** Bukan berkhutbah, tapi betuli diri jua **
whatsapp, facebook, catatan, blog, tazkirah
Tuesday, December 1, 2020
Stess
Wednesday, November 25, 2020
Peluk anak
Saturday, November 21, 2020
Sayang selagi masih ada...
Tuesday, June 26, 2018
Cara Penggunaan Mugen Preasure Cooker 6L
Cara Penggunaan Mugen Preasure Cooker 6L
Just nak share cara penggunaan periuk Mugen 6L yang saya beli online.
saya just share yang simple je
1. masukkan barang-barang masak, tutup penutup pada periuk. Pusing dari penanda OPEN ke CLOSE
2. Letakkan penanda tekanan haba pada "Airtight".
3. Pilih mode masakan, contoh rice/rendang/fry.
4. tekan start
5, ni paling penting. Bila dah siap masak , akan bunyi beep & paparan "bb", kena release/buang tekanan haba dengan pusing tekanan ke bahagian Exhaust, pastikan masa gerakkan tu guna sudu, sebab wap panas akan keluar, dah habis haba baru boleh bukak penutup
![]() |
Siap masak, penanda "bb" |
![]() |
consul haba tekanan |
![]() |
masak sup daging, 30 minit, memang daging lembut |
Wednesday, January 17, 2018
Lelaki adalah ketua rumahtangga
Sebak bila ramai bertanya soalan seperti ini. Siapa ketua keluarga sebenarnya?
Suami ke isteri? Pastinya suami..ArRijal.
Ketua ini sifatnya berkorban. Jika nikmat dia dahulukan pasangan dan anak-anaknya berbanding dirinya. Jika kerja berat atau bahaya dia dulu meletakkan dirinya di depan..
Tapi cuba tengok hari ini bagaimana? Ada lelaki hilang sifat Amir atau ketua seperti orang dulu..kerana itu keberkatan hilang dari rumah orang Islam. Keberkatan dalam sunnah Nabi saw...
Cuba lihat dari bangun pagi. Ramai isteri yang bangun dulu siapkan setiap ahli keluarga. Siapkan mandikan anak-anak. Siapkan buku dan pakaian sekolah anak-anak. Ada lelaki yang Subuh pun tak bangun bila dikejut isteri. Ya Allah..
Isteri siapkan semua barang anak-anak. Segala bekalan. Beg yang berat-berat. Dalam beg mak semuanya ada. Dari pampers, pen, kunci, tisu basah,cungkil gigi pun ada..beg mainan, telekung. Baju spare. Ic pasport anak-anak. Macam poket doraemon. Beg suami kecil comel jer. Lepas tu tunggu dekat kereta. Bagi masa 2 minit semua kena ada dalam kereta. Ada yang langsung tak bantu..
Bila makan di kedai. Ayah lepas order sibuk tengok hp sambil makan. Isteri suap semua anak-anak. Layan anak sana sini. Sambil makan sikit-sikit. Mak tak sempt nak menikmat makanan pun. Sampai hilang selera makan. Penat layan anak. Cuba kita baru makan , kena kacau mesti ras dah tak berapa layan makan tu..
Ya Allah tuhanku..buat pula zaman hari ini ramai wanita bekerja ada segelintir lelaki yang tak beri nafkah buat keluarga. Hanya harapkan duit isteri..
Ya Allah ampunkanlah dosa semua ketua keluarga...dosa kami ketua keluarga..
Hari-hari ibu ambil hantar anak sekolah sana sini. Penatnya seorang ibu..
Ibu terjerit-jerit, setiap masa di rumah. Ayah sibuk tengok tv dan main telefon. Isteri terkejar-kejar kesana sini tanpa henti. Buang air besar tak sempat betul-betul. Mandi pun tak sempurna. Anak ketuk pintu bilik air. Mereka macam dalam medan perang.
Malam-malam tak cakap terima kaseh. Lupa tanya keadaan setiap ahli keluarga. Ibu pula yang pastikan keselamatan setiap ahli keluarga.
Tahniah buat lelaki dan suami yang berusaha memperbaiki diri dalam menjadikan Rasulullah saw sebagai contoh dan idola..
Nabi Muhammad saw ialah manusia paling rajin di rumah. Paling penyayang. Ambil tahu keadaan setiap ahli keluarganya. Memberi pujian galakan. Memberi semangat. Memberi khidmat. Mendengar setiap ahli keluarga. Rumah Nabi saw hidup suasana ilmu. Suasana dakwah. Suasana solat,AlQuran dan zikir,doa-doa harian. Wujud cinta dan kasih sayang setiap saat. Lemah lembut penyayang. Rumah paling bahagia ialah rumah Rasulullah sw.
Malangnya sifat belas, cinta...yang selalu kita sebut,sakinah,mawaddah,warahmah dah hilang. Tiada lagi perasaan itu. Bahkan telah mati hati-hati ketua keluarga. Hilang sifat keimanan. Sifat akhlak.
Keluarga maksudnya sakinah mawaddah warahmah..
Kerana itu penting bawa keluarga belajar sunnah Nabi saw. Kita tahu tapi lupa. Kerana lupa atau lalai telah membuat isteri dan anak-anak merasai derita dalam hidup mereka.Ingatlah seperti mana kita,isteri kita cuma manusia..apa yang kita perlu, mereka juga perlu...Ya Allah pilihlah setiap kami dapat perbaiki diri dan tambah ilmu dalam keluarga.
