Pages

Tuesday, March 24, 2015

IQ Tinggi Bila Rapat Dengan Ayah

8IQ Tinggi Bila Rapat Dengan Ayah

Biasanya ibu akan menjadi orang yang paling sibuk sekali
apabila anak menghadapi ujian persekolahan. Ibu akan
seboleh mungkin membantu anak ketika belajar kerana mahu
si kecil mendapat keputusan cemerlang. Tetapi hakikatnya
peranan ayah tidak kurang penting dalam mendampingi anak
belajar.

Bimbingan terus daripada ayah dalam proses pembelajaran
dapat memberi kesan positif pada perkembangan fizikal,
kognitif, emosi dan sikap anak. Anak sememangnya mencari
keselesaan daripada seorang ibu, namun ia tetap memerlukan
interaksi yang intensif dengan ayah.

Ada sebuah kajian yang dilakukan oleh University Oxford
menunjukkan bahawa ada kaitan antara perhubungan rapat
ayah dan anak dan pencapaian akademiknya di sekolah.
Dikatakan anak yang banyak berinteraksi dengan ayah
mempunyai IQ lebih tinggi berbanding anak yang kurang
berinteraksi dengan ayahnya.

Bahkan, mereka juga memiliki kemampuan berbahasa dan
kognitif yang lebih baik. Kajian lain juga mendapati anak yang
dididik dengan sempurna oleh ayah mempunyai kurang
masalah di sekolah dan apabila meningkat dewasa.
Maka jelaslah bahawa ayah mempunyai peranan penting
dalam kemampuan akademik anak. Oleh itu ibu dan ayah
perlu saling bekerjasama membahagi tugas untuk
membimbing si kecil menghadapi ujian.

Ayah bukan sekadar membantu anak mengulang kaji pelajaran
tetapi menyiapkan mental si kecil agar lebih yakin untuk
menghadapi ujian tersebut. Karektor ayah yang berbeza
dengan ibu tentu dapat mencipta corak pembelajaran yang
berbeza berbanding ibu. Ciptakan suasana ceria dan
menyeronokkan agar anak lebih bersemangat untuk belajar.

Mungkin anda berdua boleh bermain kuiz mengenai pelajaran
yang dipelajari berbanding sekadar membaca yang tentu boleh
membosankan si kecil. Pelbagai kreativiti boleh dicipta bagi
menimbulkan suasana menyeronokkan semasa belajar. Jelas
sekali interaksi ayah memainkan peranan penting dalam
membantu pencapaian positif si anak di sekolah.

Sumber: pama.karangkraf.com

Info:  http://www.mamapeduli.info/2014/12/iq-tinggi-bila-rapat-dengan-ayah.html?m=1

IQ Tinggi Bila Rapat Dengan Ayah

No comments:

Post a Comment