Pages

Wednesday, May 25, 2016

Naaihat...keluarga..

Teguran untuk semua

SHAH ALAM – Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew* _*menasihatkan keluarga Islam agar menjadikan _waktu maghrib sebagai waktu perdana untuk mengenal ALLAH bukannya menonton TV_

_Menurutnya, telefon bimbit juga perlu diketepikan semasa bersama keluarga kerana waktu itu begitu berharga.*_

_“Masa bersama keluarga ambil semua telefon simpan dalam beg dan mangga (kunci). Ilmu dan semua cerita boleh bincang bersama keluarga. ALLAH merahmati keluarga berkasih sayang. ALLAH beri rezeki melimpah ruah dan rezeki kesihatan dan panjang umur.*_

_“Beli kain kafan balut TV waktu Maghrib sampai jam 9.30 malam. Innalillahiwainnailaihirajiun. Itu masa berharga bersama keluarga. ‘Prime time’ bukan untuk TV tapi untuk kenal *ALLAH dan Nabi Muhammad SAW* kepada ahli keluarga melalui ta'lim dan majlis ilmu,” katanya*_

_Beliau menyarankan agar ketua keluarga membeli buku hadis dan membacanya bersama isteri dan anak-anak selain mengamalkan_* *sunah Nabi Muhammad SAW*_.

_“Beli dulang makan bersama-sama satu bekas paling kurang sehari sekali. Suapkan isteri dan anak-anak. Berkasih sayang semasa makan. Sebuah keluarga selalu bergaduh Nabi Muhammad SAW ajar makan berjemaah. Makan dan rasa air tangan satu sama lain. Tiada jurang lagi. Rasa satu hati. Satu jiwa. Satu keluarga.*_

“*_Ayah ajar anak-anak bantu ibunya di rumah. Sama-sama gotong royong. Semua orang soleh rajin dan suka memasak, suka cuci tandas, suka khidmat anak-anak, suka mudahkan urusan isteri dan suka dahulukan orang lain atas diri sendiri. Inikan pula isteri kita, sentiasa nak gembirakan suami dan anak-anak,” katanya.*_

_Sebelumnya beliau mendedahkan ramai wanita yang menghadiri program Keluarga Sunahnya menangis ketika bertanyakan soalan bagaimana untuk menarik perhatian suami mereka yang langsung tidak mahu berenggang dengan telefon bimbit.*_

_Menurut Ustaz Ebit, perbuatan itu menyebabkan si suami langsung tidak menghiraukan anak-anak.*_

“*_Sampai rumah sibuk pegang telefon. Lepas itu baru sekejap di rumah dah keluar rumah. 7 pagi keluar rumah balik 7 petang. Tengok telefon 8 malam sampai jam 2 pagi. Bila panggil suami tak pernah menyahut. Bila bercakap tak mahu dengar. Anak-anak semua kena marah bila ajak bermain.*_

“*_Betapa mereka rindukan suami yang mereka telah dinikahkan dan yang mereka cintai. Mereka sibuk urus keluarga dan anak-anak 24 jam. Begitulah sehingga isteri bawa anak-anak tidur,” ceritanya.*_

_Namun beliau ada pesanan kepada si suami yang langsung tidak membantu kerja rumah malah melayan isteri bagaikan orang gaji tanpa dibelai serta disayangi.*_

_Betapa hebat wanita seperti ini. Wanita bila diakad nikah mereka serahkan semuanya setia buat suaminya sampai mati. *Ya ALLAH*, bantulah wanita yang diuji begini.*_

_Buat suami dan diri saya sendiri. Fikirkanlah isteri yang berusaha nak menambat hati kita. Kita juga haruslah fikir untuk menambat hati mereka. Menawan hati mereka. Hargai dan sayangi mereka,” pesannya.*_

_Tambahnya: "Malam-malam tidurkan anak-anak dengan *cerita-cerita Nabi SAW, para Sahabat dan kisah teladan*. Pastikan semua selamat. Baru tidur dan *_bangun awal berdoa *_bersyukur atas nikmat_* keluarga ini. Menangis depan *ALLAH.*_

"*_Adukan kegembiraan, kesedihan, kesusahan kepada *ALLAH*_. _Kemudian _*kejut isteri dan anak-anak bangun Tahajud paling kurang dua rakaat dan solat Subuh awal waktu.*_

Sunday, May 22, 2016

Kitaran umur

KITARAN UMUR

Ketika umur kita bawah 10 tahun, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain.

Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

Meningkat kepada umur 30-an, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup. Membina keluarga. Ingin membeli kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa 40-an. Bahawa perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.

Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Tuhan masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

Hidup ini hanya sementara kawan. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat. Semoga kita semua kekal dalam keberkatan, keredaan dan kasih sayang Tuhan.

