Saturday, April 30, 2016

Nes 3 in 1

Saya copy and paste.. kebenarannya terpulang kepada anda sendiri menilainya. Saya minum juga nescafe, tapi bukan 3 in 1 dan jarang2 sekali.

Kawan2 yang suka minum Nescafe..nah ini dia Keburukan Nescafe 3 in 1.
.
Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung dan buah pinggang.
.
Kawan saya (dah arwah)...
dari usia muda...
pagi nescafe...2 X..
petang nescafe...2X...
malam nescafe...2X...
.
depan mata saya...
bengun dari kerusi ...
kaki dia terus patah...tulang dia reput...

.
Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakananan.
.
Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya.

Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah.
.
Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one.
.
Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung.

Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'
.
Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)

2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer

3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi

4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.

5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine

6. Elakkan memakan burger, nugget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya

7. Elakkan mandi selepas makan

8. Amalkan :Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.

9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda

10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.

11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

So, hope for best for those who still love Nescafe.

Dah lama dah tinggalkan Nescafe, lagipun Nestle tu kan syarikat Yahudi, Yahudi Zionis dah lama rancang untuk memusnahkan umat Islam. Tepuk dada, tanya perut.

. Sekian. Wassalam.
والله أعلم.

...
#kopipes

Saturday, April 23, 2016

As salam...

🎾 SATU KEMATIAN DLM KEADAAN LEKA - DLM KEADAAN TIDAK BERSEDIA.

Rancanglah kematian kamu dgn penuh bekalan utk perjalanan yg jauh.

Tolong baca sampai habis... Credit utk penulis 👇... Tak tau siapa yg tulis.....tp sgt tersentuh...

sekadar perkongsian & peringatan utk diri sendiri jugak...

Assalamualaikum....

Sibuk kejar kehidupan dunia?
wang berguni pun x cukup!
Kerja sepenuh masa.
Rindu orang itu, orang ini.
Cemburu orang itu dengan orang ini. dengki hati jadi mainan

Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi keje. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana.

Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan.

Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita.

Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi.

Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. !! sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan"
Tergamam.

Ah Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa.

Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang.

Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat?
Jga aurat wahai shabat2ku...  Tepuk dada, tanya iman.

share kt grup, mgkin ada manfaatnya

🎾 Bleh share kat grup anak2 murid, ank2 muda, org2 tua, anak2 sedara, kawan2 ...
Sbg peringatan utk kita yg sering terleka dgn hal dunia..

Salam Jumaat

Monday, April 18, 2016

Semua benda jadi bersebab...Allah yang susun..

Baru ini saya drive balik jauh dari satu tempat. Dalam perjalanan  saya rasa nak ke tandas. Berhenti singgah RNR. Takdir Allah ada sepasang anak muda, tayar keretanya pancit. Saya tengok dia macam cari sesuatu.

Dia tiada pembuka tayar. Saya beri pinjam saya punya padanya. Dia tak reti nak tukar tayar. Saya tolong tukarkan tayar keretanya. Sambil tu saya tanya dengan isteri nak ke mana ni? Dia jawab ish bukan isteri. Kawan jer.

Saya kata padanya, takdir Allah pancitkan tayar ni supaya kita boleh berjumpa. Kerana dia sayang adik. Allah sayang kita lebih dari sesiapapun. Tak pernah ada sesiapa sayang kita seperti Allah sayang kita. Dia beri kita rezeki. Dia beri kita nikmat. Allah hadiahkan kita solat. Dengan solat, hidup kita dijaga oleh Allah. Orang jaga solat. Dia orang Allah. Maksudnya dia dijaga dan dipelihara oleh Allah..dia jaga kita, kitalah orang paling beruntung.

Dia kata saya dah lama tak solat ustaz. Kenapa tak solat? Jawabnya mak ayah saya tak ajar. Diaorang bila dah berumur baru-baru ni solat. Jawab saya, saya mula belajar solat umur 12 tahun. Semenjak itu saya yakin hidup saya menjadi tenang bila solat. Saya tahu bagaimana hidup seseorang tanpa berterima kaseh pada tuhan.

Dia kata insyaAllah saya solat...

Saya kata padanya selalulah baca laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin. Ulang banyak kali. Allah akan keluarkan kita dari segala musibah dan kesempitan..

Pernah sekali seorang alim Imam Ahmad  b Hanbal,ratus ribu hadis dalam hafalannya. Anak murid Imam Syafie rah.

Dia pergi ke iraq. Sampai di sana di iktikaf di masjid. Datang orang masjid halaunya. Katanya ini undang-undang di sini. Dia tidur di beranda masjid pun kena halau. Sampai tangga masjid.

Orang tak kenal muka alim besar ini. Ada seorang pembuat roti kedainya dekat dengan masjid. Dia pelawa imam ahmad tidur di kedainya. Sedang berbual dan hendak berehat imam ahmad dengar dan kagum dengan pembuat roti itu asyik beristiqfar. Astaghfirullah wa atubu ilaik.  Tanpa henti.

