Pages

Thursday, March 19, 2015

Alkisah sebuah rumah

Alkisah sebuah rumah

Petang itu kedengaran rungutan tangga sudah
tidak
terbendung lagi. Dia terus berleter.

“Penat letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku
kena pijak.
Waktu turun pun orang pijak aku. Seronok jadi
atap. Tak
pernah kena pijak. “

Mendengarkan kata kata tangga. Atap terus
bersuara.
"Hoi tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas
berhujan siang
malam. Mendidih kepanasan bila tengahari. Bila
hujan aku
terpaksa menahan kesejukan. Yang seronok jadi
tiang. Tak
kena panas. Tak kena hujan. Tak kena pijak.”

Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara.
“Mana kamu tahu? Aku dok tahan pikul atap,
segala alang
rumah bertan-tan siang malam. Aku terpaksa
pikul jugak.
Tuhan saja tahu betapa beratnya. Yang seronok
jadi dinding.
Tak payah pikul. Tak kena panas. Tak kena
pijak.”

Mendengar kata-kata tiang, lalu dinding
menjawab.
“Akulah pelindung khazanah rumah ni. Aku
lindung aurat tuan
rumah, hartanya bahkan aku terpaksa jaga
sepanjang masa.
Kalau aku tak ada semua tak guna.“

Wahai anakku,
Aku ceritakan ini untuk mengingatkan engkau
bahawa setiap
manusia mempunyai tugasnya sendiri. Kamu
buatlah kerja
yang diamanahkan padamu sebaiknya. Jangan
sesekali
engkau berdengki pada orang lain. Sebab mata
kamu hanya
dikurniakan penglihatan daripada segi zahirnya
sahaja.
Sedangkan realitinya mungkin tidak seindah yang
kamu lihat
di minda.

Jadilah diri sendiri, jangan cuba jadi
orang lain.
Senyum.
- copy paste -

No comments:

Post a Comment