Pages

Saturday, March 28, 2015

Kritik orang lain

Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Ada yang menyangka, mereka boleh membawa kebaikan,
keindahan & keadilan Islam dengan mengkritik orang yang
dirasakan SALAH dengan bahasa maki hamun, kutukan dan
label buruk. Mereka tidak sedar padahal :-

1. Mereka MENJAUHKAN ORANG dari Islam dengn sikap itu.

2. Pernyataan secara langsung bahawa keadilan & kebaikan
Islam itu sendiri TIADA dalam diri mereka, mereka pejuang
mulut sahaja.

3. Mereka hanya menuruti kehendak nafsu ammarah DIRI
sahaja (bukan untuk ISLAM), malah sebahagiannya merasa
PUAS dapat memaki dan menghiasi kata dengan sifat
mazmumah tersebut. Padahal, dibelit oleh Iblis 'kononnya
marah kerana Islam namun ditipu dalam mengendalikan
dengan cara Syaitan'

Didalam ruangan komen di facebook ini sahaja pun kita boleh
jumpa sebahagian manusia sebegini, sebahagian telah di'ban'
oleh admin sebahagian lagi dibiarkan untuk pengajaran.

Moga Allah swt menjauhkan kita dari sikap mazmumah ini.

22 hrs · Public

No comments:

Post a Comment