Thursday, March 19, 2015

Berkat bersedekah

Ebit Lew

Allah bagi rezeki yang tak disangka-sangka...

Baru ini saya ada ceramah selama 3 hari di banyak tempat tanpa balik rumah. 
Ada 8 ceramah dengan demam dan sakit saya teruskan. 
Saya jumpa dengan seorang lelaki yang keluarganya
sakit dan susah. Saya dengar dari orang lain. Dia
jaga solat awal waktu dan kuat berusaha tapi dia
diuji dengan kesakitan dan kesusahan. Dia tak
meminta-minta. Saya juga terdengar doanya
waktu malam ketika dia berdoa.

Dengan izin Allah, saya ambil semua duit
ceramah dan semua duit jualan buku saya beri
kepadanya termasuk duit kos buku dan bahan
kursus. Staf saya tanya, ustaz ni kan duit
pejabat. Saya kata takper tolak duit gaji saya yer.
Nanti bagitahu bahagian akaun.

Dalam susah saya cerita pada isteri, jawab isteri
saya "abang memberi walaupun kita sendiri
berhajat dan memerlukan.nanti Allah akan
bertambah sayang pada kita. Itulah yang abang
inginkan selama ini.. Air mata terus mengalir
kerana susah dalam belajar nak gembirakan
orang lain kerana Allah. Hakikatnya paling
gembira bila Allah hadiahkan air mata saat
berdoa padanya. Allah akan jadikan asbab
hidayah"itulah kenikmatan sebenarnya menangis
depan Allah. Menangis di depan pemilik
segalanya.

Hanya air mata keluar yang mengalir sambil
mendengar nasihat isteri tercinta kerana Allah.
Saya teringat Nabi saw seluruh hidupnya banyak
hartanya tetapi semua harta yang dia peroleh dia
beri untuk agama. Sebelum malam tiada walau
satu dirham di rumahnya. Rumahnya gelap dan
sempit kerana kita semua. Takde apa semua ini.

Terlalu jauh dengan Nabi saw tetapi terasa rindu kepadanya.
Minggu selepas itu saya dapat pelbagai rezeki
mencurah-curah. Saya tersungkur sujud dengan
menangis syukur dapat beri masa 2 bulan penuh
untuk berdakwah jauh-jauh hujung April ini tanpa
upah dengan diri dan harta sendiri dan tidur di
masjid atau surau atau rumah tumpangan.

Keduanya betapa gembiranya teramat saya
direzekikan Allah, isteri mengandung insyaAllah
Daie Allah. 

Ketiga saya dapat beberapa program
training. 

Keempat semua 8 orang yang membantu
menguruskannya juga mendapat rezeki program
training dan menjadi trainer..

Segalanya milik
Allah. Bukan kepandaian kita, bukan diri kita,
bukan saya atau sesiapa. Hanya kerana Allah.
Dialah Pemilik segalanya. Terima kasih Allah.
Bukan nikmat itu. Tetapi bagaimana melalui hidup
ini dengan kenal pemberi segalanya. Pasti
segalanya nikmat.

Ya Allah jadikanlah ini semua asbab hidayah dan
kebaikan dan rahmat seluruh alam-ebit lew

No comments:

Post a Comment