Pages

Sunday, March 29, 2015

(kisah sedih)-Kekasihku Subuh..

Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain. Aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku. 

"Assalamualaikum", seru Subuh. 
"Wa'alaikumsalam", sahutku.

Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih 
sayang. Kutanya khabar 
Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu 
tempat ke satu tempat. 
"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja 
melintasi satu 
tempat. 

Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang 
sunyi, tapi satupun 
yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan 
airmata Subuh pun 
berlinangan. 

"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku 
menyambutmu dengan penuh 
rasa kegembiraan?"  Subuh mengangkat mukanya seolah-olah 
teringat sesuatu. 

"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya 
disebalik sungai. 
Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh 
kesukaan, menjamuku 
dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. 
Hidangan yang paling 
kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, 
tapi jarang kujumpa. 
Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta 
leka". 


Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku 
fahami maksud Subuh. 

"Maaf Subuh. Aku tiada menanam pohon Al-Lail (bangun solat malam), jadi aku 
tidak dapat 
menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku 
ada Roti 
Shiyam (puasa)",cadangku pada Subuh. 

Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan 
punyanya", kata Subuh. 

"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh. 

"Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku 
segelas Air Mata 
Tangisan", pinta Subuh. 

Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, 
yang Mata Air 
Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau 
Maksiat yang berpanjangan? 
Namun. Aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang 
memuatkan Mata Air tersebut. 
Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. 
Dan aku berdetik 
didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir? 
Tanpa berlengah lagi 
kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang 
kusanjungi, dan kusuakan manisan 
yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh 
pun melirikkan sebuah 
senyuman. 

"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya 
denganku. Aku 
memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau 
dengan sebaiknya,wahai 
Subuh". Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku 
tidak akan terpenuhi. 
"Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang 
memerlukan 
kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana 
aku menguliti 
mimpimu"

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",.. 
seruku lagi bila melihat 
Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku 
lagi esok hari?" 


"InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah aku kekasih 
yang kau rindui?" 
Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap. 

"Assalamualaikum", seru Subuh. 

"Waalaikumsalam", jawabku kembali. 

Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin 
laju dengan setiap 
langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan. 

P/S : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, 
Magrib dan Isyak? 
Jawapannya... tersirat dalam diri.

sumber

No comments:

Post a Comment