Wallahu'alam.. C&P

Pesanan orang tua- tua

INI ILMU ORANG TUA.
.
Apabila orang marah kita, diam. Tidak perlu jawab apa apa. Habis taufan bergelora, reda-lah ia. Diam itu umpama hujan. Mendamaikan.
.
Apabila orang "belasah" kita dengan banyak perkara. Diam. Lama lama yang nyata, akan terjelma jua. Pura pura "sayang bersepah" tidak akan bertahan lama.
.
Apabila kita diperkatakan menggunakan manusia. Diam. Mereka belum faham antara beri peluang dengan ambil peluang. Ego menjadikan mereka keliru diri.  Bagi anak muda, ambil segala peluang  dengan rasa teruja  untuk melatih diri.
.
Apabila ada "sang petualang" mengadu domba. Usah juga berkata apa apa. Usah lawan api dengan api. Sifat api marak membakar masa berkuasa. Akhirnya air juga tenang mengalir ke muara.
.
Apabila ada orang berjaya usah cepat puja dan puji. Hidup ini adalah pergiliran waktu. Jatuh 7 kali, bangki 8 kali. Kita tidak tahu putaran roda, lama mana masanya kejayaan itu akan kekal sebegitu.
.
Apabila lihat orang jatuh, usah maki dan keji. Jatuh 7 kali bangkit 8 kali. Entah esok entah lusa, dia bangkit dengan cepat sekali. Mana kita mahu lari.
.
Hidup tanpa rasa "pemilikan". Fahami konsep "tribe". Apabila mahu jadi kepala puak. Damai diri tenang rasa.
.
Apabila ada orang tinggalkan kita, itu tanda mereka mahu ke seberang. Sampai masa mereka pasti kembali kesarang jua. InshaAllah.
.
Hidup ini tidak lama. Sampai masa berangkat-lah kita mengahadap yang Esa untuk ditimbang di neraca pahala-dosa.
.

Calon CEO..

Terdapat seorang CEO yg hampir bersara dan ingin menyerahkan jawatannya kepada salah seorang eksekutifnya yg terbaik.

Untuk itu dia memanggil seluruh eksekutifnya, memberikan masing2 sebiji benih kpd setiap seorang dan berkata :

"Tanam, jaga dan siram dengan baik benih yg saya beri ini dan kembalilah 3 bulan dari sekarang dengan membawa tanaman yg tumbuh dari benih ini.."

" YANG TERBAIK, akan menjadi penggantiku sebagai CEO di perusahaan ini."

Salah seorang eksekutif, bernama Ahmad yg juga mendapat benih tersebut, terus pulang ke rumah dan menanam benih tanaman itu. Setiap hari benih itu dia siram dengan air dan diberinya baja.

Setelah hampir 3 bulan, di pejabat semua orang saling membicarakan kehebatan tanaman mereka yg tumbuh dari benih yg diberikan kpd mereka. Hanya benih Ahmad sahaja yg tanamannya tidak tumbuh sama sekali.

Ahmad berasa gagal dan susah hati.

Setelah 3 bulan, semua eksekutif menghadap CEO memperlihatkan hasil benih tersebut.

Ahmad berkata kepada isterinya bahawa dia tidak akan membawa pasu yg kosong, Namun isterinya mendorong untuk tetap membawa pasu kosong tersebut utk memenuhi janji kepada CEO 3 bulan yang lalu.

" Bawa ja bang, walaupun abang gagal utk menumbuhkan benih tu, paling tidak abang sudah menunjukkan niat baik kerana sudah berusaha semampu mungkin menjaganya sesuai dengan permintaan bos abang...", demikian kata isterinya.

"Baiklah sayang..", jawab Ahmad dgn hati yg berat kerana tdk dapat menunaikan permintaan CEOnya.

Masuk ke bilik mesyuarat, Ahmad membawa pasu kosong. Semua mata memandangnya kasihan.

Ketika CEO masuk, dia memandang keindahan seluruh tanaman yang kononnya hasil dari benih2 yg diberinya dulu, hingga akhirnya berhenti di depan Ahmad yg tertunduk malu.

CEO tersebut meminta Ahmad ke depan dan menyuruhnya menceritakan tentang tanamannya yg mati.

Ketika Ahmad selesai bercerita, CEO berkata,

"Beri tepukan untuk Ahmad, CEO kita yg baru..!"

Semua eksekutif terkejut termasuk Ahmad.

CEO itu kemudian berkata,"Semua benih yg saya berikan kepada kalian dulu, sebelumnya telah direbus dalam air panas hingga mati dan tidak mungkin tumbuh lagi. Jika benih kalian dapat tumbuh, bererti kalian telah menukarnya dan berbohong pada saya. Kecuali Ahmad, hanya dia yang JUJUR, jadi dialah yg paling layak menyandang jawatan tertinggi ini..!"

#Taburlah KEJUJURAN, dan anda akan menuai kepercayaan.

Jangan pernah takut utk berlaku JUJUR!.

