Wednesday, April 15, 2015

Petua untuk menghilang penyakit migraine


Petua untuk menghilang penyakit migraine

1. Merendam Tangan dalam Air Dingin

Merendam kedua-dua tangan anda di dalam air sejuk selagi anda boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat. Anda juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan anda semasa direndam di dalam air.

2. Berada Di Dalam Bilik gelap

Cuba untuk sentiasa bergelap di dalam bilik semasa serangan migrain. Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala.

3. Mengambil Sedikit Kafein

migrain, sakit kepala, hilangkan migrain, hilangkan sakit kepala

Satu jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit. Ambillah sedikit kafein semasa serangan migrain dan rasakan perbezaannya.

4. Carikan bahan-bahan berikut ::
~ kacang hijau
~ lada hitam
~ garam kasar

Ketiga-tiga bahan tersebut diisi atas kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat, Insya Allah, migraine tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala. Telah ramai pesakit berjaya pulih daripada migraine dengan mencuba kaedah ini. Allah yang menentukan kita hanya berusaha dan bertawakkal kepada Nya.

Selamat Mencuba ..



 · 

DAHSYATNYA SHOLAT TEPAT WAKTU


DAHSYATNYA SHOLAT TEPAT WAKTU

Dari dulu ibu saya selalu sholat tepat pada waktunya, bahkan sebelum azan berkumandang beliau sudah bersiap-siap untuk sholat. Lain halnya dengan saya, dulu saya masih tak peduli.

Menunda demi hal yang terkadang tidak jelas. Saya pikir yang penting bisa sholat sebelum waktunya habis dan asal bisa menggugurkan kewajiban saja. Allah.

Lama kelamaan saya mencoba mengikuti ibu. Saya coba sholat tepat ketika azan berkumandang. Dan benar saja, saat dipraktekkan yang ada saya malah ketagihan. Ketika sholat saya ulur-ulur dengan berbagai alasan, saya tak bisa tenang.

Terbayang-bayang dengan bagaimana sholat saya. Maka dari itu saat ini saya tekadkan sesibuk apapun, jika azan sudah berkumandang saya harus segera bergegas mengambil air wudhu. Insya Allah.

Saya juga pernah membaca satu ayat yang Allah turunkan dalam surat An-Nisa ayat 103 “.... Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.”

Dalam riwayat lain dijelaskan pula Utsman bin ‘Affan RA berkata, “Barang siapa selalu mengerjakan shalat lima waktu tepat pada waktu utamanya, maka Allah akan memuliakannya dengan sembilan macam kemuliaan, yakni dicintai Allah, badannya selalu sehat, keberadaannya selalu dijaga malaikat, rumahnya diberkahi, wajahnya menampakkan jati diri orang shalih, hatinya dilunakkan oleh Allah, ...

.. dia akan menyeberang Shirath (jembatan di atas neraka) seperti kilat, dia akan diselamatkan Allah dari api neraka, dan Allah Akan menempatkannya di surga kelak bertetangga dengan orang-orang yang tidak ada rasa takut bagi mereka dan tidak pula bersedih hati.”

Sungguh kini saya sadar bukan hanya sholatnya namun begitu pentingnya memperhatikan waktu sholat. Dan dampaknya pada saya benar saja. Saya merasa selalu ditunjukkan Allah jalan untuk mencapai segala keinginan. Jika saya ingin memiliki sesuatu atau sedang bermasalah, maka saya seperti ditemukan jalan yang mudah agar saya bisa mencapai dan mengatasinya.

Maha Benar Allah dengan segala firmanNya

Jika belum bisa sholat tepat waktu, jangan tinggalkan sholat 5 waktu ..

Jika sholat 5 waktu sudah terpenuhi, belajarlah untuk sholat tepat waktu .. Dan rasakanlah dampaknya, ..

Dari Abu Hurairah, beliau mendengar Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda,

“Sesungguhnya amal hamba yang pertama kali akan dihisab pada hari kiamat adalah shalatnya. Apabila shalatnya baik, dia akan mendapatkan keberuntungan dan keselamatan. Apabila shalatnya rusak, dia akan menyesal dan merugi.

Jika ada yang kurang dari shalat wajibnya, Allah Tabaroka wa Ta’ala mengatakan,’Lihatlah apakah pada hamba tersebut memiliki amalan shalat sunnah?’ Maka shalat sunnah tersebut akan menyempurnakan shalat wajibnya yang kurang. Begitu juga amalan lainnya seperti itu.”

Allahu a’lam.

Semoga ALLAH senantiasa membimbing kita agar kita tetap dalam semangat shalat berjamaah, tepat waktu di masjid. Aamiin

(Cantumkan jika ada doa khusus,agar kami para jamaah bisa mengaminkannya)

Silahkan Klik Like dan Bagikan di halamanmu agar kamu dan teman-temanmu senantiasa istiqomah dan bisa meningkatkan ketakwaannya kepada ALLAH SWT.

Ya ALLAH...
✔ Muliakanlah orang yang membaca tausiah ini
✔ Entengkanlah kakinya untuk melangkah ke masjid
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah keluarganya
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan
✔ Mudahkan segala urusannya
✔ Kabulkan cita-citanya
✔ Jauhkan dari segala Musibah
✔ Jauhkan dari segala Penyakit,Fitnah,Prasangka Keji,Berkata Kasar dan Mungkar.
✔ Dan dekatkanlah jodohnya untuk orang yang membaca dan membagikan tausiah ini.

Aamiin ya Rabbal'alamin

sumber : Ustad Yusuf Mansyur

‪#‎RZDzuhur‬
 · 

Kenyataan Pengarah Jakim;. Zikir Menari!


Kenyataan Pengarah Jakim;.
Zikir Menari!

KETUA PENGARAH JAKIM : "ISLAM LARANG ZIKIR SAMBIL MENARI"

KUALA LUMPUR 14 April – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan supaya orang Islam tidak meniru amalan berzikir ke atas Nabi Muhammad SAW sambil menari kerana perbuatan itu disifatkan sebagai ajaran yang menyeleweng.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, pihaknya telah mengeluarkan la­rangan tersebut dalam laman web e-fatwa menerusi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali Ke-48 pada 3 April 2000.

Katanya, dalam perbincangan tersebut, muzakarah memutuskan bahawa tariqat yang diguna pakai ketika berzikir ke atas Nabi Muhammad SAW itu adalah bertentangan dengan ajaran Ahli Sunah Wal Jamaah.

“Beberapa tahun lalu budaya berzikir sambil menari ini tersebar di Malaysia dan ketika itu Jakim telah pun mengeluarkan larangan kepada umat Islam supaya tidak terpengaruh atau me­ngikut cara ter­sebut.

“Bagaimanapun kejadian yang sama berlaku lagi, justeru Jakim menegaskan sekali lagi bahawa budaya berzikir sambil menari itu merupakan ajaran yang menyeleweng dan bertentangan dengan budaya ma­syarakat Islam di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pengumuman Maj­lis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-58 di Dewan Perdana Syura Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini hari ini.

Jakim dalam kenyataannya di e-fatwa menjelaskan bahawa Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah yang dipimpin oleh Sheikh Nazim Al-Haqqani adalah menyeleweng dan pengamal ajaran tersebut diminta segera bertaubat.

Dalam kenyataan yang sama, Jakim turut meminta supaya semua negeri menggunakan ke­putusan fatwa itu dan mengharamkan umat Islam menggunakan ka­edah zikir tersebut ke­rana bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

Tambah Othman, pi­haknya mendapati ba­caan puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW dalam amalan zikir itu tidak salah, bagaimanapun penyampaian sambil menari dan menggerakkan anggota badan itu yang bercanggah dengan amalan serta ajaran Islam.

Katanya, tidak menjadi masalah jika individu perseorangan berzikir dengan cara itu tetapi adalah dilarang jika dilakukan di hadapan atau bersama-sama orang ramai kerana bimbang menjadi ikutan. 

 · 

Alkisah ikan pelaga

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Alkisah ikan pelaga

Ikan pelaga gembira mendapat tuan yang baru. Tuannya
meletakkannya di dalam balang yang cantik. Makanan
disediakan tiap-tiap hari.

Cuma setiap subuh, tuannya menitis setitis air yang masam
ke dalam balangnya. Pada mula-mulanya, ikan pelaga terasa
pening, Ada kalanya, terasa mual sehingga perut nak terbalik.
Tapi selepas seketika ikan pelaga mula menyesuaikan diri.

Setelah mencuba yang masam, tuannya pula menukar menitik
setitis air yang pahit setiap hari. Ikan pelaga mengalami
masalah yang sama pada mula-mulanya sebelum
menyesuaikan diri.

Ikan pelaga tidak faham mengapa.
Setelah beberapa bulan, tuannya membawa ikan pelaga untuk
berlawan dengan yang lain.

