Minggu ni aku tak berapa aktif menulis. Sekadar pos semula catatan-catatan aku yang lama-lama. Bini aku tengah kursus. Aku pula sibuk mengasuh anak-anak di bilik hotel.
Jadi aku lebihkan membaca.
Berita tentang nahas tahfiz tu jadi perbualan utama di media sosial. Hari ini viral pula satu laporan yang mengatakan ia kes jenayah. 7 orang budak tertuduh. 6 daripadanya, positif dadah. Aku pun baca sambil fikir tentang perancangan aku untuk elakkan anak-anak aku jadi begitu.
Bila baca ruangan komen, aku tengok ramai pula otaknya merancang macam mana nak seksa 7 orang tertuduh tu. Mana aku tahu? Sebab terang-terang dia tulis. Siap perincian.
"Kalau aku dapat budak-budak yang bakar tu, aku bakar dia orang hidup-hidup."
Sadistik sungguh pemikiran. Bukan main nak balas dendam. Cuba ingat balik, apa motif tertuduh bakar sekolah tahfiz tu. —Dendam. Maknanya pengkomen tu pun punya pemikiran sama macam tertuduh.
"Kecil-kecil tak nak mampus, belum besar dah bunuh orang. Mak bapak lah ni. Buat anak pandai. Jaga tak pandai."
Jangan seronok sangat cela anak orang. Anak kita ni kecil lagi. Kita didik anak bagai menatang minyak yang penuh, belum tentu lagi dia akan jadi remaja yang baik. Tuhan hantar ujian bukan pada hambanya yang jahat sahaja. Nabi Nuh pun Tuhan uji dengan anak yang derhaka.
Sahabat, yang mana ada anak-anak kecil. Kita yang tak terlibat secara langsung ni, jagalah kata-kata. Bahagian kita adalah untuk ambil pengajaran. Fikirkan cara nak didik anak-anak agar terpelihara daripada melakukan jenayah.
Moga zuriat kita terpelihara daripada musibah mahupun jenayah.
Kamarul Ariffin Nor Sadan
www.facebook.com/chaku
#NOrokok #NOganja #NOdadah
Saturday, September 16, 2017
Didiklah anak- anak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment