Thursday, March 19, 2015

Petua bengkak susu

Rahsia Hawa

PETUA BENGKAK SUSU

Cuba amalkan petua berikut apabila ibu
mengalami masalah bengkak susu.

1. Pakailah coli menyusu yang memberi
sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan
ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.

2. Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap
dua atau tiga jam, walaupun terpaksa
mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan
bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu
dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan
sebelah yang pertama tadi telah dihisap
sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah
lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya,
mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir
dihisap.

3. Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu
dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap
di sekeliling puting, sangat keras. Untuk
memastikan bayi melekap dengan betul, perah
dengan tangan atau pam susu keluar sehingga
areola menjadi lembut.
Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu
ialah dengan meletakkan tuala panas di dada,
ataupun mandi dengan air suam sebelum
memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin
boleh menyebabkan susu keluar dengan
sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini
mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan
teruskan mencuba!

4. Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara
yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat
membantu pengaliran susu dengan lebih lancar
dan turut melegakan sedikit ketegangan dan
ketidakselesaan pada payu dara.

5. Jika payu dara terlalu penuh dengan susu,
menggunakan pam sekali-sekala untuk
mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan
tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan
susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si
ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya
sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.

6. Menyikat payu dara yang bengkak (sikat
menghala ke puting).

7. Sesetengah wanita mendapati, meletakkan
daun kubis segar pada payu dara boleh
membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada
bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu
mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak
dapat mengubati penyebab sebenar payu dara
bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada
payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja
kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan
susu kering).

8. Ambil cuka makan dan campurkan dengan air
di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu
pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena
bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga
tiada lagi masalah bengkak.

9. Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu
minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun
sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada
payu dara bila daun agak-agak suam. Selain
daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga
mengurangkan rasa sakit bengkak.

10. Urut payu dara sedikit sebelum mengepam.
Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu
dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.
Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh
ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol
dengan nasihat daripada doktor.

Selamat mencuba — with Lynn Ady and Echa Cha

7 hours ago · Custom · in Timeline Photos

View Full Size · Send as Message · Report

No comments:

Post a Comment