Ikan pelaga dituangkan ke satu bekas untuk bertemu
lawannya. Keadaan air di bekas itu lain rasa lain daripada air
di balangnya. Tapi ikan pelaga cepat menyesuaikan diri dan
mengalahkan lawannya dengan mudah.

Ikan pelaga menang berturut selama 3 bulan.
Anak tuannya bertanya pada ayahnya, “Mengapa ikan pelaga
ayah ini hebat sangat?”

“Ayah latih dia dengan air berasid dan beralkali selama ini.
Jadi apabila berlawan, ikan pelaga ayah ini boleh bertahan
dalam keadaan macammana pun, manakala ikan pelaga lain
terpaksa lalui pening dan rasa mual sebelum menyesuaikan
diri,” kata ayahnya.

Wahai anakku,

Kadangkala kamu tidak faham mengapa kamu diuji.
Kadangkala kamu tak faham mengapa Allah menyuruh kamu
melakukan sesuatu. Akan tetapi serahkan dirimu pada Allah,
senyum, menghayati pengalaman yang diberikan dan
kemudian ambillah pengajaran daripada pengalaman tersebut
kerana tiba waktunya nanti kamu akan faham hikmah sebalik
ujian yang ditetapkan oleh-Nya kepadamu.

Senyum.

Sumber

Tuesday, April 14, 2015

Alkisah pen

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Alkisah pen

Saya mengenali seorang sahabat yang selalu mengadu pennya selalu salah letak dan hilang.
Oleh kerana itu, sahabat saya ini hanya menggunakan pen yang murah supaya dia tidak merasa sakit hati dan bimbang bila pennya hilang. Dia bimbang pada sikap cuainya.

Saya mencadangkan sahabat saya untuk membeli pen yang
mahal dan melihat apakah pen tersebut akan hilang.

Dia bersetuju lalu membeli satu pen yang agak mahal.
Selepas 6 bulan, saya bertanya pada dia apakah pennya
masih selalu disalah letak dan hilang?

Dia berkata dia amat berhati-hati dengan pen mahalnya, dan dia terkejut pada perubahan yang dialaminya.

Saya menerangkan padanya nilai pen itulah yang
menyebabkan dia berubah. Sebenarnya tiada sebarang
masalah pada sikap dia.

Wahai anakku,
Itulah yang berlaku pada hidup kamu sepanjang masa. Kamu akan berhati-hati dengan benda-benda yang kamu rasa bernilai.

Jika kamu berasa kesihatan kamu bernilai, kamu akan
berhati-hati dengan apa dan cara yang dibawa ke perut kamu.

Jika kamu rasa persahabatan kamu bernilai, kamu akan
melayan sahabat dan kawanmu dengan penuh hormat.
Jika kamu sayang pada wang kamu, kamu akan
menggunakannya dengan cermat.

Jika kamu mencintai masa, nescaya kamu tidak akan
membazirkannya.

Jika kamu menghargai hubunganmu, kamu pasti tidak akan
melakukan perkara yang merosakkannya.

Wahai anakku,
Cuai ialah sikap yang ada pada semua manusia. Semua
manusia juga tahu bila untuk berhati-hati. Cuai akan datang
pada perkara yang kita berasa tidak bernilai.

Hiduplah dengan berhati-hati kerana ini menandakan kamu
sayang pada masa dan nyawa yang diberi Allah sebelum
kembali berjumpa dengan-Nya.

Senyum

10 February at 08:11 · Public

sumber

Alkisah rama-rama

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Alkisah rama-rama

Seorang lelaki terjumpa satu kepompong rama-rama. Satu
hari, terdapat satu rekahan di kepompong itu. Lelaki itu
memerhati betapa peritnya rama-rama di dalamnya untuk
keluar melalui kerahan kecil di kepompong itu untuk beberapa
jam lamanya.

Akhirnya lelaki tersebut tidak tahan melihat rama-rama itu
tersekat lalu mengambil keputusan untuk membantu rama-
rama tersebut dengan membuang kepompong tersebut.
Lelaki itu menunggu melihat rama-rama tersebut itu untuk
membuka sayapnya dan terbang. Rama-rama tersebut hanya
mampu merangkak dengan badan yang bengkak dan sayap
yang kusut.

