Pages

Wednesday, March 11, 2015

Malam Pertama Dialog Suami Isteri - 18SX |

Khamis, 15 Disember 2011
ummujahsy at 10:59 PTG

Di malam yang hening , merupakan malam pertama bagi
sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan
hak dan batil...malam yang dinanti2kan oleh sepasang
mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri
tengahari tadi.
Alam bagaikan mengerti , hujan rintik-rintik dan sejuk
yang nyaman di perkampungan seperti ingin
membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.
Satu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka
bersua muka , menatap wajah pasangan dengan lebih
dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah
debaran malam pertama bagi mereka.
Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini , jika
adapun bertemu di hadapan keluarga masing-masing , jika
ada pun bertemu bersama kawan-kawan...tidak pernah
mereka berjalan beriringan...tidak pernah mereka
menjangka bahawa satu perkenalan , satu masa yang
singkat terus membawa kepada jinjang pelamin...Alam
pernikahan yang begitu asing bagi mereka.
Malam semakin larut....Si suami membasahkan
tubuhnya...menyucikan diri , aneh?..bisik isterinya..di
malam2 begini yang dingin mengapa perlu membasahkan
tubuh?..lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik
belakang yang kosong...agak lama...sehingga memaksa
isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu...Alangkah
terkejutnya , suaminya seakin mati..kaku dengan gerakan
sujud..dan terdengar esakan kecil...umpama merintih.
Dia tahu!, apa yang dilakukan oleh suaminya..dan dia
akur...itulah Cinta suaminya yang sejati...dia tidak perlu
cemburu dengan cinta itu...ataupun dia pernah berfikir
walaupun segunung cintanya pada suaminya...tidak akan
sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu..
Dia menunggu....berteleku di atas taburan bunga mawar
diatas katil empuk itu.
Si suami keluar dan memandang tepat ke arah
isterinya...isterinya menunduk malu..
Isteri : Mengapa awak pilih saya?
Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah)
Isteri : Ramai kan yang berniqab
Suami : Kerana Awak ada Agama
Isteri : Ramai kan yang ada Agama
Suami : Kerana Awak adalah Jodoh ketentuan dari Allah
S.W.T
isteri kehabisan soalan...dia tahu jawapan itu tidak ada
persoalan lagi.
Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji
mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya
terus tidak melihat wajah awak...tetapi saya melihat di
rumah awak ..dihadapan ibu bapa awak ..ketika mereka
menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak...dan
ketika awak membuka niqab...saya tidak perlu tahu
selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama
saya memiliki awak.
Isteri : Saya tidak Cantik....
Suami : Baiklah beristerikan perempuan yang berkulit
hitam , berbibir tebal...tetapi mempunyai Agama dalam
dirinya adalah nikmat yang paling cantik , daripada
memiliki isteri yang berkulit mulus , tetapi tiada agama
dalam dirinya..tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah
anugerah Allah kepada saya.Tetapi adakah perempuan
sedar ..mereka yang menampakkan kecantikan yang
haram mereka dedahkan tetapi akhirnya mereka adalah
bahan bakar di neraka kelak...Wana'uzubillah..
Isteri : Saya juga ingin cantik...
Suami : Sayang..kecantikan awak takkan kekal...awak
akan dimakan usia..tetapi mahukah awak kekal cantik
selamanya?
Isteri: Itu yang saya mahukan...
Suami : Mahukah awak menjadi secantik bidadari...malah
lebih dari itu?
Isteri: Perempuan di dunia ini sehabisnya menyolek diri
mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?
Suami : Ada Caranya...malah tidak perlu berhabis ribuan
ringgit!
Isteri: Yakah..?, tunjukkan caranya!
Suami : Rasulullah pernah berkata “Wanita di dunia lebih
baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik
daripada yang batin.”
Isteri : Saya Kurang faham... dimana alat-alat mekapnya?
Suami : Rasulullah pernah berkata " Dari Anas bin Malik ra
bahwa Rasulullah bersabda :
“Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan
Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada
suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-
Bazaar).
Isteri : Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga nanti?
Suami : Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir
Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu ...Awak ada
wudukkah?
Isteri : Ada...nanti sekejap..
Suami : Lihat Surah Al-Waqiah , "Sesungguhnya kami
akan ciptakan mereka secara langsung ". (ayat 35 ) , Ibn
Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa
wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan
dibangkitkan dengan ciptaan yang baru . Dalam keadan
mereka itu muda dan perawan . Ini dikuatkan lagi dengan
ayat yang berikutnya " dan kami jadikan mereka itu gadis
perawan " (ayat 36)