Friday, May 20, 2016

Yakin pada rezeki Allah...

Ini cerita betul , bkn mitos . Cerita dongeng ke apa . Sy suami isteri kawin muda lps belajar . Lepas kawin 'kosong ' , duit zero . Kawan2 lain keje , kami taknak keje . Nk niaga . Kami naik smpai sekarang dgn berpaksi kn hidup nk berubah demi Allah . Dr zero sekarang bole tolong mak ayah , rumah selesa , ade kete selesa , makan mewah , ade duit simpanan boleh kata byk jugak . Kiranya kekdang tak tahu camna bole sng mcm sekarang . Kita kekdg lupa Allah ada . Byk cara sbnrnya die bole tlog kita kalau kita mintak kt dia . Kalau mintak kt manusia sapa nk layan.

Dulu tak solat, smpai lupa dh ayat2 semua , kena baca balik buku cara2 solat > pelan2 solat , tak bole tgl , kena sungguh2 taubat

Suami hari2 solat dhuha ,yg mana sy xmmpu yg tu . Tiap pagi dia akn solat dhuha , tak bole tgl kata die solat dhuha tu wajib . Sbb kita tk da bos . Bos kita Allah . Jadi kena presentation lebih kt Allah.

Dulu org gelak kami niaga online , sekarang alhamdulillah ramai kawan2 and keluarga nk berniaga jugak .

Dlu sy igt hidup kena 80% usaha , 20% tawakal . Tp sbnrnya = 80% tawakal , 20% usaha . Dr dlu sy seorang yg pntingkan usaha , exam wajib stay up mlm , kena usaha . Solat tk payah . Apa ade dgn solat dpt gk A . - ayat seorang jahil . Astagfirullah

Sy bercakap jujur dgn pengalaman sendiri .

Sila amalkan ini.

✅ Maksud REZEKI
- kasih sayang
- kewangan
- kesihatan
- ibadah

✅ Nak dapat income RM50,000 sebulan wajib SEDEKAH 10% dlm RM5000 bulan tu baru Allah bagi RM50,000

✅ Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah.. Call mak setiap hari.. Mintak maaf dgn mak.. Mintak mak redha dgn apa yg kita buat..

✅ Nak rezeki melimpah ruah.. Bukak tabung-tabung berikut:
1. Tabung Zakat
2. Tabung Sedekah
3. Tabung Wakaf
4. Tabung Infak

**pergi pejabat zakat berdekatan.. Tanya terus dengan dorg camne nk bukak tabung2 nie**

✅ Ramai yg sebok jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)

AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT

1⃣ Solat awal waktu
Lelaki - 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ade kat masjid!

2⃣ Solat Dhuha
- eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain
- Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)
- Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8.. Ikut kemampuan.. Setiap 2 rakaat kena bg salam..

✅ Jadilah JUTAWAN yg memberi manafaat pada orang lain!

3⃣ Tahajjud
- buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa.. Buat secara konsisten
- Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam.. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia..kalau orang taknak kita akan frush kecewa! Tapi present plan pada Allah..kita takkan rasa kecewa.. Merengek merintih pada Allah apa yg kita nak.. Apa yg kita impikan.. Apa yg kita nak capai dlm hidup! Biar jelas.. Kalau nak jadi jutawan..doa nak jadi jutawan berkat tahun ni..
- Mintak semua pada Allah.. Nak pakai Ferrari.. Nak ada RM10juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun.. Nak hantar maka ayah pergi umrah tahun ini.. Nak beli rumah bunglo.. Impian kena jelas! Mintak semua pada Allah.. Mintak yg besar2 terus sebab Allah maha kaya maha pemurah!

✅ Belajar berlapang dada.. Redha dengan setiap masalah & ujian yg Allah bagi.. Contoh ada orang hutang kita bertahun2 tak bayar.. Redha kan semua tu.. Belajar redha.. Sbb ade sorang peserta tu adik dia pinjam 98ribu dah bertahun2 tak bayar..pastu dia belajar redha.. Tak sampai seminggu Allah balas balik dia berjaya jual tanah bernilai RM340,000 yg 10 tahun lepas punya kes..

4⃣ Sedekah
- beri sedekah dengan perasaan.. Contohnya,

Ya Allah asbab aku memberi ni aku dapat jadi jutawan (semasa nak sedekah tu niat mcm ni dgn penuh perasaan)

✅ Buat TABUNG SUBUH
- Masukkan duit setiap hari selepas subuh.. Masukkan dgn penuh perasaan & doa pada Allah.. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan & sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dll..

Formula YAKIN
1. Yakin
2. Yakin
3. Yakin
4. Yakin
5. Yakin
6. Yakin
7. Yakin
8. Yakin
9. Yakin
10. Doa
11. Usaha
12. Tawakkal

9 kali kena yakin!!