Lelaki yang terkejut itu pun melakukan carian di Google. Baru
dia faham, pertolongan dia tadi untuk membebaskan rama-
rama itu daripada kepompong adalah tindakan yang silap.
Rama-rama itu akan mati. Rupa-rupanya Allah telah mencipta
keadaan sebegitu rupa di mana rama-rama itu perlu
menggunakan segala tenaganya untuk keluar daripada
kerahan kecil kepompongnya supaya cecair yang ada di
badannya akan ditekan ke bahagian sayapnya yang
membolehkan sayapnya kembang selepas ia berjaya keluar
daripada kepompong tersebut.

Pada ketika itu, lelaki itu memahami erti kesusahan yang
sebenar. Kesusahan hanyalah pemberian Allah untuk manusia
memahami sesuatu. Jika Allah tidak menguji manusia, dan
membiarkan manusia hidup tanpa cabaran, maka lumpuhlah
manusia.

Tanpa ujian, manusia tidak akan mengetahui kekuatannya.
Kita tidak mampu ‘terbang’ seperti rama-rama tersebut.

Wahai anakku,
Apabila kamu mendoakan agar kamu diberi kekuatan, Allah
memberikan cabaran untuk menunaikan permintaan kamu
untuk menjadi seorang yang kental.

Apabila kamu mendoakan agar kamu diberi kebijaksaan, Allah
memberikan peluang kepada kamu untuk menyelesaikan
masalah.

Apabila kamu mendoakan agar kamu diberi keberanian, Allah
menguji kamu dengan situasi yang getir untuk diatasimu.
Apabila kamu meminta agar kamu diberikan nikmat, Allah
memberikan kamu peluang.

Kamu akan mendapati Allah akan memberikan apa yang
diperlukan kamu pada akhirnya.

"Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah (sebenarnya)
tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu,
tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya?" Al-Mu’minun:24

Senyum

sumber

Sunday, April 5, 2015

Doa keluar rumah


Elak Orang Ke 3



SALAH FAHAM TERHADAP PARACETAMOL 6






Dr Zubaidi Hj Ahmad


SALAH FAHAM TERHADAP PARACETAMOL 6

"Apa beza panadol yang dijual dalam pelbagai bentuk? Ada panadol actifast, ada panadol mestrual dan sebagainya. Boleh doktor komen?"

PANADOL yang dibuat oleh syarikat farmaseutikal GSK mempunyai beberapa bentuk.

1. PANADOL REGULAR mengandungi Paracetamol 500mg yang boleh diambil oleh orang dewasa setiap 4-6 jam, sama ada sebiji atau dua biji setiap kali pengambilan.

2.PANADOL EXTEND mengandungi Paracetamol 665mg, dan boleh bertahan sehingga 8 jam. Oleh itu diambil sebiji setiap 8 jam.

3. PANADOL EXTRA mengandungi 500mg paracetamol dan 65mg cafeine, untuk sakit yang lebih kuat dan tidak menyebabkan ketidakselesaan perut.

4. PNADOL ACTIFAST mengandungi Paracetamol 500mg dan 173mg Sodiumuntuk tindakan yang dua kali ganda lebih cepat. Oleh kerana mengandungi Sodium, pesakit darah tinggi dan jantung yang dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.

5.PANADOL MENSTRUAL mengandungi paracetamool 500mg dan Pamabrom 25mg. Pamabrom bertujuan untuk mengurangkan kembung perut ketika haid.

6.PANADOL SOLUBLE mengandungi paracetamol 500mg dan sodium 427mg, Ia mudah larut dalam air. Kandungan sodium dalam ubat ini agak tinggi, pesakit darah tinggi dan jantung yang dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.

Oleh kerana PANADOL dijual dalam pelbagai bentuk pernyediaan, pesakit harus berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi, walaupun ia boleh dibeli tanpa preskripsi.


Repair Badan Sendiri

Rahsia Hawa

REPAIR BADAN SENDIRI

Sambil rehat2 atau bersantai2... kita boleh la cuba2 repair badan kita sendiri. Rujuk grafik. Picit dan gosoklah bahagian2 berkenaan di tapak tangan kita. InsyaAllah bermanfaat untuk kesihatan. Lagi baik kalau sedang memicit2 atau menggosok2 tu kita baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi dan 3 Surah Qul...


Public Secret - Allahu'alam... Wassalam


Pantang Selepas Bersalin

Rahsia Hawa

Pantang 44 hari, 100 hari, 6 bulan dan setahun. 