Saturday, January 13, 2018
Kuasa sedekah
Semalam, saya pergi jumpa kawan lama. Beliau ada banyak bisnes tak popular. Contohnya beli hartanah dan sewakan di sana sini. Facebook beliau pun berhabuk tak ada update.
Saya tanya dia 2-3 soalan tentang murahnya rezeki dia. Kerja tak sampai 10 tahun, namun selepas berhenti, terus buat bisnes, kencang bukan main.
Dia beritahu saya beberapa benda sahaja yang dia buat.
1. Setiap minggu (setiap hari jumaat) dia akan transfer / bank in duit ke isteri dia sebagai hadiah. Buatlah belanja atau nak simpan. Apa-apalah.
Masa kerja gaji RM1,600 dulu. Dia hanya boleh beri RM70 sahaja seminggu.
2. Dia juga buat benda yang sama untuk emak ayah dia dengan jumlah duit yang sama (waktu itu).
Dia pegang pada pesanan gurunya, hadiah kepada yang tersayang dan terdekat ini akan memurahkan rezekinya sendiri.
3. Sentiasa beli lebih untuk agihkan kepada orang lain. Asal dia beli nasi untuk sarapan di pejabat, dia akan beli 2-3 lebih. Letak di pantry dan tulis ‘siapa cepat dia dapat’. Kadang-kadang beli kuih.
4. Masuk surau, masjid, mesti solat dua rakaat. Mesti. Jika nak ke tandas sekalipun, ambil wuduk, dan pergi solat sekejap. Biasanya itu adalah jemputan Tuhan. Waima masa nak ke tandas, kebetulan terjumpa surau / masjid.
Dan kemudian, letaklah duit di tabung.
5. Setiap bulan, beliau beli 2 naskhah buku dan poskan ke sekolah-sekolah yang beliau cari alamat di sosial media. Belasah sahaja hantar atas nama perpustakaan.
6. Setiap kali keluar makan dengan keluarga dan kawan-kawan, dia kata dia akan berusaha pergi bayar. Melainkan masa itu memang tak berduit.
7. Tak boleh berkira. Awal bisnes, jika job yang dapat itu semurah RM50, ambil. Pelajaran lagi besar nilainya dari duit. Dulu, RM50, sekarang dah naik berpuluh kali ganda.
8. Baik sangka dengan Tuhan. Sekiranya ada sahaja ujian yang melibatkan habisnya wang. Ingat balik, adakah bulan / minggu / hari tersebut ada yang termiss beri hadiah atau sedekah.
9. Meminta-minta dengan Tuhan. Ini wajib. Mintalah setiap hari. Tak boleh jemu, tak boleh biar, tak boleh malas. Minta minta minta. M
Hari ini, beliau ada 4 buah kedai 3 tingkat yang disewa. Setiap satunya dapat dalam RM16,000/bulan.
Kemudian ada beberapa rumah juga dijadikan sewaan.
Nak kata beliau kaya raya, tidak juga. Masih ada hutang bangunan yang belum selesai. Namun, hutang peribadi dengan bank semua dah tak ada.
Ada lagilah bisnes beliau yang nampak biasa-biasa dan tidak popular.
Hari ini, pagi-pagi hantar anak sekolah, kemudian pergi minum dengan orang rumah. Cuti-cuti balik kampung tengok keluarga.
Rasa cemburu pun ada. Pesan beliau kepada saya:
“Asal namanya kebaikan, buat. Walau hanya ada RM10 dalan poket, entah-entah RM5 adalah untuk beli kuih / makanan kepada kawan di pejabat. Mana kita tahu dia tak makan kerana tak ada duit, dan datang kerja setiap hari hanya minum air kosong.
Aku pernah rasa semua itu. Jadi aku buat semula kepada orang lain. Dan hari ini, Allah balas satu demi satu dengan cukup tersusun dan bergaya. Alhamdulillah.”
Tulisan,
Khairul Hakimin Muhammad
Syukurnya.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155949896063490&id=771383489
Wednesday, January 10, 2018
Jangan jadi Raja dirumah
4. Jangan nak jadi 'seri paduka' di rumah sepanjang masa. Dah sama-sama kerja, kenalah tanggung kerja rumah itu sama-sama. Takkan biarkan isteri sorang buat kerja, memasak, cuci pinggan, basuh baju, menyapu, urus anak sedang awaknya duduk sila panggung baca suratkhabar atau tengok tv. Cukup time nak makan.
Itu kalau isteri tak bekerja tak apalah sangat, tapi kalau sama-sama bekerja tak boleh amalkan jadi 'seri paduka' sepanjang masa. Untuk eratkan hubungan dan kasih sayang apa salah tolong-tolong sikit.
Kecuali isteri memang kemaruk sangat nak buat sorang - "Abang jangan sentuh apa-apa bang, biar ani sorang yang buat kerja ni," ikhlas dari lubuk hati, semata-mata untuk jadi isteri solehah. Tapi kalau isteri dok muncung buat kerja sorang-sorang kenalah buat sesuatu juga ye bang.
- Dipetik dari bab 4 - "TIP PASANGAN BAHAGIA", dari buku "INI KISAH SUAMI ISTERI 2" oleh DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
www.shop.drtuah.com
https://m.facebook.com/drtuah/photos/a.206933816305.134122.206924016305/10153845637666306/?type=3