5⃣ Baca Al-Quran
- paling malas minimum 1 baris dengan terjemahan.. Buat setiap hari.. Jadikan amalan!
- Kalau bersedih.. Baca Quran.. Kalau sakit.. Baca Quran..

6⃣ Istighfar setiap hari
- baca zikir 'Ya Wahhab' je 100 kali setiap hari.. Lagi bagus setiap solat 100x.. Pastu up 1000x sampai la mampu buat 100,000 zikir..

7⃣ Jaga Wuduk setiap hari
- latih badan sentiasa ada wuduk.. Kalau masalah kentut.. Buat ikut kemampuan sampailah masalah kentut tu hilang.. Hehe! Contoh dlm wuduk pastu gi jumpa client.. Pasti terkentut.. Jangan la pi ambik wuduk plk.. Lepas dh jumpa client baru la ambik wuduk sbb masih dlm proses latihan.. Bg kelonggaran pada diri.. Jgn berubah secara drastik..

✅ Latih diri MEMBERI diwaktu tiada bukan bila dah KAYA!

TEKNIK NAK MEREDHAKAN SESUATU

Setiap kali lepas solat.. Pejam mata.. Pastu letak tangan kanan atas dada kiri.. Tarik nafas macam biasa.. Rasakan degup jantung kita.. Pastu bayangkan muka mak.. Mintak maaf pada mak jika ada salah..maafkan mak jika mak ada salah..mintak mak redha kan semua yg kita buat.. Pastu bygkan muka ayah.. Buat benda sama.. Pastu bygkan muka isteri.. Muka suami.. Muka anak2.. Maafkan semua orang..

Buat selama 7 hari! Subhanallah tunggu perubahan luarbiasa dari Allah..

Semoga bermanfaat dan dijadikan pengajaran untuk kita semua...

Salam...

PERKONGSIAN SAHABAT FB..
SAMA2 KITA JAGA CONNECTION DENGAN ALLAH... NIAT APE SAHAJA YANG BAIK..KERANA ALLAH TAALA.... ❤❤❤

Sumber FB : Liely IChantieq

Wednesday, May 18, 2016

Adik & kakak...

Cerita ini kerap diulang, dan sekerap itulah mata admin akan masuk habuk 😭😭 Entah siapalah penulisnya..
----------------------------

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua

kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!." Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat

pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan

kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...." katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
semoga bermanfaat perkongsian ini.
Pengorbanan sekecil mana pun,pasti diingati..dikenang..janganlah berharap balasan semahal mana...kerana yg sikit itu sebenarnya ..itulah yg bernilai besar..
Ingatlah akan sillaturahim sesama manusia, apatah lagi sesama adik beradik..
❤❤❤❤❤❤❤❤

kenapa? mata masuk habuk ke?....

#bahagiandakwahjakim

Friday, May 6, 2016

Ubat gaout

Perkongsian info... Copy paste whatsapp.. Tak Cuba tak tahu kan.. 😊

Utk sesiapa yg kena gout ... blh cuba..

Saya berpengalaman 20 tahun mengidap gaut. Saya tak mampu solat dengan sempurna kerana lutut bengkak dan tak boleh dibengkokkan.

Saudara saya beri kapsul Gout dari Amerika..! Saya minum 2 hari, sakitnya cuma berkurang sedikit saja.

Dengan izin Allah swt saya ditemukan  dengan orang Lamongan, umurnya 110 tahun, masih gagah, anaknya yang umur 90 tahun kelihatan lebih tua darinya.

Dia tanya saya, "Sakit apa ya..?"

Saya jawab, "Gout Pak..!"

"Cuba cari sebiji nenas yang masak dan satu batang lobak putih kira-kira 250 gram. Dikisar dan tambah 3 biji buah keras. Jadikan minuman Jus lalu diminum sekaligus..!" Katanya.

"Berapa kali minumnya..?" Tanya saya lagi.

"Sekali saja cukup. Untuk penjagaan yang berterusan minumlah 3 bulan sekali..!" Katanya menegaskan.

Saya buat sebagaimana yang diajarkan. Gout saya dah hilang sama sekali. Sembuh sepenuhnya Alhamdulillah..!

Saya teruskan tiap 3 bulan sekali hingga bertahun-tahun. Ternyata Gout saya dah ucapkan selamat tinggal.

- 1 biji Nenas yang masak
- Lobak putih 250gm
- 3 biji Buah Keras.

⤴ utk kawan2 yg ada masalah Gout..

Belendar semuanya..
buah keras itu tumbuk 2 dulu dn masukkan dlm blender..
buah nenas dan lobak putih potong halus2..
kemudian masukkan air masak dan blender semuanya sehingga halus.
Selawat Nabi 3 kali dn minumlah...
In Syaa Allah...