Imam ahmad terus tanya bagus kamu istiqfar. Apa yang kamu rasai dengan amalan ini. Katanya segala puji bagi Allah, semua doa saya dikabulkan. Cuma satu jer doa saya yang belum di kabulkan. Saya ingin berjumpa imam ahmad ibnu hanbal. Kata Imam Ahmad, saya dihantar Allah sejauh ini, kemudian dihalau dari masjid kerana Allah ingin makbulkan doa kamu. Kerana kamu rajin minta ampun pada Allah.

Allah kerana doa seorang pembuat roti, orang alim yang menjadi ikutan puluh juta orang yang datang mencari dan belajar darinya ditakdirkan Allah berada dalam rumahnya..mahalkan minta ampun pada Allah. Dia suka hambanya yang suka istighfar dan bertaubat.

Adik tadi kata betullah. InsyaAllah saya aka jaga solat dan minta ampun pada Allah-ebit lew

www.keluargasunnah.com

Sunday, April 17, 2016

Taalim...

Ada sebuah rumah hidup amalan bacaan Hadis Nabi saw. Jirannya seorang bukan Islam. Keluarga tersebut bergaduh sehingga menjerit-jerit. Dan macam berperang baling barang. Tapi setiap kali jirannya baca hadis Nabi saw mereka diam-diam mendengar sebalik dinding. Rumah kecil dan rapat-rapat.

Tuan rumah terbaca bab solat berjemaah 27 kali lebih utama. Tapi tersalah baca. Jiran yang bukan Islam tadi betulkan. Mereka lari ke rumah jiran. Keluarga tadi bercerita berpelukan dan masuk Islam.

Katanya mereka rasa tenang dengar hadis Nabi saw. Kesan nur Al-Quran dan Hadis Nabi saw. Ya Allah begitulah kesan amalan majlis Ta'lim dalam rumah. Hidupkanlah bersama suami isteri dan keluarga.

Seorang isteri jauh dari Allah. Suaminya jadikan rumah hidup dengan amalan Ta'lim. Segala puji bagi Allah. Dalam masa sebulan isterinya mula solat dan berbuat kebaikan. Segalanya menjadi bertambah baik. Rahmat Allah bila hidupkan amalan Ta'lim. Rahmat Allah mengubah hati yang keras. Kita sendiri perlu rahmat Allah dalam melalui hidup ini. Al-Quran dan hadis Nabi saw sumber cahaya bagi hati dengan kehendak Allah.

Seorang anaknya degil. Suka maksiat dan buat maksiat. Tak solat. Degil kuat melawan. Selama 3 bulan hidupkan rumah dengan majlis Ta'lim. Dengarkan anak-anak dengan hadis Nabi saw. Anak tadi berubah. Jadi taat , tajin, jaga solat dan dengar kata.. Allah..Begitu jalan yan Allah sediakan..sifat datang dengan sunnah Nabi saw.

Seorang kongsi gelap buat Ta'lim bersama kawannya yang jahat. Dari semua tak solat. Sekarang semuanya solat berjemaah. Itulah kesan Al-Quran , Hadis Nabi saw dan sunnah.

Kerja kita buat dakwah, ta'lim, ibadah;,khidmat dengan cara yang Allah suka. Yakni cara Rasulullah saw. Bila Allah suka, Allah terima kita dan jadikan kita matahari hidayah. Buat dakwah untuk sukakan Allah.

Baca hadis ulang 3 kali. Duduk dengan adab. Dengan Tawajuh. Dengan Takzim. Adab menyebabkan ilmu turun ke dalam hati. Dengar dengan sifat. Akhlak. Ilmu kata Nabi saw ada  2. Satu dilidah. Satu yang turun ke hati.

Kata ulama Ilmu ke hati membawa kita semakin dekat pada Allah. Sayangkan semua manusia seperti Rasul saw. Ilmu dilidah manusia guna untuk berbahas berdebat cari salah orang lain.

Terkesan lihat rumah menjadi tempat belajar ilmu di Darul Haifa'  Ustaz Dr Hj Nik Roskiman pengarah Radio Ikim.fm. Setiap minggu ada pengajian ilmu. Ustaz Muhadir Joll, Ustaz Syed Kadir, Ustaz Zakwan dll..

Cari buku hayatus sahabah dan muntkhab hadith baca dengan anak-anak. Cerita sifat sahabat Nabi saw. Cerita sahabah rhum. Biar hati mereka hidup. InsyaAllah berusaha bermati-matian.. berusaha sampai mati. Karte-karte marna he. Marte-marte karna he.Jika orang dulu boleh. Kita juga boleh insyaAllah dengan bantuan Allah...-ebit lew

#www.transformjiwa.com

Thursday, April 14, 2016

Sayangi ibu ayah

Renungan Hari Ini.....

