Pages

Friday, December 25, 2015

Tips Penjagaan kereta

Zaim Auto Servis Sdn Bhd added 2 new photos .
OH OH…KESILAPAN PENJAGAAN KERETA YANG MERUGIKAN ANDA (BAHAGIAN 1)
Macam mana ada kereta yang boleh tahan sehingga 15 tahun, lasak lagi, takde masalah nak start enjin pagi-pagi, overhaul pun tak pernah perlu buat. Tapi ada kereta baru pakai 3-4 tahun dah overheat dan macam-macam kena tukar sampai pemilik rasa nak buang je kereta tu atau menyesal beli? Kenapa ada kereta banyak makan wang, tapi ada kereta menjimatkan tuannya? Untuk jaga kereta tip top, sila baca kesilapan penjagaan kereta yang berikut..yang baik dijadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.
+ TAK TUKAR MINYAK HITAM PADA MASANYA
Ini mungkin berlalku pada pemilik kenderaan yang kurang pengetahuan asas penjagaan kereta, pelupa, terlalu sebok dan seumpamanya.
Minyak hitam adalah pelincir enjin anda. Bayangkan jika minyak hitam tidak ditukar pada masanya. Kebanyakkan masalah enjin boleh dielakkan dengan penukaran minyak hitam pada masanya. Minyak yang tidak ditukar boleh menjadi pekat dan merosakkan piston ring dan jika terlalu lama, menyebabkan keadaan menjadi bertambah buruk. Contohnya seal dan gasket menjadi keras. Minyak yang kurang atau tak berkualiti atau kotor tidak melindungi piston ring dan sebaliknya melekat pada piston ring.
Minyak hitam perlu berada dalam kualiti yang baik kerana ia berfungsi untuk
- Mengurangkan kegesaran komponen
- Membersihkan enjin
- Menghalang karat
- Membantu sealing
- Menyejukkan enjin
Bayangkan masalah yang anda mungkin hadapi jika minyak hitam anda tak ditukar bila sepatutnya, anda ter'lajak' dan menggunakan kereta anda untuk perjalanan jauh, pergi dan balik. Bila mekanik tengok, enjin anda dah diselaputi minyak hitam pekat.
+TAK TUKAR MINYAK GEARBOX
Ada pemilik kenderaan yang beranggapan bahwa dari masa ke semasa mereka perlu tukar minyak hitam dan oil filter sahaja dan ini sudah memadai. Ini tidak benar sama sekali.
Memandu dengan minyak gearbox yang kurang atau kotor akan menyebabkan komponen gearbox anda haus dan akhirnya mengakibatkan kerosakan gearbox yang memakan kos yang tinggi.
Dari masa ke semasa, minyak gearbox anda akan berkurangan kualitinya. Akhirnya minyak gearbox yang lama tidak lagi mampu melincirkan kompoenen komponen yang bergerak dalam gearbox anda dan mengakibatkan ia haus. Besi besi dari komponen yang haus akan bercampur dengan minyak gearbox dan mengakibatkan kerosakan yang lebih parah.
Berapa kerap anda perlu menukar minyak gearbox anda? Sila ikut manual atau jadual servis jenama/model kereta anda. Secara umumnya, sekitar 25,000 km bagi kereta auto atau 60,000 km bagi kereta manual. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah jenama dan model kereta, penukaran ini boleh dilakukan lebih lambat lagi.
Bagaimana jika anda terlupa untuk menukar minyak gearbox untuk satu jangkamasa tertentu, apakah yang terjadi? Anda perlu tahu bahwa setiap kali anda menukar minyak gearbox, melainkan ia diflush dan ditukar semuanya, tanpa flush, hanya sebahagian dari minyak gearbox yang ditukar kerana yang lain akan terperangkap dalam system. Dengan memastikan bahwa minyak gearbox anda ditukar mengikut jadual, setelah beberapa kali ditukar, akhirnya tiada lagi minyak gearbox yang lama yang berada dalam sistem gearbox anda.
+TAK TUKAR AIR FILTER