Thursday, May 5, 2016

Bahaya Israiliyyat

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10154199867512990&id=279290772989

Bahaya Israiliyyat

Hari ini dunia lebih moden. Generasi baru mendapat pendidikan yang luas. Pendidikan dan pengetahuan moden selalu menuntut setiap perkara dikemukakan berdasarkan fakta dan angka. Maka tidak hairan jika generasi moden mula mempersoalkan banyak perkara-perkara yang dianggap berakar umbi dalam masyarakat sekalipun atas nama agama.

Dahulu barangkali seorang ustaz di masjid boleh menceritakan berbagai riwayat Israiliyyat dengan selesa. Sehingga timbul kisah Nabi Sulaiman dan Sang Kancil. Watak seorang nabi diperkatunkan sehingga hilang kehebatan perjuangannya. Hari ini kisah-kisah itu dipertikaikan sumber dan ketulenannya.

Dahulu barangkali seorang ustaz apabila tiba 10 Muharram atau ‘asyura boleh bercerita dengan bebas tentang bubur Nabi Nuh di atas kapal dengan berkempen orang ramai memasak bubur tersebut untuk dimakan. Hari ini, generasi baru akan bertanya ketulenan kisah itu dan rasional untuk kita melakukannya. Nabi Nuh a.s. dihantar bukan sebagai seorang chef untuk memperkenalkan resepi bubur. Dia adalah seorang nabi yang mempunyai mesej dakwah yang besar. Mereka mungkin sudi memakan bubur tersebut. Tetapi tidak sanggup perkara itu dikaitkan sebagai satu arahan Islam yang agung ini.

Dahulu barangkali seorang ‘ustaz’ boleh bercerita dengan bebas jampi penyeri wajah naik pelamin Nabi Yusuf. Hari ini perkara seperti itu tentu dipertikaikan.

Dahulu, ada yang mempercayai cerita sesetengah ustaz atau lebai bahawa:“Sesungguhnya bumi berada di atas sebiji batu. Batu tersebut berada di atas tanduk seekor lembu jantan. Apabila lembu jantan itu menggerakkan tanduknya, maka batu tersebut pun bergerak dan bergeraklah bumi. Itulah gempa bumi.”

Pengetahuan moden sama sekali menolak kepercayaan ini. Kita menganggap ini adalah riwayat palsu. Kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) ketika mengulas riwayat ini:

“Yang peliknya ada orang yang sanggup menghitamkan buku-bukunya dengan perkara-perkara merepek ini”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Al-Manar al-Munif, m.s.78, Syria: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah)

Kata Abu Syahbah :

“Ini adalah rekaan ahli kitab bertujuan menghina para rasul” (Abu Syahbah, Al-Israiliyyat wa al-Maudu`at fi Kutub al- Tafasir. m.s 305, Kaherah: Maktabah al-Sunnah)

Malangnya, ada golongan agama dahulunya mempercayai perkara ini. Mereka menyangka bahawa dunia berada di atas tanduk lembu dan lembu itu berada atas ikan nun seperti yang ditambah dalam riwayat palsu yang lain. Ini adalah karut, menyanggahi hakikat yang diterima secara yakin bahawa bumi ini terapung-apung di angkasa.

Fokus Tajdid

Kita menyeru kepada tajdid  (pembaharuan). Kita katakan, kelemahan pengetahuan orang ramai masa kini untuk membezakan antara isi al-Quran yang sebenar dengan riwayat Israiliyyat boleh membawa mereka salah faham terhadap al-Quran dan ragu-ragu terhadap inti kandungannya. Tambahan pula, pengetahuan manusia moden yang telah banyak menolak bentuk-bentuk khurafat.

Ini disebabkan mereka tidak mempunyai kaedah yang jelas dalam membezakan antara kisah-kisah yang termuat dalam buku-buku tafsir dan kisah-kisah al-Quran yang asal. Mereka akhirnya menyangka al-Quran menghidangkan kisah-kisah lucu, atau ada kandungan al-Quran yang bertentangan dengan fakta sains seperti contoh-contoh yang disebutkan tadi. Kata guru saya iaitu seorang tafsir yang terkenal Solah `Abd al-Fattah al-Khalidi :

“Telah berlaku kesalahan sebahagian pengkaji, penulis dan penceramah dari kalangan muslimin dalam melihat kisah-kisah umat yang lalu di dalam al-Quran. Sekalipun dengan niat yang baik, namun mereka telah menyanggahi metodologi yang betul dan lurus dalam mengkaji kisah-kisah tersebut. Mereka telah mempersembahkan kepada para pembaca dan pendengar timbunan daripada berbagai pendapat, kisah, riwayat dan pendetilan kisah. Kesemuanya tidak lebih dari kisah-kisah karut, batil, palsu yang mereka ambil daripada sumber-sumber yang diselewengkan lagi batil, ia adalah al-israilliyyat dan kisah-kisah ahli kitab”.( Solah Abd al-Fattah al-Khalidi, Ma`a Qasas al-Sabiqin fi al-Quran 1/31, Damsyik: Dar al-Qalam.)

