Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
Alkisah ikan pelaga
Ikan pelaga gembira mendapat tuan yang baru. Tuannya
meletakkannya di dalam balang yang cantik. Makanan
disediakan tiap-tiap hari.
Cuma setiap subuh, tuannya menitis setitis air yang masam
ke dalam balangnya. Pada mula-mulanya, ikan pelaga terasa
pening, Ada kalanya, terasa mual sehingga perut nak terbalik.
Tapi selepas seketika ikan pelaga mula menyesuaikan diri.
Setelah mencuba yang masam, tuannya pula menukar menitik
setitis air yang pahit setiap hari. Ikan pelaga mengalami
masalah yang sama pada mula-mulanya sebelum
menyesuaikan diri.
Ikan pelaga tidak faham mengapa.
Setelah beberapa bulan, tuannya membawa ikan pelaga untuk
berlawan dengan yang lain.
Ikan pelaga dituangkan ke satu bekas untuk bertemu
lawannya. Keadaan air di bekas itu lain rasa lain daripada air
di balangnya. Tapi ikan pelaga cepat menyesuaikan diri dan
mengalahkan lawannya dengan mudah.
Ikan pelaga menang berturut selama 3 bulan.
Anak tuannya bertanya pada ayahnya, “Mengapa ikan pelaga
ayah ini hebat sangat?”
“Ayah latih dia dengan air berasid dan beralkali selama ini.
Jadi apabila berlawan, ikan pelaga ayah ini boleh bertahan
dalam keadaan macammana pun, manakala ikan pelaga lain
terpaksa lalui pening dan rasa mual sebelum menyesuaikan
diri,” kata ayahnya.
Wahai anakku,
Kadangkala kamu tidak faham mengapa kamu diuji.
Kadangkala kamu tak faham mengapa Allah menyuruh kamu
melakukan sesuatu. Akan tetapi serahkan dirimu pada Allah,
senyum, menghayati pengalaman yang diberikan dan
kemudian ambillah pengajaran daripada pengalaman tersebut
kerana tiba waktunya nanti kamu akan faham hikmah sebalik
ujian yang ditetapkan oleh-Nya kepadamu.
Senyum.
No comments:
Post a Comment