Pages

Tuesday, December 1, 2020

Stess

Ya isteri saya tak pernah menampakkan dirinya menghidap penyakit mental dekat hospital samada dekat labour room, ot, wad dan klinik. 

Tapi selepas dia pulang baru dia zahirkan penyakit mentalnya. 

Bila tiba hari isteri saya cuti. Sewaktu isteri saya duduk termenung sendirian di sofa lalu saya pergi padanya. 

Kemudian saya pegang dan usai tangannya. Saya pun perjelaskan makna kehidupan padanya secara berkias. 

Penatkan ya penat. Tapi sabarlah sayang kerana disebalik kepenatan itu sedang terbinanya sebuah gudang emas untuk kita. 

Jadi gantungkan azam dan semangat kita setinggi bintang di langit dan rendahkan hati kita serendah mutiara di lautan.

Jika penat berehatlah bukan berputus asa. Selepas itu saya pun ucapkan terima kasih tanda penghargaan untuk dirinya yang sentiasa bangkit untuk sembuhkan diri dari penyakit mental. 

Kemudian dia pun curahkan airmatanya dalam pelukan saya. 

Selepas dia habis menangis. Saya pun suruh dia letakkan kepalanya atas bahu. Kemudian saya pun mainkan lagu dekat HP saya yang bertajuk " Doaku Untukmu Sayang".

Lalu saya pun dodoikan lagu itu padanya. Bila dia mula datang semangat. Diapun turut nyanyikan lagu itu dengan saya. 

Bila selesai nyanyi senyuman telah kembali di bibirnya. Akhir sekali saya akan ajak isteri saya melayani anak, berkebun atau memasak. 

Begitulah antara cara saya pulihkan semangat isteri saya dan kurangkan bebanan dalam otaknya.

No comments:

Post a Comment