Di saat dunia semakin canggih dan moden. Kepercayaan sebahagian manusia terhadap kebanyakan agama semakin tercemar disebabkan karut-marut yang telah membaluti kebanyakan kepercayaan. Hanyalah Islam, agama yang menolak khurafat, tahyul dan karut-marut yang tiada asasnya. Ini membuktikan hanya Islam sahaja, yang dapat menghadapi perkembangan tamadun kebendaan. Tamadun yang bersedia mempertikaikan apa sahaja termasuklah ketuhanan.

Islam yang tulen tetap utuh, kerana mesej dan tujuannya jelas tidak dicemari oleh kekarutan. Inilah mesej al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Malangnya ada di kalangan umat, terutama para pendakwah dan penceramah yang kurang berhati-hati mencemarkan al-Quran dengan kisah-kisah israiliyyat dan rekaan yang merosakkan agama.

Fokus kisah-kisah al-Quran adalah pengajaran, bukan untuk melalut dan meracau dalam perkara-perkara yang tiada kaitan dengan pengajaran. Israiliyyat telah memalingkan manusia dari memberikan tumpuan kepada inti-kandungan pengajaran kepada unsur-unsur yang tidak bermanfaat. Apatah lagi tidak dikenalpasti pula sejauh kebenarannya. Bahkan sebahagian besarnya adalah karut marut dan bohong. Kisah Luqman umpamanya, al-Quran hanya menyebut sesuatu yang bermanfaat dan dapat dicontohi. Firman Allah :
وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّهِ ۚ وَمَنْ يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ

(maksudnya): Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): “Bersyukurlah kepada Allah”. Dan sesiapa yang bersyukur, maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (Surah Luqman: 12)

Demikian insan apabila membaca ayat ini akan tahu pengajaran yang dapat dicontohi dari Luqman ialah bersyukur dengan kurniaan kebijaksanaan yang Allah berikan. Selepas ayat ini, Allah menceritakan nasihat-nasihat Luqman yang berguna kepada anaknya. Nasihat-nasihat tersebut banyak pengajarannya. Antaranya ia adalah nasihat yang berkualiti yang terbit dari orang yang diberikan hikmah. Hikmah itu membawa insan mengenali hakikat kebaikan yang tulen. Ini terserlah dalam isi kandungan nasihat-nasihat tersebut. Nasihat-nasihat itu juga adalah sukatan pendidikan yang bermutu dan tepat.

Namun Israiliyyat menyibukkan pembaca al-Quran dengan perkara-perkara lain dari ini semua. Menurut Israiliyyat, Luqman adalah seorang lelaki hamba abdi berketurunan Habsyi, seorang yang pendek, hidungnya penyek, bibirnya tebal, lebar tapak kakinya dan berbagai lagi.( lihat: Salah al-Khalidi, Ma’ Qasas al-Sabiqin, 3/150)

Tambahan Israiliyyat ini, hanyalah memalingkan pembaca al-Quran daripada tujuan utama al-Quran yang menghidangkan kisah tersebut sebagai suatu pengajaran dan pengiktibaran yang dapat dimanfaat oleh semua kepada perbincangan yang belum tentu ada faedahnya. Apakah faedah besar untuk pembaca al-Quran jika dia mengetahui Luqman berkulit hitam, berbangsa Habsyi, berhidung penyek?!. Apakah dia boleh meniru itu semua jika Allah telah mentakdirkannya berkulit putih, berhidung mancung dan tidak berbangsa Habsyi. Apakah itu tujuan kisah yang dibawa?! Atau tujuannya mengkisahkan seorang hamba Allah yang diberi hikmah dan dia diperintahkan bersyukur kepada tuhannya. Lalu dipersembahkan hikmah dan syukur itu dalam suatu sukatan pendidikan yang membentuk insan yang rabbani.

10 amalan murah rezeki

http://berdakwahislami.blogspot.com/2016/04/10-amalan-ini-jika-di-amalkan-selama-40.html

1. Rutinkan shalat berjamaah di masjid dan tepat waktu
Sedapat mungkin lakukan shalat fardhu di masjid berjamaah disertai dengan shalat sunat qabliyah dan ba'diyahnya. Qabliyah adalah shalat sunat sebelum shalat wajib yaitu 2 atau 4 rakaat sebelum shalat Dhuhur, sebelum ashar, 2 rakaat sebelum magrib, sebelum Isya dan sebelum subuh. Sementara Ba'diyah adalah shalat sunat sesudah shalat fardhu, yaitu 2 rakaat setelah dhuhur, setelah magrib dan setelah isya. Jangan lupa shalat tahiyatul masjid sebagai penghormatan kepada masjid. Jangan pernah menunda melakukan shalat. Begitu azan berbunyi segeralah ke masjid terdekat.