Ini lagi satu masalah, kerana air filter yang kotor menghalang udara bersih untuk masuk ke dalam system enjin. Air filter adalah umpama hidung kepada badan kita. Jika hidung kita tersumbat, kita akan kekurangan oksigen dan badan tak berasa selesa. Kereta yang tak dapat udara bersih atau mendapat udara kotor, akan merosakkan spark plug dan menganggu perjalanan enjin. Jika dibiarkan terlalu lama atau kotoran/debu halus boleh masuk ke dalam enjin, sesetengah getah/komponen enjin anda akan haus seperti piston ring selain masalah-masalah lain. Jika anda tak pasti samada nak tukar air filter atau tidak, sila minta mekanik anda untuk membuat pemeriksaan keadaan air filter anda atau tukar sahaja setiap 20,000 km atau mengikut jadual penyelenggaran jenama kereta anda. Jika musim jerebu, anda mungkin perlu tukar air filter anda lebih cepat dari biasa. Jika anda menggunakan KN air filter, pastikan ia dibersihkan dari masa ke semasa.
+TAK TUKAR COOLANT PADA MASANYA ATAU MENGGUNAKAN AIR PAIP
Ini akan menyebabkan karat pada cooling system dan merosakkan komponen penyejukan sistem kereta anda dan akan menyebakan overheat yang juga boleh merosakkan enjin. Jadi bukan sahaja perjalanan anda mungkin terganggu, anda perlu menukar komponen cooling system anda (contohnya, radiator) dan mungkin jika dibiarkan lama, anda perlu top overhaul atau overhaul. Sebaiknya gunakan coolant yang telah siap dibancuh dengan air suling atau jika anda membancuhnya sendiri pastikan anda menggunakan air suling. Menggunakan air paip akan memudahkan karat dan keladak pada komponen sistem penyejukan enjin kereta anda. Berapa kerap coolant anda perlu ditukar? Secara kasarnya, setiap 60,000 km atau setiap 2 tahun sekali.
+BIARKAN MINYAK HITAM BERKURANGAN
Minyak hitam berkurangan mungkin disebabkan bocor atau jika tiada kebocoran, anda mungkin memerlukan top overhaul atau overhaul. Kesan dari minyak hitam berkurangan adalah hampir sama dengan tidak menukar minyak hitam…cuma jika minyak hitam tidak ditukar, enjin anda mungkin tersumbat dan jika minyak hitam anda berkurangan, enjin anda mungkin haus.
Adakah anda terlupa untuk menukar minyak hitam, air filter, minyak gearbox anda, lupa untuk periksa tahap minyak hitam anda atau membiarkan kebocoran (minyak hitam/minyak gearbox/
coolant)? Bersegeralah ke bengkel yang boleh dipercayai agar anda dapat mengelakkan masalah yang besar.
Adakah artikel ini bermanfaat dan anda ingin lihat bahagian kedua? Jika ya, jemput share dan like page kami
Sudi berurusan dengan Zaim Auto?
+ Kami mungkin boleh menyediakan KERETA GANTI untuk job overhaul atau top overhaul pada kadar sewa percuma (kancil auto) atau murah (gen2), bergantung kepada apa yang ada
+ Sebarang pertanyaan, sila PM KAMI TERUS. Jika soalan di ruangan komen, mungkin terlepas pandang.Harap maaf, jika minggu lepas, kami lewat menjawab soalan kerana admin kami baru balik bercuti
+ Untuk pertanyaan harga, boleh telefon bengkel kami di 03-80717297. Kalau dijangkakan kerja berat, elok telefon dahulu sebelum hantar.
+ Alamat? 125, Jalan PUJ 3/9, Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan. berdekatan Giant seri Kembangan, Pasar Borong Selangor, Aeon Equine. Waze : Zaim auto servis
+ Kereta apa yang kami baikpulih dan servis? Korea (Hyundai/Kia/Naza), Jepun, Malaysia (proton/perodua), Conti (Bmw/Merc/Vw), Amerika.
+ Bila buka? Setiap hari termasuk Ahad, jam 9 pagi hingga 7 malam.
+ Nak hantar untuk periksa saja dulu boleh tak? Boleh dan digalakkan. Kena bayar tak? Kalau periksa saja, tak perlu bayar, percuma, melainkan perlu guna komputer bila ada signal warning misalnya.
+ Perlu buat appointment? Tak perlu. Boleh walkin saja. Untuk baikpulih aircon yang memerlukan ganti parts (isi gas takpe), digalakkan semua hari kecuali ahad kerana supplier aircon tak buka hari ahad
+ Keliru? Sila telefon 03-80717297
Terima kasih semua. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Admin Zaim auto Servis, Seri Kembangan.
Tel : 03-80717297
Bengkel kami dibuka Setiap hari termasuk Ahad, jam 9 pagi hingga 7 malam.

Sumber:  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1050593384991118&id=921683531215438&refid=7&_ft_=qid.6232256603084186713%3Amf_story_key.7587795345413092506&__tn__=%2As

No comments:

Post a Comment