Pages

Saturday, April 4, 2015

Alkisah sebiji burger..

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Alkisah sebiji burger...
Malam itu, Kak Fidah bertengkar dengan emaknya lalu
melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak
Fidah teringat bahawa dompetnya
tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya.
Tiada syiling pun untuk menelefon rumah bagi meminta
pertolongan.

Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak
Fidah tiba di satu gerai burger Ramli, yang baunya
mengancam, kelaparannya bertambah.
Kak Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada
duit.

Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Fidah
melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanyaà
“Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini
untuk makan dulu,” kata penjual burger itu.
“Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Kak Fidah dengan sipu-
sipu.

“Tak apa, pakcik belanja. Mai, duduk sini makan,” kata penjual
burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Kak Fidah.
Beberapa minit kemudian, Kak Fidah mengalirkan air
mata...”Mengapa sayang?” tanya penjual burger.

“Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pakcik,” kata Kak
Fidah sambil mengelapkan air matanya.
“Orang asing macam pakcik boleh bagi burger kepada Fidah,
tapi mak saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya
keluar rumah. Kejam betul mak saya!” tambah Kak Fidah lagi.
Mendengar kata-kata Kak Fidah, penjual burger mengeluh.

“Adik, mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik
hanya beri adik satu burger, adik dah rasa terharu dan
terhutang. Ibu adik membesarkan adik sejak kecil, mengapa
adik tak pula rasa syukur malah bertengkar dengan ibu adik?”
kata penjual burger itu.

Kak Fidah amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas
berterima kasih dengan pakcik burger, dia terus berjalan
menuju ke rumahnya.

Dalam perjalanan Kak Fidah asyik terfikir...
“Mengapa selama ini saya tidak terfikir perkara itu? Satu
burger daripada seorang yang asing boleh membuat saya rasa
terhutang, tapi mak saya yang membesarkan saya sejak kecil
dan saya tidak berasa sedemikian, walaupun sikit.”

Kak Fidah memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada
emaknya apabila dia tiba di rumah.. “Maafkan saya mak.
Semua salah Fidahà maafkan saya mak.”

Sejurus tiba di rumah, Kak Fidah melihat wajah maknya yang
penuh kebimbangan bertukar menjadi lega melihat
kepulangannya setelah puas mencari.
“Fidah masuk. Mungkin dah lapar. Mak dah masak, jom
makan,” kata maknya.

Fidah terus menangis sambil menyembamkan muka di tangan
maknya.

Wahai anakku,
Di dalam kehidupan ini, engkau lebih mudah menghargai
perkara-perkara kecil yang dilakukan sahabat-sahabat
sekeliling kamu, tapi untuk ahli keluarga terdekat kamu, kamu
sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah
normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan.

Kasih sayang dan keprihatinan keluarga terdekat kepada kamu
adalah perkara paling berharga kurniaan Allah untuk kamu
sejak dilahirkan, terutamanya kasih sayang daripada kedua-
dua orang tuamu. Orang tuamu tidak pernah mengharap kamu
membayar kembali kos membesarkan kamu...tapi pernahkah
kamu mengerti untuk menghargai dan bersyukur dengan
pengorbanan tanpa syarat kedua-dua orang tuamu?

Senyum...

5 hrs · Public
Unlike Page · More

No comments:

Post a Comment