# 2. Rutinkan shalat tahajud 8 rakaat dan shalat witir 3 rakaat
Shalat tahajud adalah salah satu shalat sunat yang paling utama, dikerjakan pada sepertiga malam, minimal 2 rakaat, tapi Uztadz Yusuf Mansur menganjurkan 8 rakaat ditambah witir 3 rakaat. Sepertiga malam itu juga adalah waktu mustajab (waktu terkabulnydoa).

# 3. Baca Surah Al Waqiah
Inilah surah yang bisa memperlancar rezeki " Barangsiapa membaca Surah Al Waqiah setiap malam, maka ia tidak akan

ditimpa kefakiran selamanya (H.R.Ibn Sunni).
Jangan lupa membaca surah ini sesudah shalat subuh atau sesudah shalat isya.

# 4. Rutinkan shalat dhuha
Mengapa dhuha bisa melancarkan rezeki? Alasannya sudah saya tulis di sini. Shalat sunat dhuha adalah shalat sunat 2 rakaat yang dilaksanakan saat matahari beranjak naik sampai sebelum dhuhur. Rutinlah melaksanakan dhuha 6 rakaat, bagi yang kuat bisa sampai 12 rakaat itu lebih baik. (2 rakaat salam, begitu seterusnya).

# 5. Baca zikir sesudah shalat 
Setelah shalat jangan langsung berdiri tapi bacalah zikir yang biasa anda baca ditambah dengan membaca asmaul husnah Ya Fattah ya Razaak 11 kali, dilanjutkan dengan membaca ayat kursi 1 kali dan Surah Al Ikhlas 3 kali. Rutinkan setiap selesai shalat. Khusus selesai shalat subuh dan ashar ditambah dengan membaca 4 ayat terakhir Surah Al Hasyr.

# 6. Rutin membaca zikir ini
Rutinkan membaca Laa hawla wala quwwata illaa billah sebanyak 300 kali, bisa juga 100 kali setiap hari dan bisa dibagi membacanya setelah shalat fardhu (100 / 5 = 20 kali di setiap selesai shalat fardhu).

# 7. Rutin mohon ampun
Bacalah istighfar sebanyak 100 kali setiap hari. Karena bisa saja setiap hari kita berbuat dosa yang kita sadari maupun tidak.

# 8. Rutin membaca zikir pagi dan petang
Jangan lupa setiap hari membaca subhanallahi wabihamdihii subhanallahil adzhiem 100 kali di waktu pagi dan 100 kali di waktu petang (sore hari). Boleh dilakukan habis shalat dhuha dan sorenya bisa setelah melakukan ibadah shalat ashar  atau menjelang magrib

# 9. Rutin baca yasin
Rutinkan membaca surah ke 36 dari Al Quran ini, waktunya bebas, lakukan kapan saja dan baca sebanyak 1 kali setiap hari.

# 10. Tutup malam dengan shalat sunat 2 rakaat
Begitu kantuk menyerang jangan langsung tidur tapi lakukan shalat sunat 2 rakaat sebelum tidur, baca Surah Al Kafiruun di rakaat pertama dan Al Ikhlas di rakaat kedua. Setelah itu jangan lupa membaca Surah As Sajdah, Al Mulk atau Ar Rahman (pilih salah satu).

Lakukan 10 amalan ini rutin selama 40 hari. Usahakan jangan bolong. Bisa dibuat check list untuk membantu mengecek apakah salah satu amalan sudah dilaksanakan atau belum. Bagi wanita yang lagi haid bisa berhenti sejenak dan melanjutkan setelah suci. Niatkan dan mohonkan rezeki yang banyak dan bermanfaat untuk diri dan orang lain. Jika setelah 40 hari masih ingin dilanjutkan silakan. Jika sudah menjadi kebiasaan bisa menjadi ladang pahala buat kita. Wallahu alam

Anak anak

Saya emak yang tidak bercita-cita tinggi..
Tak terkejar kejar mahu memasukkan anak ke sekolah asrama penuh terkenal..
Tak bermimpi anak jadi orang besar atau kaya raya...
Sebab itu bila ada kelas tambahan hujung minggu hari Sabtu di sekolah
Saya mungkin salah seorang atau satu-satu ibu bapa yang tak mahu masukkan anak ke kelas tambahan itu
5 hari anak berada di sekolah sepanjang hari.
2 hari anak bersama saya untuk menjalankan pelbagai aktiviti
Masakan waktu 2 hari itu mahu direbut dari saya..

Anak anak hidup di dunia ini bukan hanya dikerah belajar sahaja..
Mungkin mata pelajaran yang dia belajar akan dilupa bila dewasa nanti
Tetapi silahtulrahim dengan keluarga di kampung, menjaga kesihatan,  merendahkan diri membantu orang lain, bergaul dengan jiran setempat , pelajaran agama adalah pelajaran seumur hidup yang saya harus terapkan untuk anak-anak sepanjang saya masih bernafas.

