Sunday, March 22, 2015

Nasihat isteri..

Ebit Lew

Seorang lelaki pening nak urus isteri. Katanya "ustaz tolong
saya. Saya dihormati di mana-mana dan semua orang. Tapi
bukan isteri saya sendiri. Dia stress dan sangat kecewa. Dia
dah tak tahu nak buat apa. Buntu dah.."kenapalah begini
nasib saya. Hilang keyakinan diri" dan terasa tidak mampu.

Jawab saya, begitulah kehidupan suami isteri. Saya teringat
cerita-cerita dulu-dulu kala buat pengajaran. Seorang wanita
balik dari berjalan seorang diri. Bila pulang dia ceritakan pada
suaminya, tadi saya nampak ada seorang wali Allah terbang.
Hebat dia. Jawab suaminya, saya lah yang terbang tadi.
Sambung isterinya, patutlah cacat terbangnya. Senget. Jatuh-
jatuh ke kiri ke kanan.

Lepas tu saya nampak ada seorang lelaki menangis dalam
masjid. Mesti dia wara dan baik di kala orang lain sibuk dia
menangis dalam masjid.
Jawab suaminya abang lah yang menangis tu.
Sambung isterinya patutlah kuat menangis. Dia banyak dosa.
Malas orangnya.

Begitulah satu persatu lebih kurang perbualan suami isteri tu.
Bukan senang nak nasihat isteri ni. Kerana dia kenal buruk
baik dan luar dalam kita. Dia kenal suaminya bagaimana.
Sebab tu jika isteri memuji dibelakang kita atau kita dah mati
itu tanda baiknya kita.

Dan sebab tu penting buat Ta'lim rumah. Baca Al-Quran dan
Hadis Nabi saw bersama keluarga. Perkataan kita kadang-
kadang terbawa nafsu dan dosa kita. Tapi Al-Quran dan hadis
Nabi saw ada Nur yang memberi kesan dalam hati. Allah yang
ubah hati yang keras melalui FirmanNya dan Sabdaan Nabi
saw.

Lelaki yang baik tadi mulakan. Dia terasa dihormati dan
disayangi isterinya. Dia kagum baru mula beberapa hari, Allah
letakkan sakinah dan bahagia dalam rumahnya yang wujud
Ta'lim. Kita bukan nak dihormati. Kita nak Allah sayang. Tak
jadi hina kerana pujian atau makian orang atau ahli keluarga.
Tapi mulia bila bawa keluarga belajar sunnah Nabi saw.

Menjadi hina biarkan ahli keluarga tanpa sunnah Nabi saw.
Amalan Ta'lim bersama keluarga praktikal untuk semua
bangsa, seluruh dunia, kaya atau miskin-ebit lew

No comments:

Post a Comment