Sunday, March 22, 2015

KENAPA KANAK-KANAK SUKA MAIN SOROK-SOROK?!

Shaznur Stationery & Educational Toys

KENAPA KANAK-KANAK SUKA MAIN SOROK-SOROK?!

Siapa yang tak pernah main sorok-sorok? Orang putih panggil
hide and seek..orang terengganu panggil 'tow nusuk'
Rasanya semua orang pernah main kot. Ini antara permainan
yang popular bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia.

Mungkin versinya sedikit berbeza tapi asasnya tetap
sama..awak menyorok saya cari, saya menyorok awak cari.
Cuma sekarang ni lagi best sebab boleh menyanyi lagu AWAK
KAT MANA, AWAK KAT MANA

Tetapi pernah ke kita terfikir kenapa main sorok-sorok ni
popular sangat..padahal ia satu permainan yang simple je
pun. Salah satu sebabnya mungkin kerana ia tidak
memerlukan apa-apa 'tools'..ada kawan-kawan, ada a good
place to hide..jalann..

Tapi tahukah anda sebenarnya ada psychological reason
kenapa kita suka bersembunyi dan kenapa pula kita suka
dicari.

First kita tengok kenapa kita suka menyorok. Menyorok
memberikan kita 'sense of autonomy'. Kita tahu kita boleh
keluar dan meneroka dan kita tahu yang kita boleh selamat
walaupun bersendirian.

Tapi bila lama-lama menyorok, mestilah timbul perasaan
sunyi kan? Ha..masa inilah kita rasa mahu dicari. Kerana ia
memberikan kita jaminan yang kita masih disayangi, masih
diperlukan dan masih ada yang peduli. Orang putih kata to be
pursued is to be loved..hehe

Selain itu main sorok-sorok ini sebenarnya mengajar kita yang
dalam perhubungan, manusia boleh berpisah dan kemudiannya
boleh bersatu kembali. Perpisahan kadang kala hanyalah
sesuatu yang bersifat sementara, bila berjumpa semula kita
akan merasa kegembiraannya. Ia boleh memberi jaminan dan
menghapuskan rasa takut kanak-kanak kepada perpisahan.
Pendek kata, bermain sorok-sorok memberi peluang kepada
anak-anak untuk menakluk rasa takut mereka pada autonomi
dan perpisahan. Malah ia memberi ruang kepada mereka
untuk berlatih berdikari.

Apa lagi? JOM LAH MAIN SOROK-SOROK

8 hours ago · Public · in Timeline Photos
View Full Size · Send as Message · Report

Source:  fb

No comments:

Post a Comment