Saya tidak mahu anak menjadi mangsa sistem pelajaran yang lebih memikirkan material. Seringkali kita akan dengar perkataan ini...
"Hesy..tak belajar nanti nak jadi apa? Nak jadi tukang kutip sampah tepi jalan?"
Andai ditakdirkan anak jadi tukang kutip sampah, jangan lupa anak ini telah berbuat bakti lebih banyak dari orang lain. Tak ada orang kutip sampah menderita semua orang, menderita bumi ini..

Setiap pekerjaan tak kira apa kerjanya. Bekerjalah dengan dedikasi, tekun dan amanah. Kita selalu fokus dan tekankan kepada anak-anak  apa pekerjaaan yang harus dia lakukan untuk berjaya  tetapi kita jarang fokuskan apa yang harus dia lakukan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja supaya dia menjadi pekerja yang berjaya. Sebab itu ramai pekerja sudah hilang sifat jujur dan amanah. Rasuah bermaharajalela..

Salam subuh..

Catatan anak

Beberapa tahun lepas saya menurunkan Mak di depan hospital dan berjanji supaya Mak talipon bila dah semua urusan selesai,Mak menghadiri pemeriksaan biasa bulanan di Hospital Balik Pulau,saya pulang kerumah dan menunggu Mak talipon bila dah siap nanti.

Dalam perjalanan pulang kerumah, saya tiba tiba terkenang suatu ketika dulu ketika saya demam,Mak menggengam erat tangan saya berjalan dari rumah menunggu bas untuk ke hospital,sesekali saya didukung kerana tak kuat berjalan,diatas bas saya baring di ribaan Mak sambil Mak mengusap kepala dan sesekali mengucup dahi saya,di hospital juga ketika menunggu rawatan saya sentiasa didalam pelukan Mak,selesai rawatan,sekali lagi dalam perjalanan ke stesen bas saya didukung,sempat dibawa ke kedai dan Mak cakap 'adik nak beli apa apa ke' sampai dirumah saya dipujuk untuk makan ubat,dipujuk dan disuap makan kerana tak lalu makan akibat demam.

Habis saja kenangan itu berlalu difikiran saya segera terus berpatah balik ke hospital,'hujan lebat didalam kereta' sampai di hospital terus saya mendapatkan Mak yang sedang termanggu keseorangan menunggu urusan rawatan,saya sembunyikan airmata saya yang ditahan supaya tidak mengalir dihadapan Mak,saya memegang tangan Mak membawa masuk bilik doktor,mendengar penjelasan doktor berkaitan tahap kesihatan Mak,
mendengar nasihat doktor supaya memantau pemakanan Mak,saya memegang tangan Mak ke farmasi dan menunggu untuk mengambil ubat,selesai semuanya saya memegang tangan Mak menuju ke kereta,membuka pintu kereta untuk Mak dan saya tanya 'Mak ada nak beli apa apa ke',
YA ALLAH,ampunilah aku yang sedikit terlalai dari menyantuni pembuka pintu syurga untuk ku ini.

Saya sekarang di IJN Kuala Lumpur, menunggu untuk berjumpa doktor,rawatan susulan.
Saya menulis rasa hati ini bila melihat di sini ramai Mak Ayah yang keseorangan terkial kial bertanya arah sambil menunjukkan kad mereka,
bayangkan disini ada blok A,blok B dan sangat luas,ada yang bertanya arah cafe untuk makan setelah semalaman berpuasa untuk mengambil darah,beratur ramai untuk mengambil dan membayar harga makanan dan sebagainya,saya juga melihat pasangan Mak Ayah lewat 70 an yang saling membantu berpimpin,berjalan perlahan mengatur langkah dan sesekali berhenti penat, mungkin mereka tidak mempunyai anak TETAPI sangat rugi lah seandainya mereka mempunyai anak anak dan anak anak mereka terlepas pandang ruang kasih sayang yang sepatutnya mereka penuhi ini.

Alhamdulillah,setakat ini saya gagah kesana sini berjalan laju di hospital,namun seandainya saya berada ditahap Mak saya dan Mak Mak Ayah Ayah yang saya lihat di IJN ini,saya akan rasa selesa,bangga,terharu dan harapkan ada anak bersama saya sekurang kurangnya sebagai 'SEMANGAT'.

Anak anak sekelian,saya yakin apa yang saya rasa ini dirasai oleh Mak Ayah kita semua.
Hayati lah firman ALLAH ini untuk kebaikan bersama dunia dan akhirat-

وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا .

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya.Jika salah satu seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu,maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, 'Wahai Tuhanku,sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah menyayangi aku di waktu kecil'.
Al Isra' 23 & 24

Syed Mohamad Nazli Bin Syed Ahmad
Institut Jantung Negara IJN,
Kuala Lumpur,
4-5-2016.