Saturday, October 24, 2015

Mimbar pagi

السلام  عليكم 
Mimbar Pagi~

Dari Ibnu Umar r.huma katanya:
"Bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya):,
'Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Dia tidak boleh menzaliminya dan merendahkannya. Sesiapa yang memenuhi keperluan saudaranya,  maka Allah akan memenuhi keperluannya. Sesiapa yang menghilangkan satu kesulitan daripada seorang muslim,  maka Allah akan melepaskan baginya satu kesulitan daripada pelbagai kesulitan hari  Kiamat disebabkan perbuatannya itu. Sesiapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat.'"

[Hadis Sahih Riwayat al-Bukhari & Muslim]

Keterangan:
Hadis ini menerangkan kewajipan seorang muslim untuk menolong saudara muslim yang lain. Di samping itu janganlah mengaibkan sesama muslim dengan kata- kata dan perbuatan yang tidak sepatutnya kerana sikap tersebut boleh memutuskan silaturrahim yang sangat dimurkai Allah SWT........Wallahu'Alam

(Ringkasan Riyadhus Shalihin Imam An-Nawawi)

*perkongsian ilmu daripada sahabat

No comments:

Post a Comment