Isteri : Saya belum dapat bayangkan macam mana
cantiknya saya nanti...
Suami : Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman lagi
" (–tentang wanita-) penuh cinta (–kepada suami
mereka- ) lagi sebaya umur " (ayat 37) . Dalam Ayat ini ,
Allah menerangkan mereka ini-wanita- terlalu asyik
mereka hanya kepada suami mereka sahaja manakala
suami mereka juga asyik kepada mereka . Cinta mereka
hanya kepada suami mereka sahaja. ( Tafsiran Ibn Abbas)
Isteri : Sohih tu bang...tapi saya nak bayangkan
macamana cantiknya saya dalam syurga nanti..
Suami: Baiklah...tunggu sekejap saya ambil kitab hadis ,
lihat , ini ada Riwayat dari Hadis Tabrani , sambungan dari
yang zahir lebih baik dari yang batin...yang saya ceritakan
tadi...ingatkah?
Isteri : Oh..ada2 ingat....
Suami : maka bertanya lagi Ummu Salamah : Dengan
apa ?–yang menyebabkan mereka lebih baik – Baginda
pun bersabda : dengan solat mereka,puasa mereka dan
ibadat mereka kerana Allah . Malah Allah memakaikan
pada muka mereka cahaya, pada badan mereka sutera,
kulit mereka berwarna putih, pakaian mereka berwarna
hijau, malah mereka dipakaikan dengan perhiasan
berwarna kuning –yakni emas- rantai mereka daripada
permata ,sikat mereka daripada emas . Lalu mereka
berkata : kami kekal –didalam syurga- dan kami tidak
akan mati lagi , kami memperolehi nikmat dan kami tak
akan bersedih lagi, kami akan kekal –didalam syurga dan
kami tidak akan berpindah , kami adalah orang yang redha
dan kami tidak akan marah , beruntunglah sesiapa yang
kami (dijadikan )untuknya dan (dijadikan) dia untuk kami .
Lalu Ummu Salamah bertanya lagi : Wahai Rasullallah ,
ada dikalangan kami yang berkahwin dengan dua orang
lelaki , atau tiga orang lelaki atau empat orang lelaki
(bukan dikumpulkan sekali tetapi merupakan perkahwinan
yang kedua selepas kematian , cerai atau lainnya) ,
kemudian perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam
syurga begitu juga bekas-bekas suaminya juga masuk
syurga , maka siapa yang akan menjadi suaminya
(didalam Syurga) , Baginda menjawab : dia akan memilih
yang terbaik dikalangan mereka dari segi akhlak . Nah !
Hadis ini dengan jelas menampakkan kelebihan orang
wanita daripada bidadari .
Isteri : Alhamdulillah ..baru saya faham...maksudnya jika
saya berjaya menjadi wanita solehah dengan ciri2 dari
firman Allah dan Hadis ..maka saya akan masuk syurga
dan menjadi lebih cantik dari bidadari!
Suami : Wanita yang merupakan ahli syuga juga mendapat
nikmat yang tak ternilai banyaknya . Dan nikmat yang
diperolehi oleh wanita atau lelaki didalam syurga adalah
sesuai dengan fitrah kejadian kejadian mereka. Cubalah
kita renungi baik awak atau pun saya , apakah yang amat
dihajati oleh kita dan sekiranya kita diberi peluang
nescaya kita akan mendapatkannya ? Pada pandangan
saya , orang lelaki lebih berhajat kepada wanita manakala
wanita pula disamping berhajat kepada suami -akan tetapi
kecantikan dan kejelitaan lebih menjadi tumpuan pada
mereka . Bukankah semua ini terdapat di dalam syurga ?
Isteri : Saya tahu sedikit dari ilmu yang saya kutip..tetapi
ada yang saya lupa, eloklah saya mendengar sendiri dari
suami saya!
Suami : Ya ..saya juga muzakarah dengan Awak , lagi
satu...bidadari Syurga yang bukan dari kalangan isteri
saya akan memarahi awak juga!
Isteri : hah!..bidadari marah saya?..kenapa..macamana
awak tahu?
Suami : buka kitab hadis tadi..baca “Janganlah seorang
perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka
bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata
kepadanya : Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya
ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan
meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (HR.
Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal ra).
Isteri : Wah....saya amat takut jika awak meninggalkan
saya di dunia lebih menyedihkan jika saya tidak dapat
berjumpa awak di syurga!
Suami : “Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa
berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan isteri beriman
yang membantu suami dalam menegakkan bangunan
imannya.” (HR. Ibnu Majah dan Tirmidzi).
Isteri : Alhamdulillah...baru saya faham sejelasnya...terima
kasih abang...tetapi itukan banyak persoalan tentang
saya...bagaimana saya dalam keluarga yang taat kepada
perintah Allah...yang menghidupkan sunnah Rasululullah
dan akan mendapat nikmat Syurga...bagaimana dengan
diri abang?
Suami : Oh itu masa tidak mengizinkan..biarlah kita
berbicara satu bab dengan teliti...insyaAllah esok malam
kedua kita bicarakan soal itu ya...nanti kita minta ahli-ahli
u-jam tolong buatkan artikel!
Isteri : Asyik2 U-jam...Baiklah...jadi sekarang saya nak
tuntut tanggungjawab abang!
Artikel Asal Penulis : Ibnu Rahman
Rujukan : Al-Quran & Hadith , Kitab Muktabar
*U-Jam = usrah jemaah anak muda

No comments:

Post a Comment