Pages

Tuesday, March 10, 2015

Hidup Yang Sempurna

Hidup Nak Yang Sempurna?

Jika di beri pilihan pasti semua mahaukan hidup dia sentiasa
sempurna... Tak kiralah lah dari segi kerjaya, kewangan,
keluarga, kawan-kawan, atau kehidupan harian..Kalau di beri
pilihan pasti semuanya mahu hidup mewah, rumah besar,
kereta besar, boleh melancong pergi oversea setiap
bulan...

Boleh travel sana sini, boleh shopping tanpa perlu ada
rasa risau duit dalam poket tak cukup..Kalau di beri pilihan
mesti semuanya mahu kan keluarga yang bahagia, takda
gaduh-gaduh, takda sengsara, takda derita, semuanya aman
harmoni ajer.. Kalau di beri pilihan , pasti semuanya mahu
teman yang ramai, yang boleh teman kemana ajer, kawan-
kawan yang sekepala dan macam-macam lagi...

Jika di beri pilihan pasti semuanya mahu hidup dalam bahagia,
tak nak ade masaalah, tak nak ade kena marah / kena tengking / kena
maki..Siapa jer yang nak ade masaalah? Pasti semua tak
suka masaalah..Kalau boleh setiap hari yang di lalui haruslah
happy-happy jer..takda masam, takda muram, takda benda
yang boleh buat rasa sedih atau marah..

Begitu kah kita yang hanya mahukan kesempurnaan dalam
hidup...? Kita kah itu yang hanya mahu sempurna itu dan ini
hingga kadang kala kita terlupa dan terleka seketika dengan
nikmat yang telah Allah SWT bagi..Janganlah mengeluh bila di
timpa masaalah dan janglah menyalahkan takdir bila berlaku
sesuatu..Belajarlah untuk bersyukur dengan nikmat yang kita
miliki ini.

Dan janganlah hanya tahu mahu meminta itu dan
ini sedangkan apa yang telah di beri tak pernah pula kita
hargai dan tak pernah pula kita syukuri.

Setiap yang kita lalui itu pasti ada hikmah dan sebabnya
yang tersendiri...Jika hidup ini terlalu sempurna sampai
langsung tiada masaalah pun tidak boleh juga. Kerana
masaalah itulah yang membuatkan kita lebih matang dan
lebih sabar serta lebih tabah dalam menjalani hidup yang kita
lalui setiap hari.

Belajarlah dari pengalaman yang kita lalui
agar kita tak ulangi kesilapan yang sama lagi. Hidup ini
memang penuh warna warni. Ada warna suram, ada warna
kelam, ada warna ceria. Tahukah kita yang warna-warna
inilah yang sebenarnya boleh menceriakan hidup kita dan
seterusnya menjadikan kita berjaya?

Pasti dunia kita akan
terasa bosan jika kita lalui perkara yang sama setiap hari
sepanjang hayat kita. Semuanya pasti akan kelihatan
mendatar, dan tiada satu pun perbezaan. Pasti hidup pun
sudah tidak ada semangat lagi. Maka sebab itulah adanya
warna-warna dalam hidup, tangis / tawa / duka / ceria /
amarah itu lah yang membuatkan hidup kita lebih berwarna.
Maka kita dapatlah belajar benda yang baru, serta belajar
pengalaman yang baru setiap hari.

Jika semuanya pro dan tiada yang kontra pasti tidak
seronok. Kerana semuanya sama. Begitu jugalah dengan
hidup, jika semuanya berjalan lancar dan langsung tiada
masaalah tiba masa masaalah kecil datang maka kita pun
jadi gelabah dan tak tahu cara nak selesaikan masaalah itu.
Berbeza pula jika kita sentiasa berdepan situasi sukar dnegan
pelbagai masaalah pasti jika ada berjuta rintangan yang
datang pun masih kita boleh tempuhi dengan hati yang tabah.

Kenapa masalah dan dugaan perlu ada...?

Kerana ia mengajar kita erti bersyukur dalam hidup dan kerana ia
mengajar kita erti kesabaran dan ketabahan. Contohnya, jika
kita menghadapi kesusaha hidup, kita dilanda masaalah
kewangan maka di situlah kita belajar mensyukuri setiap sen
yang kita miliki dalam poket kita dan ketika itulah kita belajar
erti bersyukur untuk setiap sesuap makanan yang kita makan.
Ketika itulah kita tahu erti susah payah untuk mencari rezeki,
maka kita pun tidak berhentilah berusaha dan terus berdoa
untuk sentiasa mendapat rezeki.

Kita pun akan jadi lebihnsabar dan tabah kerana kita tahu bukan senang untuk jadi senang. Kita juga tahu yang nak dapat apa yang kita impikan
perlukan usaha yang berlipat ganda , doa yang tanpa henti
dan kesabaran yang tidak terperi. Setelah segala usaha kita
itu, pasti akan ada kejayaan yang kita miliki, InsyaAllah jika
kita ikhlas pasti urusan kita lebih di permudahkan. Mungkin
agak sukar untuk kita miliki apa yang kita impikan itu.

Tapi sedarlah bahawa dengan kesukaran itulah yang boleh
mengajar kita erti bersyukur dan menghargai setiap apa
sesuatu yang telah kita miliki.

Last but not least:-
♥It's not how good you are, It's how good you want to
be...♥
~I'm just an imperfect person that trying to be perfect but I
know I just can't do that~

No comments:

Post a Comment