Ebit Lew
Seorang lelaki mengadu isterinya kongkong hidupnya dan tak
faham hidup beliau. Setelah 2 tahun dia sudah tak sanggup
bersama lagi. Katanya isterinya tak pernah solat. Isterinya
benci dia pergi surau dan belajar agma. Suka menyusahkan
hidupnya. Kini anak seorang. Rupanya isterinya bekas
banduan. Ada tatu dibadannya. Dia baru tahu isterinya
banduan. Dia nak ceraikan isterinya. Dia nak cari isteri yang
boleh bantu dia dekat pada Allah.
Jawab saya Allah sayang abang. Setiap anak Adam buat silap
yang terbaik yang minta ampun. 2 tahun abang bersama dan
akhirnya begitu sahaja abang ingin bercerai. Abang ada bawa
dia pergi belajar iman atau meluangkan masa di jalan Allah?
Jawabnya dia tak berapa nak pergi. Dia selalu menolak dan
degil.
Betul ke abang. Ke abang yang tak berapa sungguh ajak?
Entahlah ustaz...
Saya minta maaf sangat saya cakap ini. 2 tahun bersama.
Tidur bersama setiap malam. Dapat anak seorang. Abang
pergi masjid. Isteri tak solat. Abang pergi majlis ilmu. Isteri
langsung tak jaga amal agama. Abang tak kasihan ke pada
isteri dan anak abang. Abang kena berjuang dan pujuk rayu
isteri sehingga dia mula jaga amal agama. Lepas tu abang
nak ceraikan. Ceraikanlah. Kasihan 2 tahun dia bersama.
Semua yang lain berkongsi. Semua perangai dan makan
minum jadi sebati bersama. Tapi kebaikan paling besar tidak
dikongsi bersama.
Abang cubalah bawa isteri bersama-sama berada di jalan
Allah. Bawa ke Ta'lim Masturat, belajar ilmu.
Dia tak nak ustaz...dia mula menangis. Salah saya juga. Saya
banyak salah pada dia. Dia tak percaya saya sangat..insyaAl
lah saya berubah ustaz.
Dia bawa isterinya belajar ilmu, berjuang di jalan Allah 3 hari.
Balik 3 hari. Dia senyum lebar. Alhamdulillah dia berubah
ustaz. Dia dah mula pakai tudung. Dia dah mula solat.
Kan takyah tukar isteri. Tukar kesungguhan. Jadi Daie kepada
keluarga dan orang terdekat dan seluruh alam. Serius dan
jelas dengan apa yang kita nak dalam hidup ini. Itulah kesan
duduk dalam suasana iman dan Islam. Wanita macam keras
tapi sebenarnya lembut. Bagaimanalah seorang lelaki boleh
kalahkan wanita untuk ajak ke katil. Tapi jadi tak reti nak ajak
belajar iman, jaga solat dan berada di jalan Allah? Lelaki yang
benar-benar lelaki yang pegang tangan isteri dan bawa ke
syurga-ebit lew
No comments:
Post a Comment