Ketika kita (suami isteri) masih muda dan memiliki anak2 yg masih kecil, maka anak2 menjadikan kita seperti BOLA BASKET 🏀 yg selalu menjadi rebutan kerana ada sesuatu yang mereka ingin dapatkan dari kita.

Tetapi ketika kita menjadi tua, kita akan seperti BOLA TAMPAR yang dibuang ke sana ke mari, dari satu anak ke anak yang lain karena mereka anggap orang tuanya menyusahkan dan membatasi kebebasan mereka utk beraktiviti.

Dan ketika kita telah menjadi semakin tua, maka anak-anak memperlakukan kita seperti BOLA SEPAK ⚽ yg ditendang kesana kemari kerana semakin menyusahkan dan hanya dianggap sbg beban.

Dan ketika kita sdh nyanyuk, anak anak memperlakukan kita seperti bola golf dibuang sejauh mungkin ⛳.
Dan mungkin berharap agar bola golf segera masuk lubang.

Ingatlah, sebagai anak2 yg memiliki orang tua, kitapun akan menjadi tua seperti mereka, dan apa yg kita telah tabur didlm kehidupan, akan kita tuai hasilnya dikemudian hari.

Oleh sebab itu jadikanlah org tuamu seperti BOLA RUGBY 🏈meskipun berlumuran lumpur tetap dipeluk dan didekap dgn eratnya...  Semangaat yaaaaaaaa!

Sayangi orang tua kita selama masih ada kesempatan. 😊👌👍💝

Harapan & Ujian

Suatu hari ada sebuah kapal yang tenggelam dipukul badai. Semuanya hancur musnah. Tiada anak kapal yang terselamat kecuali seorang pemuda yang berjaya mendapatkan pelampung. Dia terdampar di sebuah pulau kecil yg tak berpenghuni, keseorangan, dan tidak punya bekal makanan.

Dia terus berdoa pada Tuhan untuk menyelamatkannya dari kesusahan itu. Setiap saat, si pemuda memandang ke penjuru laut, mengharap ada kapal yang datang mendekat.

Sayangnya, pulau itu terlalu terpencil. Hampir tiada kapal yang melewatinya. Lama kemudian, pemuda itu pun merasa penat untuk berharap. Lalu untuk menghangatkan badan, dia membuat unggun api, sambil mencari kayu dan pelepah nyiur untuk tempatnya beristirahat. Dia membuat khemah dari daun2 dan batang pokok yg tumbuh di hutan, sekadar tempat untuk melepas penat lelah. Disusunnya semua daun nyiur dengan cermat, agar khemah itu kukuh dan dapat bertahan lama.

Keesokan harinya, pemuda itu mencari makanan. Dicarinya buah-buahan untuk mengisi perut yang lapar. Seluruh pelusuk pulau dijelajah kemudian dia kembali ke khemahnya.

Sesampai di situ, dia terkejut. Semuanya telah hangus terbakar, khemah yg dibuatnya dgn penat lelah dijilat api malah hampir tak bersisa.

Khemah itu terbakar kerana unggun api yang lupa dipadamkannya. Asap membumbung tinggi, dan hilanglah semua kerja kerasnya semalam. Pemuda ini berteriak marah, "Ya Tuhan !! mengapa Engkau lakukan ini padaku? Mengapa? Mengapa?", teriak pemuda itu mengenang nasibnya.

Tiba-tiba terdengar bunyi kapal. Ternyata ada sebuah kapal yang datang. Kapal itu mendekati pantai, dan turunlah beberapa orang menghampiri pemuda yang sedang menangis itu. Pemuda itu terkejut. Lalu bertanya, "Bagaimana kalian boleh tahu aku ada disini?"

Mereka menjawab, "Kami melihat kepulan asap yg dibuat olehmu!!"

_____________

Renungan : Teman, sangat mudah bagi kita, untuk marah ketika musibah datang menimpa kita. Duka yang kita terima, nampak seakan begitu berat namun ingatlah kita tak boleh kehilangan hati kita. Sebab Allah selalu ada di dlm hati kita, walau dalam keadaan yang paling berat sekali pun.

Dan ingatlah, ketika "asap dan api " yang membumbung dan terbakar dalam hati anda, jangan kecil hati. Jangan sesali semua itu. Jangan hilangkan perasaan sabar dalam kalbu. Boleh jadi, itu semua adalah sebagai tanda dan simbol bagi orang lain untuk datang pada kita lalu menolong kita.

Semua hal buruk yang kita fikirkan, akan selalu ada jawapan yang terbaik dariNya. Allah Maha Tahu apa yang terbaik buat kita. Jangan hilangkan harapan itu.

Thursday, April 7, 2016

Lihat..

Aku bagaimana?

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat. Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan. Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian. Rupanya dia begitu menikmati badai ujian dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna. Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung. Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui.  Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah. 

Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.  Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak aku dalam kandungan ibuku lagi.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...

Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.

Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya.

subhanallah!