Pages

Tuesday, March 24, 2015

Piramid

Ternyata bahawa fakta dan rahsia disebalik pembinaan
Piramid di Mesir telah terbongkar. Ramai yang beranggapan
bahawa piramid telah dibina sewaktu pemerintahan kerajaan
Firaun Khufu atau Cheops.
Namun yang sebenarnya piramid tersebut telah lama dibina
berkurun oleh kerajaan yang sebelumnya.
Ternyata firaun-firaun Mesir hanya membaik pulih piramid
yang diwarisi oleh mereka sahaja.
Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi
ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia.
Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan
pembinaan Piramid?
Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza
adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan
mengarah tepat ke arah kiblat.
Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling
besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung
telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat
dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di
bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul
Makmur di langit.
Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-
sia.
Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu
sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman
itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari
apa yang kita dapati hari ini.
Rahsia Piramid
Berdekatan dengan Great Pyramid of Giza ada batu lantai
hitam. Apabila dilihat dengan dekat kesan-kesan keratan pada
batu-batu tersebut, ia seumpama dikerat dengan mesin
zaman moden. Lihat contoh-contoh seperti di bawah;
Batu seolah-olah dikerat dengan mesin moden
Pada tapak-tapak piramid yang lain pula, ada lubang-lubang
yang ditebuk pada batu, yang seolah-olah mustahil ditebuk
dengan tangan, melainkan menggunakan mesin seperti mesin
moden.
Lubang pada batu seolah ditebuk dengan mesin moden
Ada lukisan seperti mentol lampu yang besar dalam piramid
Mesir. Adalah dipercayai pencahayaan di dalam piramid ketika
itu adalah dengan menggunakan mentol lampu tanpa wayar.
Konsepnya sama seperti yang pernah ditunjukkan oleh Nicola
Tesla dalam World’s Fair di Chicago tahun 1893.
Antenna tanpa wayar
Ada ditemui barang yang mana dikatakan oleh ahli arkeologi
sebagai arca atau ukiran, tetapi bagi ahli-ahli sains
kejuruteraan menganggapnya sebagai salah satu komponen
dari sebuah mesin. Seperti dalam gambar di bawah,
bentuknya pun nampak seperti disk yang mungkin adalah
komponen sesebuah mesin. Dan ditemui juga satu batang
silinder yang muat jika dipadankan dengan bulatan di tengah
disk di bawah.
Sebuah arca atau komponen mesin?
Banyak kaedah matematikal yang berkaitan piramid di Mesir
adalah sangat canggih dan menakjubkan. Sebagai satu
contoh, ketinggian Piramid Besar di Mesir (Giza) adalah 149.4
meter, manakala jarak di antara Bumi dan matahari adalah
149. 4 juta kilometer tepat.
Chris Dunn, seorang jurutera pengilangan mengatakan bahawa
wajah patung Luxor adalah simetri antara bahagian kiri dan
kanan. Ianya bukan hasil kerja tangan dengan menggunakan
tukul dan pahat, kerana pembuatannya begitu tepat.
Bagaimana sebuah patung yang sangat besar boleh diukir
dengan simetri kiri dan kanan pada zaman yang dikatakan
kuno?
Wajah patung Luxor adalah simetri antara bahagian kiri dan
kanan
Yang wajib kita percaya tanpa ragu hanyalah Al-Quran dan
Hadits-hadits shahih dari Nabi S.a.w. Selain dari itu hanyalah
hasil kajian manusia biasa yang mungkin ada cacat-celanya.
Bagi yang suka boleh terus mengkaji dan memerhati serta
berfikir tentang alam ciptaan Allah Yang Maha Esa, dan yang
tidak suka hanya perlu abaikan saja. Wallahu a’lam.

GEMPAR! Pembohongan Disebalik Pembinaan Piramid Mesir - http://viralla.blogspot.in/2015/03/gempar-pembohongan-disebalik-pembinaan.html?m=1

No comments:

Post a Comment