Pantang 44 hari.
-Pantang keluar rumah

Pantang 100 hari.
- Pantang suami
- Pantang mandi air sejuk
- Pantang ber aircond
- Pantang angkat benda berat2 hatta dukung anak yg selain newborn
- Pantang kena hujan

Pantang 6 bulan
- Pantang makan selagi baby yg fully bf x start solid food. Kalau x fully bf pun elok pantang makan 6 bulan supaya badan benar2 sihat.
- Pantang excercise yg hardcore.

Pantang setahun
- Minuman berais
- Pantang laksa dan pulut

Rawatan yg boleh diteruskan even dh habis tempoh 44 hari

- Bengkung. Pakai diwaktu malam dgn campuran ubat barut supaya dapat mengempiskan perut dan menganjalkan kembali kulit perut. Pakai sampai perut kempis

- Tangas. Buat seminggu 2-3 kali dan berhenti masa period.

- Mandi Serum. Amalkan masa haid.

- Urut. Sebulan sekali utk kesegaran.

- Mandi bunga. Setiap kali lepas habis haid.

- Makan ubatan herba. Setiap hari sepanjang 100 hari pertama. Lepas tu utk maintenance, 2-3 kali seminggu.

SILAKAN SHARE DGN KWN2 JIKA IAINYA BERMANFAAT 

sumber

Saturday, April 4, 2015

Alkisah sebiji burger..

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Alkisah sebiji burger...
Malam itu, Kak Fidah bertengkar dengan emaknya lalu
melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak
Fidah teringat bahawa dompetnya
tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya.
Tiada syiling pun untuk menelefon rumah bagi meminta
pertolongan.

Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak
Fidah tiba di satu gerai burger Ramli, yang baunya
mengancam, kelaparannya bertambah.
Kak Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada
duit.

Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Fidah
melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanyaà
“Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini
untuk makan dulu,” kata penjual burger itu.
“Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Kak Fidah dengan sipu-
sipu.

“Tak apa, pakcik belanja. Mai, duduk sini makan,” kata penjual
burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Kak Fidah.
Beberapa minit kemudian, Kak Fidah mengalirkan air
mata...”Mengapa sayang?” tanya penjual burger.

“Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pakcik,” kata Kak
Fidah sambil mengelapkan air matanya.
“Orang asing macam pakcik boleh bagi burger kepada Fidah,
tapi mak saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya
keluar rumah. Kejam betul mak saya!” tambah Kak Fidah lagi.
Mendengar kata-kata Kak Fidah, penjual burger mengeluh.

“Adik, mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik
hanya beri adik satu burger, adik dah rasa terharu dan
terhutang. Ibu adik membesarkan adik sejak kecil, mengapa
adik tak pula rasa syukur malah bertengkar dengan ibu adik?”
kata penjual burger itu.

Kak Fidah amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas
berterima kasih dengan pakcik burger, dia terus berjalan
menuju ke rumahnya.

Dalam perjalanan Kak Fidah asyik terfikir...
“Mengapa selama ini saya tidak terfikir perkara itu? Satu
burger daripada seorang yang asing boleh membuat saya rasa
terhutang, tapi mak saya yang membesarkan saya sejak kecil
dan saya tidak berasa sedemikian, walaupun sikit.”

Kak Fidah memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada
emaknya apabila dia tiba di rumah.. “Maafkan saya mak.
Semua salah Fidahà maafkan saya mak.”

Sejurus tiba di rumah, Kak Fidah melihat wajah maknya yang
penuh kebimbangan bertukar menjadi lega melihat
kepulangannya setelah puas mencari.
“Fidah masuk. Mungkin dah lapar. Mak dah masak, jom
makan,” kata maknya.

Fidah terus menangis sambil menyembamkan muka di tangan
maknya.

Wahai anakku,
Di dalam kehidupan ini, engkau lebih mudah menghargai
perkara-perkara kecil yang dilakukan sahabat-sahabat
sekeliling kamu, tapi untuk ahli keluarga terdekat kamu, kamu
sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah
normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan.

Kasih sayang dan keprihatinan keluarga terdekat kepada kamu
adalah perkara paling berharga kurniaan Allah untuk kamu
sejak dilahirkan, terutamanya kasih sayang daripada kedua-
dua orang tuamu. Orang tuamu tidak pernah mengharap kamu
membayar kembali kos membesarkan kamu...tapi pernahkah
kamu mengerti untuk menghargai dan bersyukur dengan
pengorbanan tanpa syarat kedua-dua orang tuamu?

Senyum...

5 hrs · Public
Unlike Page · More