Ebit Lew
Sepasang suami isteri bergaduh. Mereka ada anak 2 orang.
Isteri tak dapat nak maafkan suami. Suami tak dapat nak
maafkan isteri. Mereka kecewa dengan segala yang mereka
usahakan.
Jawab saya dulu mula-mula masa Allah beri saya hidayah.
Saya belajar dalam hati dan doa "ya Allah saya tak pandai.
Saya bodoh. Ya Allah saya tak tahu apa-apa. Saya tiada apa-
apa. Tolong saya ya Allah. Ya Allah kau Maha Kaya. Maha
Bijaksana. kau pemilik segalanya. Ya Allah semua orang lebih
baik dari saya. Yang tak baik saya. Ya Allah beri rahmat dan
hidayah pada orang keliling saya. Ya Allah maafkan saya.
Salah saya ya Allah"
Saya minta mereka ucap doa yang lebih kurang begitu
berulang kali. Itulah ubat banyak penyakit hati dan
permusuhan hari ini. Sebab kita rasa pandai dan tahu. Kita
mana tahu apa-apa. Allah yang tahu semua. Tengok orang
buat salah doakan mereka. Malam-malam sunyi diri kita
doakan mereka.
Saya minta pasangan tadi ucap doa tadi. Rendah diri dan
rasa tak tahu saat berdoa
Bila kita rasa kita bodoh,Allah ajarkan kita.
Mereka ucap sampai menangis. Sebab selama ini kita jadi
susah sebab kita rasa pandai dan tahu. Ilmu dan pengalaman
kita telah menipu kita kerana lemahnya iman. Tidak kenal
Allah. Kita rasa saya betul dan semua orang salah. Nama pun
manusia pasti ada salah. Syurga untuk manusia yang berdosa
dan bersalah yang cepat sedar diri dan segera bertaubat.
Neraka buat orang berdosa dan bersalah yang sombong dan
berbangga dengan kesalahan mereka serta lupa nak kembali
pada Allah. Kita takut kita asyik rasa kita betul rupanya kita
orang yang bersalah di akhirat. Baik kita selalu rasa bersalah
dalam dunia. Perbetulkan diri kembali pada Allah.
Mereka berpelukan dan berdamai. Mereka cakap terima kasih.
Suaminya terus sujud syukur panjang dan menangis di situ
juga.
Setelah lama hidup kita terlupa nak cakap ya Allah. Saya
takde apa-apa. Semua milik kau. Ya Allah kaulah segalanya.
Semuanya milik kau. Ya Allah maafkanlah kami-ebit lew
No comments:
Post a Comment