Pages

Friday, March 20, 2015

Hidup hanya sekali..

💟Ulama beri perumpamaan ,

"Ada seekor katak yg nampak nelayan sedang memancing . jadi katak itu pun masuk kedalam air dan berjumpa dgn ikan . Katak itu tegur ikan yg sedang memakan umpan nelayan itu. Katak itu beritahu pada ikan :

"Jangan makan cacing ni , sebenarnya ini perangkap. Kalau kau makan juga, kau akan di tangkap, perut kau akan di belah, kulit kau akn dibakar atas api. Mereka akn makan kau (sebabnya katak ini tahu keadaan di atas darat) Tapi ikan ini ambil tak endah teguran sikatak, Ikan itu tak percaya dan bila sahaja ikan itu makan umpan itu, ikan itu di sentap dan ditarik naik keatas darat.
Ikan itu terkejut. Dia nampak apa yang dikatakan oleh katak itu adalah benar. Dia yakin yg dia akn di bakar, kulitnya akn disiat-siat, perutnya akn dibelah.
Ikan itu sangat menyesal . tapi tak ada peluang untuk kembali kedalam air.....

Ulama beritahu:
Keadaan sama pada kita. Bila ada orang beritahu kpda kita keadaan mereka di padang masyhar, balasan neraka, balasan syurga , azab neraka , titian sirat, kita ambil tak endah saja. Bila mati sahaja, hijab akhirat akan dibuka. Kita akan nampak manusia yg dibakar atas api. Orang di seksa kerana melakukan maksiat seperti mana keadaan ikan telah nampak apa yg berlaku di atas darat.
Oleh itu saudara/saudariku... kita hanya ada SATU peluang sahaja untuk beramal di dunia ini. Jadi jangan bazirkan usia dan keringat kita pekara yg sia- sia sebaliknya peganglah akidah islam dgn erat.

ALLAH WUJUD TIDAK BERTEMPAT dan semoga Allah beri kita kefahaman .
Amiin

No comments:

Post a Comment