ceramah-ceramah agama dari Ustaz
Kazim Elias ada diselitkan cara-cara untuk elakkan dari
mendapat lebam-lebam ini yang sebenarnya berpunca dari
gangguan jin. Ustaz Kazim menyatakan empat cara
mengelakkan mendapat lebam-leam dari gangguan jin iaitu:-

1) Jangan mandi sewaktu Maghrib
2) Jangan mandi berbogel,
3) Jangan makan di atas tempat tidor, sisa-sisa makanan tu
akan dipungut oleh jin.
4) Bersihkan seluruh mulut (seeloknya bersugi) sebelum tido.
InsyaAllah, masalah lebam-lebam tersebut akan dapat
dielakkan sekiranya kita mengamalkan kaedah di
atas. Sebenarnya bukan semua lebam adalah akibat dari
gangguan jin, terdapat juga yang disebabkan oleh masalah
kesihatan iaitu akibat tekanan darah yang rendah.

Cara untuk mengenal pasti lebam yang disebabkan perbuatan
jin ialah, regangkan kulit di kawasan lebam dengan
menggunakan jari dan diteliti kesan lebam tersebut. Jika
ianya gangguan jin maka akan terdapat tanda seperti kesan
gigitan gigi.

Mengikut Ustaz Kazim Elias, cara untuk menghilangkan
gangguan jin berkenaan ialah dengan mengamalkan mandi
sewaktu sebelum gelap petang, seelok-eloknya pada pukul
6.30 petang. Ambil 3 biji limau nipis dan di bacakan Al-
Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian di potong dan diramas ke
dalam sebaldi air. Air inilah yang dibuat mandian pada pukul
6.30 petang dan diulangi amalan yang sama selama
seminggu.

Kenapa mandi dengan limau??? Sebab...jin mengenali mangsa
gangguannya melalui bau badan. Itulah cara dia mendatangi
mangsa yang sama berulang-ulang kali. Mandi limau ini akan
merubah bau badan kita dan jin itu tidak akan mengenali kita
lagi.

InsyaAllah, dengan berkat usaha dan doa kita kepada Allah,
masalah gangguan jin ini akan dapat dihentikan.

Info dr:

http://8vertising.blogspot.in/2012/02/menghilangkan-kesan-lebam-di-peha-dan.html?m=1


Info tambahan di

http://darussalam.net.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=150

http://lalapost.com/cara-mengelak-dan-mematahkan-sihir/

No comments:

Post a Comment