السلام عليكم
Mimbar Pagi~
Dari Abu Hurairah r.a katanya: "Seseorang bertanya, 'Wahai Rasullulah, apakah amalan yang menyamai jihad di jalan Allah?'
Baginda menjawab, 'Kalian tidak mempu melakukannya.' Para sahabat mengulangi pertanyaan itu kepada Baginda sebanyak dua atau tiga kali. Semuanya dijawab Baginda, "Kalian tidak mampu melakukannya.' Kemudian, Baginda bersabda, 'Perumpamaan seseorang yang berjihad di jalan Allah adalah seperti seseorang yang berpuasa (di waktu siang) dan taat kepada ayat-ayat Allah. Dia tidak akan berasa letih (dan jemu) disebabkan solat dan puasa tersebut sehinggalah orang yang berjihad itu kembali (ke rumahnya).'"
[Hadis Sahih Riwayat al-Bukhari & Muslim]
Keterangan:
Hadis ini menerangkan ganjaran bagi orang yang berjihad menegakkan agama Allah SWT. Mungkin kita tidak mampu untuk sebenar benarnya jihad tetapi ketahuilah bahawa menuntut ilmu diumpamakan berjihad di jalan Allah. Marilah menyemarakkan rumah-rumah Allah untuk menuntut ilmu dan rajin untuk belajar apa jua ilmu yang diredhai Allah........Wallahu'Alam
(Ringkasan Riyadhus Shalihin Imam An-Nawawi)
*perkongsian ilmu daripada sahabat
No comments:
Post a Comment